Jul 9, 2011

TANGKAPAN PERTAMA BERSHIT!! 14 BETINA GARIK!!

kira2 14 orang pelajar sekolah (perempuan) telah ditahan oleh polis sebaik sahaja keluar dari stesyen LRT PWTC kerana dipercayai ingin menyertai perhimpunan BERSHIT. beberapa bahan bukti BERSHIT telah dijumpai di dalam beg milik mereka. mereka masih lagi dikumpulkan di hadapan hotel legend berdekatan stesyen LRT tersebut untuk disoal-siasat. menurut anggota polis, mereka akan dihantar ke balai polis dang wangi untuk tindakan lanjut.

bodoh jugak la mak-bapak2 diorang ni... sure penjilat tegar ambabiga, memaksa anak2 yang masih bersekolah datang menyertai perhimpunan haram tanpa memikirkan masa depan persekolahan mereka! FUCK BERSHIT!!

untuk gambar2 lanjut sila ke blog DOUBLE-Y & BROJINGGO

Jul 7, 2011

Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa Dulu bangsanya dipijak

Melayu mudah lupa Dulu bangsanya retak

Melayu mudah lupa Dulu bangsanya teriak

Melayu mudah lupa Dulu bangsanya haprak

Melayu mudah lupa Dulu bangsanya kelas dua


Melayu mudah lupa Dulu bangsanya hina

Melayu mudah lupa Dulu bangsanya sengketa


Melayu mudah lupa Dulu bangsanya derita

Melayu mudah lupa Dulu bangsanya kerdil

Melayu mudah lupa Dulu bangsanya terpencil

Melayu mudah lupa

Jul 6, 2011

Demonstrasi bertentangan dengan demokrasi.


Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Setiap lima tahun parti yang memerintah wajib membubarkan dewan parlimen dan dewan negeri.

Kuasa memilih kerajaan baru diturunkan kepada rakyat untuk membuat pilihan.

Oleh kerana kempen yang begitu hebat oleh pihak pembangkang mereka berjaya merampas 4 negeri dan mempertahankan Kelantan.

Apakah itu belum cukup lagi, sehingga nak buat demonstrasi jijik 2.0?

Khalid Gereja menuduh kerajaan sebagai komunis yang menolak pilihanraya dalam ceramah beliau baru-baru ini.

Memang sedap mulut dia bercakap tetapi hakikat nya jika kerajaan pimpinan BN mengamalkan sistem pemerintahan komunis beliau tak akan merasa menjadi ahli parlimen.

Demonstrasi yang dirancang Sabtu ini sememangnya mempunyai agenda tersembunyi. Bukan untuk pilihanraya yang bersih seperti yang dihebahkan tetapi ingin menumbangkannya kerajaan seperti yang terjadi di benua Arab.

Pilihanraya ke13 akan datang sudah hampir dan paling lewat ialah 2012 atau 2013. Kenapa mereka tidak boleh tunggu?

Agenda kedua ialah untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim dari kembali ke penjara atas tuduhan liwat.

Jika demonstrasi berjaya menumbangkan kerajaan, Anwar akan menjadi perdana menteri dan segala tuduhan terhadap beliau akan digugurkan.

Rusuhan akan berlaku dan kuasa besar akan masuk campur sebagai polis dunia atau mewakili masyarakat dunia.

Jul 4, 2011

Agong sudah bertitah... Ikut sajalah Ckp DYMM DI pertuan Agong

KENYATAAN RASMI AMKPP : Junjung Titah SPB Agong
AMKPP Menjunjung Titah Seri Paduka Baginda YDP Agong
4 Julai 2011

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) hari ini menyatakan taat setia dan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan al-Mukhtafi Billah Shah semalam. Sungguh ia merupakan satu titah dari baginda yang benar-benar seluruh hamba rakyat nantikan. Kami, selaku anak muda tidak akan berbelah bahagi dalam menyatakan sokongan terhadap gesaan, saranan dan nasihat Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dalam titah berkenaan.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) juga ingin mempersembahkan ucapan penghargaan atas keprihatinan dan pemedulian Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dalam memastikan keamanan negara kekal terpelihara, suara rakyat didengar dan nasihat baginda agar pihak berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0, berunding demi merungkai segala permasalahan yang ada.

Dengan mengambil semangat dari titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, AMKPP menyeru agar perkara berikut dapat dilaksanakan oleh setiap individu demi memastikan keamanan dan hak rakyat bersuara terus terpelihara. Maka, AMKPP menyeru agar perkara-perkara ini perlu dilaksanakan segera;

1. AMKPP menyeru seluruh rakyat Malaysia agar memahami titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke arah Malaysia yang aman.

2. AMKPP menggesa, ‘perang mulut’ & perdebatan mengenai titah baginda ini di media massa & media elektronik seperti blog, facebook & twitter dihentikan serta-merta.

3. AMKPP menyokong penuh usul Pakatan Rakyat (PR) agar panitia penganjur Bersih 2.0 mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi menjelaskan kepada baginda akan matlamat murni perhimpunan aman rakyat Malaysia pada 9 Julai ini.

4. AMKPP menyeru semua pihak, taat dan patuh pada saranan baginda agar pihak-pihak yang menutup pintu rundingan sebelum ini, terutamanya pihak PDRM & SPR kembali membuka pintu untuk perbincangan dalam menangani konflik yang berlaku.

Justeru, dengan ini AMKPP yakin dan percaya bahawasanya Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, dengan tulus mahu mendengar rintihan dan membantu menyelesaikan penderitaan yang rakyat baginda alami selama ini. Untuk itu, AMKPP dengan ini memohon untuk menjunjung kasih dan menyatakan Daulat Tuanku!

Akhirnya Ambiga dan Mat Sabun terlondeh


Hasrat PKR, DAP dan PAS pis pus untuk memperkudakan Ambiga tidak menjadi kenyataan.

Agenda 9 Julai terpaksa dilupakan kerana akur dengan Titah YDP Agong.
Peniaga Pasar Malam TAR melahirkan rasa syukur mereka dengan pembatalan tersebut.

Yang rugi ialah kilang mencetak T Shirt yang terpaksa menanggung kerugian kerana belum dapat bayaran daripada penganjur. Pemandu bas sekolah juga kerugian kerana telah menolak banyak tempahan daripada sekolah-sekolah untuk lawatan. Gagal demo bererti bas mereka tidur pada hujung minggu ini.

Anwar Ibrahim adalah manusia paling kecewa dengan Titah Tuanku Mizan. Anwar meramalkan dengan rally tersebut yang akan mengambil tempoh beberapa hari telah memberi 5 peratus lagi peluang untuk beliau menguasai Putrajaya.

Oleh itu, Anwar setengah mati sekarang, hidup pun tak ada nilai lagi, mati pun tak mau. Sesiapa yang ternampak Anwar memakai seluar dalam bersih diluar sila telefon 999 untuk tindakan. Anda dilarang mendekatinya kerana dikhuatiri tubuhnya penuh dengan racun arsenik yang semakin membimbangkan jika disentuh.