Sep 15, 2014
Bila Sudah Hilang Perasaan Hormat
Sebuah Syarikat penerbangan Tambang murah dikesali kerana tidak menunjukkan sensitiviti yang tinggi kerana melatakkan gambar bintang dan bulan yang menjadi lamabng kepada bendera kita di bawah tapak kaki seorang model di dalam iklan tersebut. Oleh kerana hendak mempromosikan tambang murah maka maruah dan perasaan rasa hormat pada negara sudah hilang. (Lihat gambar yang dibulatkan. )
Sep 10, 2014
PASma........ Antara Pas Pis Pus !!!!!!!
Antara Wajah-wajah yang taat kepada Perintah Anwar sehingga sanggup mencerca Presiden PAS sendiri di dalam forum PASMA.
Forum pertama anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) di lihat sebagai sebuah organisasi yang bertindak untuk menentang kerjasama antara PAS dan UMNO. Ditubuhkan oleh Ahli-ahli PAS yang masih aktif tetapi bermatlamatkan patuh kepada perintah Anwar dan bukan perintah Presiden PAS. PASMA ditubuhkan setelah krisis Menteri Besar Selangor yang masih belum selesai sehingga hari ini dan bertindak untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadapt Anwar dan Pakatan Rakyat.
Anwarinas di dalam PAS dilihat sudah menjadi barah dan merupakan Trojan Horse kepada Anwar dan DAP dalam usaha untuk mengawal segala keputusan di dalam PAS yang di lihat akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.,
Apr 17, 2014
Karpal Singh Maut kemalangan di Bumi Perak
TAPAH 17 April – Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 305 lebuhraya utara selatan menghala ke utara kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.
Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.
Turut terkorban ialah pembantu beliau, Michael Cornandez
Walaubagaimanapun, pemandu kenderaan, pembantu rumah serta anak beliau, Ram terselamat. Karpal merupakan Ahli Parlimen yang lantang menolak hudud.
Mar 26, 2014
SYAHID AKHIRAT UNTUK PENUMPANG DAN KREW BERAGAM ISLAM. SUBHANALLAH
KENYATAAN 1
Putrajaya 25 Mac : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berpendirian penumpang dan anak kapal pesawat MH 370 yang beragama Islam bergelar Syahid Akhirat.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata keputusan itu dibuat selepas Muzakarah Khas yang diadakan di sini hari ini.
Sumber Utusan
KENYATAAN 1
Putrajaya 25 Mac : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan tidak memerlukan solat Ghaib ke atas penumpang pesawat MH 370 yang beragam Islam buat masa sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata ini kerana pihak berkuasa yang mencari dan menyelamat masih belum menjumpai mayat atau cebisan mangsa pesawat MH 370.
Sumber Utusan
PERAK BERKABUNG..
Pemangku Raja Perak telah menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada keluarga mangsa MH370 telah bertitah supaya semua Premis, Sekolah-Sekolah, PIhak Swasta dan Jabata-Jabatan serta Agensi Kerajaan hari ini mengibarkan bendera separuh Tiang pada 26.3.14 (Rabu) sebagai tanda menghormati dan simpati kepada pihak keluarga MH370. Titah tersebut telah dikeluarkan melalui Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Takziah dan Al-Fatihah.
Mar 14, 2014
Calon Tebus Guna
Agak-agak laa kalo Pengundi masih lagi xnampak sapa calon PKR di Pilihanraya Kecil Kajang ni. Calon ini yang penah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang pauh satu ketika dahulu demi memberikan laluan kepada suaminya untuk bertanding pada PRK Permatang Pauh dan kali ini bertanding mewakili suaminya selepas suaminya didapati tidak layak kerana mempunyai kes di mahkamah dan dikhuatiri akan masuk ke mahkamah. Pengundi Kajang nk ker orang mcm ni hmmmm pandai-pandai laa yer.. #pray4MH370
Subscribe to:
Posts (Atom)