Jul 27, 2011

Rakyat semakin keliru Islam bawaan PAS

Dalam kesibukan untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak oleh ummat islam seluruh dunia Azizan Razak MB Kedah telah mengubah dasar perjuangan islam seperti yang telah terkandung dalam Perlembagaan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Fasal 5. Tujuan PAS


(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.


(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Fasal 6. Usaha-Usaha:

(1) Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

(2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

(3) Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.



(4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memehami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

(5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

(6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mujstahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

(7) Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qura'an.

(8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

(9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

Jul 20, 2011

Orang yang cakap betul kena pecat...tapi..ahli DAP yang hina Islam dan tidak hirau sensitiviti umat Islam di Malaysia, dibiarkan bermaharajalela. DAP ini parti yang tiada main amaran-amaran, kalau tak suka sahaja, pecat, ikut suka hati mak bapak mereka. Baca berita di bawah :

PULAU PINANG 18 Julai - Ahli DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini dipecat daripada parti itu. Menurut Mohamed Razali, 42, beliau menerima surat pemecatan bertarikh 6 Julai 2011 yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai Katanya, berdasarkan surat berkenaan yang diterimanya Rabu lalu, beliau dipecat kerana telah menjatuhkan imej parti.

"Saya terima surat pemecatan pada 13 Julai lalu yang dihantar ke rumah lama saya menerusi pos.

"Dalam surat tersebut, alasan saya dipecat adalah kerana telah menjatuhkan imej parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Ditanya mengenai pemecatan tersebut, Mohamed Razali memberitahu, beliau percaya DAP tidak dapat menerima hakikat bahawa terdapat di kalangan ahlinya mempunyai pendirian yang bertentangan dengan dasar perjuangan parti.

"Namun saya percaya, ada hikmah di sebalik semua ini," ujarnya.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu. Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu. Beliau, berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan.

Ekslusif - A.Samad Said Terhutang Budi Sehingga Tergadai Body Pada Anwar Ibrahim

Wednesday, July 20, 2011



Pisang Emas Di bawa belayar,

Masak Sebiji Di Atas Peti,

Hutang Emas Boleh Dibayar,

Hutang Budi Dibawa Mati


Salam Sdr Papagomo.


Artikel Sdr berkaitan penglibatan SN A. Samad Said dengan perhimpunan haram BERSIH adalah dirujuk.


Ramai orang tertanya-tanya apa kaitan penglibatan beliau dengan rangkaian pertubuhan haram ini yang jelas bermotifkan politik pembangkang, sedangkan beliau sebelum ini dilihat sebagai neutral dalam sebarang isu. Adakah kerana beliau tertipu dan terpedaya dengan helah pembangkang sehingga turut sama menyertai BERSIH atau ada niat lain yang beliau cuba sembunyikan?


Dalam dunia sastera Malaysia, tiada penulis yang tak kenal perangai A. Samad Said ini. Beliau sebelum ini banyak kondem Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) dengan pelbagai tuduhan hanya atas alasan DBP (kerajaan) tidak memberi layanan istimewa kepada beliau. Beliau mahu dibayar mahal dalam setiap acara yang melibatkan beliau, mahu disediakan segala kemudahan yang berkaitan seperti pengangkutan udara kelas bisnes, hotel bertaraf bintang serta kenderaan berserta pemandu. Itu tak termasuk permohonannya untuk mendapatkan kemudahan istimewa dalam aspek penerbitan karya-karyanya.


Namun beliau masih lagi protes dengan alasan kerajaan tak jaga kebajikan beliau yang bertaraf Sasterawan Negara.


Untuk makluman sdr, sebelum ini Pak Samad ada buat permohonan dengan kerajaan negeri Melaka pimpinan Datuk Seri Ali Rustam untuk membantu beliau menerbitan karya-karyanya atas kapasiti beliau sebagai penulis berstatus SN kelahiran Melaka. Permohonan itu dah diluluskan dengan nilai jutaan ringgit melalui satu MOU timbal balik, iaitu Kerajaan Melaka beri duit untuk beliau terbitkan buku dan buku itu kemudiannya akan diberikan kepada kerajaan Melaka dalam jumlah tertentu.


Katanya wang bernilai RM3 juta telah diserahkan kepada Pak Samad untuk tujuan itu. Pak Samad kemudiannya telah menubuhkan syarikatnya sendiri, Wira Bukit Sdn. Bhd. yang diuruskan oleh anak lelakinya, Helmy Samad.


Namun projek ini dikatakan gagal mencapai matlamat untuk menerbitkan semua karya-karya beliau tetapi duit yang diperuntukkan telah habis digunakan. Pak Samad dikatakan minta lagi daripada kerajaan Melaka tetapi telah ditolak kerana peringkat pertama pun telah gagal dilaksanakan sedangkan duit dah habis dibelanjakan. Ini telah menimbulkan kemarahan Pak Samad.



Kemudian penerbit PTS Sdn. Bhd milik Ainon Mohd, -sekutu pembangkang dan Anwar Ibrahim telah mengambil alih projek berkenaan dan mendapat hak milik semua karya Pak Samad dan buku-buku beliau untuk diterbitkan semula untuk jualan.


Adakah penglibatan Pak Samad dalam BERSIH kerana marahkan kerajaan kerana mendakwa tidak memenuhi permintaan-permintaan beliau yang berlebihan itu? Atau adakah Pak Samad telah terhutang budi dengan Ainon Mohd yang telah memberikan 'nyawa' semula kepada beliau dalam projek penerbitan buku-bukunya?


Rakyat harus tahu tentang ini. Salam hormat.

Emel Kiriman

Wah ini rupanya yang membuatkan A.Samad Said begitu beriya iya bersama Pakatan Pembangkang dan menyokong Dato Seri Anwar Al Juburi. Ini rupanya yang di katakan Hutang Budi sampai Tergadai Jiwa Bangsa. A.Samad Said ini kah yang di katakan seorang sasterawan Negara?

Jika benar lah pekara ini maka adalah tidak layak sama sekali A.Samad Said di angkat mahupun di julang oleh rakyat Malaysia. Kerana budi pada Anwar Ibrahim yang membantu keewangannya maka beliau rela di liwat berulang ulang kali.



Patutlah A.Samad Said berdiam diri dalam isu Interlok, patutlah A.Samad Said yang kononya memperjuangkan Bahasa Melayu menjadi bisu bila bercakap soal Interlok.

Buat A.Samad Said di harapkan anda dapat menjelaskan pekara ini, jika benar apa yang di nyatakan di dalam emel kiriman yang Papa Gomo perolehi ini maka adalah wajar anda di berikan taraf pejuang Peliwat Tegar Anwar Brahim.

A.Samad Said Petualang Agama, Bangsa dan Negara


Psssttt...patutlah beriya iya sokong pakatan rupanya ada habuan yang terpaksa di bayar balik.


Dato Seri Anwar Ibrahim

Ini yang A.Samad Said banggakan menjadi
seorang pemimpin
buat Malaysia yang tercinta?


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Jul 18, 2011

AL-FATIHAH

Ahli Parlimen PAS kawasan Titiwangsa ,Kuala Lumpur Dr Lo Lo Mohd Ghazali meninggal dunia di Hospital Selayang jam 10.13 malam Ahad.Ia disahkan oleh keluarga Allahyarham sendiri.

Dr Lo Lo,53 yang merupakan ahli parlimen penggal pertama kawasan itu mengidap kanser.

Kematian Allahyarham ini tidak menyebabkan adanya pilihanraya kecil kawasan Parlimen itu.Ini kerana ia dalam tempoh dua tahun menjelang habis penggal parlimen kali ini.-17/7/2011 (AgendaDaily).

Jul 16, 2011

Dr Lo' Lo' Kini Sedang Tenat Di Hospital



Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' kini dilaporkan sedang tenat akibat penyakit kanser paru-paru tahap 4 yang dihidapinya. Beliau dirawat di tingkat 10A, katil 26 Hospital Selayang.

Walaupun Nik Aziz suka mendoakan agar musuh politiknya pecah perut, namun sebagai sesama Islam dan tidak nyanyok seperti Nik Aziz, marilah kita sama-sama mendokan agar Dr Lo' Lo' sembuh.

Kepada pemimpin dan YB-YB UMNO, jika ditakdirkan usia Dr Lo' Lo' tidak panjang, janganlah itu dijadikan mainan dan bahan sendaan dengan mencipta pantun-pantun merapu seperti yang pernah dilakukan oleh Mahfuz Omar @ Mr Bean diatas kematian allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, ADUN Merlimau.

Jika ada kesalahan Dr Lo' Lo' pada kita semua, marilah dengan lapang hati kita memaafkannya. Sesama Islam kita wajib bersyukur ke atas kesejahteraan dan kebaikan saudara Islam kita. Semoga Allah memanjangkan usia beliau.

Jul 15, 2011

Ambiga.......





SIAPAKAH SEBENARNYA AMBIGA ????

Ambiga Sreenevasan, ketua demonstrasi BERSIH 2.0 yang telah menimbulkan kekecohan bersama pakatan pembangkang pada 9 Julai 2011 adalah pendokong utama fahaman pluralisme di Malaysia. Ambiga turut melobi hingga ke PBB dan berharap menjadi pelapor ataupun pemantau bagi pihak PBB di Malaysia mengenai pluralisme. Ambiga jadi ketua BERSIH 2.0 namun yang membuat/menjalankan demonstrasi di jalan-jalan adalah ahli-ahli PAS.

Siapa perkudakan siapa ini?

Ambiga menerima anugerah "Women of Courage" pada 12 Mac 2009. Bersama-sama Ambiga menerima anugerah yang sama adalah Dr Musdah Mulia dari Indonesia. Siapa Dr Musdah? Tidak menghairankan mengapa Ambiga menyokong pluralisme kerana ada seorang lagi penyokong pluralisme di Malaysia yang juga sefahaman dengan Ambiga dan Dr Musdah.
( RUJUK LINK UNTUK KEFAHAMAN MENGENAI PLURALISME : http://ummahonline.wordpress.com/2006/06/20/pluralisme-menurut-islam/)


Siapa Dr Musdah?

Dr Musdah adalah rakyat Indonesia yang memperjuangkan GAY dan LESBIAN di Indonesia.

Dalam satu forum anjuran DAP pada Jun 2007, Ambiga mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah dalam artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy.

Apakah Ambiga yang menyokong kebebasan beragama yang dimahukan oleh Lina Joy ini dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?

Ambiga yang merupakan bekas Presiden Bar Council adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut perlaksanaan Interfaith Commission (IFC) pada 21 Ogos 2001. Bar Council telah menerima memorandum untuk menuntut perlaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Apakah ahli-ahli PAS yang hendak berdemonstrasi masih lagi menganggap penubuhan IFC itu satu yang BERSIH bagi mereka? Mengapa tidak membuat demonstrasi untuk menuntut pembatalan memorandum tersebut di hadapan pejabat Bar Council?

Bar Council pernah menganjurkan demonstrasi di Sogo 9 Disember 2007. Kelihatan adalah Sivarasa Rasiah dan Lateefah Koya, kedua-duanya berjawatan dalam PKR dan merupakan ahli Bar Council. Sewajarnya, ROS mengkaji semula pendaftaran Bar Council, mereka bukan lagi bertindak sebagai pertubuhan perundangan tetapi pertubuhan yang dipergunakan oleh PKR dan menyalahi undang-undang yang sepatutnya mereka luhurkan bersama.

Bar Council pimpinan Ambiga juga menjadi dalang risalah perlembagaanku yang mahu menyisihkan hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai agama persekutuan. Ambiga turut mengadakan forum memeluk islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka artikel 121 (1A).

Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Bar Council yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Ambiga ini layak dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?

Tetapi malangnya kini ahli-ahli PAS telah lupa bahawa Ambiga suatu masa dahulu pernah ditentang bukan kerana berlainan politik tetapi telah menimbulkan kemarahan Hati org ISLAM apabila mempertikaikan Artikel 121 (1A) secara terbuka.

Tetapi kini ahli-ahli PAS terpaksa meludah ke langit dan akhirnya jatuh ke muka sendiri apabila menerima Ambiga orang yang pernah menentang Islam sebagai Ketua mereka di dalam Demonstrasi jalanan BERSIH 2.0 yang ditunjangi oleh Anwar Bin Ibrahim dan PKR demi semata-mata untuk memenuhi kehendak hawa nafsu politik.


FIKIRKAN DAN RENUNGKANLAH WAHAI2 ORANG ISLAM.....DEMI MASA DEPAN GENERASI ISLAM DI MALAYSIA.... BERSATULAAH DEMI PERPADUAN ISLAM