7 Julai 2008: perhimpunan membantah kenaikan minyak atau protes telah diadakan di Stadium Kelana Jaya dan telah menghimpunkan seramai lebih kurang 15,000-20,000 orang. Perhimpunan yang umpama "FUN FAIR" ini telah bermula pada jam 10.15 pagi dan berakhir pada malamnya dimana Penasihat Parti Keadilan DSAI yang juga bakal Perdana Menteri dalam khayalannya sendiri berucap pada kemuncak perhimpunan itu.
Apa yang mengecewakan pada perhimpunan tersebut adalah, perhimpunan itu adalah untuk membantah kenaikan harga minyak di Malaysia tetapi konsep perhimpunan tersebut tidak ubah seperti Fun Fair apabila pengunjung disajikan dengan beberapa buah lagu dari kumpulan PUNK yang tidak terkenal. Tidakah perhimpunan seperti ini suatu pembaziran! orang ramai berkumpul untuk membantah kenaikan minyak supaya rakyat tidak menghadapi kesusahan serta dapat menabung tetapi Parti Keadilan telah memberi contoh pembaziran yang terbaik. Macam mana hendak memimpin kerajaan kalau cara yang hendak ditunjukkan kepada rakyat pun tidak betul.
Penyelaras perhimpunan Protes ini Dr. Hatta Ramli telah

menunjukkan satu sikap yang kurang disenang oleh pengunjung
perhimpuan tersebut apabila menjemput sebuah kumpulan
muzik yang beralakan PUNK untuk membuat persembahan
pada perhimpunan tersebut. Syabas dan tahniah pada beliau.
Ekoran perkara tersebut telah membuatkan pengunjung
mengamuk kerana penyanyi kumpulan tersebut menunjukkan
punggung ke arah mereka. Pengunjung telah membaling botol
kearah penyanyi tersebut ada sesetengahnya menyerbu ke arah
beliau. Keadaan tersebut terpaksa ditenangkan oleh Skuad AMK
yang berkawal dan kumpulan tersebut telah diringi keluar ekoran keadaan yang tidak terkawal.
Disebabkan eksiden itu seramao 700 sukarelawan dari Unit Amal PAS yang turut berkawal telah menarik diri ekoran tidak berpuas hati dengan sikap penyanyi tersebut dan ini disahkan oleh Ketua Amal PAS Wilayah Persekutuan, Sharifuddin Mohd Yatim yang pihaknya telah menarik diri majlis tersebut.
Kepada pihak Parti Keadilan moral yang boleh dipelajari disini ialah mereka masih belum layak untuk mentadbir kerajaan kerana sensitivit rakyat tidak diambil kira dalam menganjurkan majlis manakala kepada PAS pula hati-hatilah memilih kawan kerana dalam hal ini PKR telah menconteng arang kepada Parti PAS yang terkenal dengan semangat keislaman. Oleh kerana terlalu sibuk mengatakan apa yang dilakukan oleh UMNO tidak betul dan pada malam itu telah terbukti PAS juga telah melakukan suatu perkara yang tidak betul iaitu mengalakkan pembaziran dan juga menerima konsep punk yang telah dibawa ke dalam majlis tersebut.