Sep 15, 2014

Bila Sudah Hilang Perasaan Hormat


Sebuah Syarikat penerbangan Tambang murah dikesali kerana tidak menunjukkan sensitiviti yang tinggi kerana melatakkan gambar bintang dan bulan yang menjadi lamabng kepada bendera kita di bawah tapak kaki seorang model di dalam iklan tersebut. Oleh kerana hendak mempromosikan tambang murah maka maruah dan perasaan rasa hormat pada negara sudah hilang. (Lihat gambar yang dibulatkan. )

Sep 10, 2014

PASma........ Antara Pas Pis Pus !!!!!!!


Antara Wajah-wajah yang taat kepada Perintah Anwar sehingga sanggup mencerca Presiden PAS sendiri di dalam forum PASMA.



Forum pertama anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) di lihat sebagai sebuah organisasi yang bertindak untuk menentang kerjasama antara PAS dan UMNO. Ditubuhkan oleh Ahli-ahli PAS yang masih aktif tetapi bermatlamatkan patuh kepada perintah Anwar dan bukan perintah Presiden PAS. PASMA ditubuhkan setelah krisis Menteri Besar Selangor yang masih belum selesai sehingga hari ini dan bertindak untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadapt Anwar dan Pakatan Rakyat.

Anwarinas di dalam PAS dilihat sudah menjadi barah dan merupakan Trojan Horse kepada Anwar dan DAP dalam usaha untuk mengawal segala keputusan di dalam PAS yang di lihat akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.,