Aug 2, 2011


Barisan Nasional (BN) negeri mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjelaskan secara terperinci jumlah rumah kos rendah dan sederhana yang didakwa diluluskan pembinaannya di negeri itu sepanjang tiga pemerintahan pakatan pembangkang di Pulau Pinang.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, ia kerana, kenyataan mengenai perkara itu seperti yang disiarkan termasuk dalam blog Guan Eng semalam sangat meragukan.

Menurutnya, kenyataan itu menyebut kerajaan negeri telah meluluskan pembinaan 11,596 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah berharga antara RM42,000 hingga RM72,000 sejak tiga tahun lalu dengan 3,421 daripadanya dibina oleh 'kerajaan'.


"Jadi kita sangat berminat untuk mengetahui sama ada rumah tersebut dibina oleh kerajaan negeri atau agensi di bawahnya atau dibina oleh Kerajaan Persekutuan?

"Dan jika benar kerajaan negeri ada membina sendiri rumah-rumah ini, sila nyatakan di mana lokasi serta siapa pemaju dan pembelinya," katanya kepada pemberita selepas menyertai tinjauan mesra BN negeri di Bazar Ramadan Kepala Batas di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan.

Zainal Abidin sebelum ini mengkritik kerajaan negeri yang didakwa mengamalkan birokrasi dalam memberi kelulusan terhadap projek perumahan yang ingin dilaksanakan agensi Kerajaan Persekutuan berbanding permohonan yang dibuat pemaju swasta.

Menurutnya, kerajaan negeri juga dilihat 'liat' memberi kelulusan pembinaan rumah tersebut terutamanya melibatkan perumahan kos rendah dan sederhana.

Bagaimanapun, Guan Eng dalam blognya menafikan dakwaan itu sambil menyatakan bahawa kerajaan negeri komited untuk memastikan perumahan kos rendah dan sederhana dibina di Pulau Pinang.

Zainal Abidin bagaimanapun berkata, penjelasan Guan Eng berhubung perkara itu mencetuskan lebih banyak tanda tanya khususnya mengenai peranan kerajaan Pusat dalam membina perumahan rakyat di negeri itu.

"Setahu saya, Kerajaan Pusat melalui agensinya telah dan sedang membina 1,500 unit rumah kos rendah dan sederhana di Pulau Pinang. Persoalan sebenar yang saya utarakan minggu lalu adalah berapa banyak jenis itu yang telah dibina oleh kerajaan negeri, itu sahaja," katanya.

Tambah beliau, tindakan kerajaan negeri yang sewenang-wenangnya menaikkan bayaran premium tanah dan caj-caj berkaitan pembangunan projek perumahan telah menyebabkan harga rumah di Pulau Pinang melonjak beberapa kali ganda sejak tiga tahun lalu.

''Bila bayaran premium tanah serta caj dinaikkan sewenang-wenangnya, maka pemaju akan menaikkan harga rumah yang ingin dijual dan beban itu diletakkan kepada bakal-bakal pembeli," katanya. UM
Ap itu PAP dan DAP?

HM ingin meneruskan lagi penerangan mengenai PAP yang juga diwarisi oleh DAP. Lihat sahajalah apa yang terjadi di Pulau Pinang. Apa jadi pada Melayu dan Islam?. Apakah bangsa Melayu PAS dan PKR tidak kisah dipinggirkan suatu hari nanti?


Ikuti penerangan ini yang boleh kita semua jadikan pengajaran.


Peminggiran Melayu di Singapura bermula sebaik sahaja Parti Tindakan Rakyat atau PAP berkuasa di pulau sekangkang kera itu. Kita perlu melihat perjalanan sejarah pulau Singapura untuk melihat bagaimana PAP yang diketuai oleh Lee Kuan Yew meminggirkan Melayu secara fizikal dan secara penghapusan sejarah.


Rekod terawal mengenai kewujudan Singapura terkandung dalam catatan sejarah negara China pada kurun ke-3. Singapura atau Temasik adalah sebahagian daripada jajahan empayar Srivijaya yang bertapak di Sumatera. Temasik merupakan sebuah perkampungan tepi laut yang menjadi tempat persinggahan bahtera-bahtera China dan dari benua kecil India dan Asia Barat.

Nama Singapura diambil dari dua perkataan Melayu yang berasal dari bahasa Sanskrit iaitu singa (simha dlm Sanskrit) dan pura (asal Sanskrit) yang bermaksud kota atau bandar singa. Ia dikaitkan dengan Sang Nila Utama yang menurut hikayat Sejarah Melayu menghadapi ribut besar semasa dalam pelayaran. Keadaan ribut tiba-tiba reda apabila Sang Nila Utama mencampakkan mahkotanya ke dalam laut. Selepas itu, Sang Nila Utama mencari daratan terdekat untuk mendarat dan pulau Temasik adalah tempatnya. Menurut hikayat itu lagi, haiwan pertama yang dilihatnya ialah seekor singa dan dia terus menamakan Temasik sebagai Singapura.


Nukilan sejarah yang terkandung dalam naskhah China dan Sejarah Melayu telah diketepikan oleh Kuan Yew kerana dia mahukan sejarah Singapura dimulakan selepas kehadiran Stamford Raffles. Tindakan Kuan Yew dan PAP ini merupakan permulaan peminggiran Melayu dalam bentuk sejarah di Singapura kerana peranan dan sumbangan kerajaan Melayu sebelum itu, termasuk Johor-Riau, tidak mahu diulangi kerana ia memperlihatkan kebesaran dan pengaruh Melayu.


Pada lewat tahun 1818, Lord Hastings, Gabenor-Jeneral di India yang turut berkuasa ke atas tanah jajahan sebelah timur India, memberi kebenaran kepada Raffles untuk membuka sebuah stesen dagangan di hujung Semenanjung Tanah Melayu dan pulau Singapura menjadi pilihan. Pada 29 Januari 1819 Raffles mendarat di Singapura dan keesokan harinya membuat perjanjian dengan Temenggong, wakil Sultan Johor, untuk membuka pos atau stesen dagangan. Pada 6 Februari 1819, satu perjanjian rasmi dimeterai dengan Sultan Hussein Johor dan Temenggong Abdul Rahman. Melalui perjanjian ini, pihak Inggeris mula bertapak di Singapura dan menjadi raja yang bermaharalela memerintah pulau itu. Kuan Yew memilih detik sejarah ini sebagai pembuka buku sejarah Singapura.


Untuk mencapai niat dan hasratnya, Kuan Yew sanggup melakukan apa saja. Sebagai contoh, Kuan Yew sanggup bekerjasama dengan puak pro-komunis yang meresapi PAP apabila dia bekerjasama dengan pemimpin komunis bernama Lim Chin Siong untuk menumbangkan kerajaan David Marshall, seorang Yahudi yang anti-komunis. David Marshall adalah pengasas parti Labour Front yang ditubuhkan pada bulan Julai 1954 manakala Kuan Yew menubuhkan PAP pada November 1954.


David Marshall membentuk sebuah kerajaan campuran antara Labour Front dengan UMNO dan MCA pada 6 April 1955 selepas menang tipis dalam pilihan raya pertama. Bagaimanapun, dia meletak jawatan pada 6 Jun 1956 setelah rundingan di London untuk membentuk sebuah kerajaan sendiri sepenuhnya dan tidak dibawah seliaan Inggeris menemui jalan buntu. Inilah yang dinanti-nantikan oleh Kuan Yew kerana dia sedar pengganti David Marshall, iaitu Lim Yew Hock adalah seorang pemimpin (MCA) yang lemah.


Mulai 1959, PAP mula berkuasa sepenuhnya di Singapura dan terus memerintah sehingga ia dikeluarkan daripada gugusan Malaysia. Sejak berkuasa, Kuan Yew dan PAP melakukan apa saja yang mungkin untuk menindas dan meminggir orang Melayu. Perkampungan-perkampungan Melayu seperti Pasir Panjang, Telok Blangah, Bukit Timah, Bedok, Kampung Ubi, Kampung Dusun, Seranggoon, Geylang Serai, Kampung Glam, Paya Lebar dan lain-lain, diroboh dan dikosongkan untuk membina rumah pangsa atau binaan-binaan lain dan orang Melayu ditempatkan di rumah-rumah pangsa HDB mengikut arahan pemerintah. Mereka diasing-asingkan supaya tiada satu kawasanpun yang akan mempunyai majoriti penduduk terdiri daripada orang Melayu. Ia bertujuan untuk menjamin sokongan politik berterusan kepada PAP. Episod ini menandakan permulaan peminggiran secara paksa yang dilakukan ke atas orang Melayu.


Walaupun Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Singapura sebagai Bahasa Kebangsaan, ia sebenarnya terpinggir kerana bahasa Inggeris dijadikan bahasa pentadbiran, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil ditutup dan hanya sekolah beraliran Inggeris dibenarkan. Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil dijadikan bahasa pilihan kedua di peringkat sekolah.


Untuk memasuki pasaran pekerjaan, selain bahasa Inggeris, bahasa Mandarin menjadi pra-syarat universal dan dengan sendirinya bahasa Melayu terus terpinggir.

Dalam perkhidmatan negara atau kerahan tenaga, anak Melayu dilarang daripada memasuki tempat-tempat tertentu yang strategik dan canggih. Anak Melayu hanya layak dikerah berkhidmat dalam pasukan pertahanan awam dan pasukan polis dan sedikit sahaja dalam angkatan tentera, itupun dalam kor atau regimen yang dikira selamat untuk mereka masuki.

Sehingga saat ini, tidak seorangpun anak Melayu yang memegang jawatan penting atau tinggi dalam sektor awam (pemerintah) atau badan-badan berkanun.

Orang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan PAP dan dipilih sebagai wakil rakyat, itupun dalam kawasan undi berkumpulan, hanya layak dilantik menjadi menteri yang menjaga alam sekitar, peparitan, kumbahan, kebajikan dan masalah berkaitan dadah. Jawatan-jawatan penting dikhaskan kepada bukan Melayu.


Jika pemberhentian pekerja terpaksa dilakukan oleh sektor perkilangan atau industri, pekerja pertama yang mesti diberhentikan hendaklah orang Melayu. Bilangan penganggur di kalangan orang Melayu adalah yang paling tinggi walaupun mereka memiliki kelulusan dan kemahiran tertentu.


Untuk memastikan ratio bukan Melayu dikekalkan pada paras sekarang, kemasukan secara beramai-ramai pendatang dari China, Taiwan, Hong Kong diberi galakan sedangkan penghijrahan orang Melayu dari Malaysia dikawal ketat.


Inilah ketidakadilan dan peminggiran yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew dan PAP ke atas orang Melayu, masyarakat peribumi Singapura.


Apa yang dilakukan oleh pemerintah Singapura dilihat sebagai satu bentuk pemerintahan ala kuku besi atau "authoritarianism" iaitu pengamalan demokrasi bukan liberal dan demokrasi berprosidur dan bukan demokrasi sebenarnya.


Reporters Without Borders meletakkan Singapura di tangga ke-140 daripada senarai 167 buah negara dalam "2005 Worldwide Press Freedom Index". Ia juga menuduh PAP mengamalkan penapisan yang ketat dan keterlaluan, mempengaruhi urusan Jabatan Pilihan Raya dan menjadikan pengambilan tindakan sivil di mahkamah terhadap pengkritik kerajaan sebagai satu senjata untuk melemahkan pembangkang. Kebebasan bersuara dibataskan.


Singapura kini mempunyai penduduk berjumlah 4.35 juta (sehingga Jun 2005) terdiri daripada 76.8 peratus Cina, 13.9 peratus Melayu dan 7.9 pratus India. Malangnya, ia tidak diperlihatkan dalam kabinet Singapura dimana hanya seorang Melayu bertaraf menteri, ia juga tidak kelihatan dalam sektor awam apatah pula dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).


Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat saya perkatakan mengenai peminggiran Melayu di Singapura. Saya dapat berbuat demikian hasil pengalaman hidup semasa menetap dan bertugas di republik itu dalam tahun 1990-an dan dapat merasai apa yang dirasai oleh sebilangan besar orang Melayu Singapura.

Sumber dipetik dari blog : Keris7Lok
Kulaan Niring Napa Takurihing

Aug 1, 2011

Tulisan Ridhuan Tee Abdullah yang terbaru ini sangat tepat pada masa dan ketikanya. Elok disebar dan dikongsi bersama. Biar terbuka minda dan fikiran yang penuh dengan nanah dan lendir kotor serta buruk sangka terhadap UMNO dan orang Melayu. Semoga dalam bulan yang penuh kemuliaan ini, kita semua kembali ke pangkal jalan. Baca tulisan beliau di bawah :

SEBUT SAHAJA NAMA Ibrahim Ali pada pandangan ultra kiasu seolah-olah sedikitpun tidak ada kebaikan yang ada pada dirinya. Begitu juga segelintir kalangan umat Islam. Semuanya buruk belaka. Bila ditanya pula kepada golongan ultra ini akan pandangan mereka terhadap kenyataan-kenyataan rasis pemimpin parti politik perkauman dan NGO seperti Dong Zong, Jiao Zong, Dong Lian dan Dong Jiao Zong, termasuk beberapa Dong lagi, semuanya baik belaka. Mereka dinobatkan sebagai wira.

Marilah kita membuat senarai semakan (check list), berapa banyak kebaikan dan keburukan Ibrahim Ali. Saya yakin kita akan terjumpa juga dengan beberapa kebaikannya. Janganlah kita tolak secara pukal seseorang hanya kerana sedikit ‘kesalahannya’. Ibrahim Ali yang saya kenali memang seorang yang lantang memperjuangkan nasib Melayu (Islam) sehingga dicop sebagai rasis.

Tidakkah kita terfikir, kadangkala perlu ada juga orang yang lantang seperti ini sebagai reaksi atau respon kepada pertubuhan ekstrem atau ultra yang lain. Bangsa lain lantang dikatakan hak, orang Melayu lantang dikatakan rasis. Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja tuntutan MIC dalam Perhimpunan Agong ke 65 pada 31 Julai 2011. Ini belum lagi parti-parti komponen Barisan Nasioanl yang lain. Semuanya meletakkan kepentingan bangsa, bangsa dan bangsa.

Pelik sungguh politik negara ini, bila mana pertubuhan Melayu menuntut hak mereka dikatakan sebagai rasis. Tetapi bila pertubuhan bukan Melayu dan parti komponen BN dikatakan sebagai hak minoriti. Politik apakah ini?

Saya yakin Ibrahim Ali tidak akan menindas dan menganiaya orang bukan Islam jika ditakdirkan mempunyai kesempatan memegang kuasa. Islam tidak membenarkannya. Yang jelas, beliau bukan penzina (peliwat), penjudi, peminum arak dan tidak melakukan dosa besar. Berbanding dengan pemimpin ultra lain, yang sudah jelas terlibat melakukan dosa besar, tidak pula dibesar-besarkan peribadinya, malah dianggap sebagai orang berjasa.

Sehingga ke tahap ini, mereka tidak segan silu mengangkat pendosa-pendosa ini sebagai pemimpin kaum mereka. Pada mereka, peribadi pemimpin bangsa mereka tidak penting, selagi mereka mempertahankan hak-hak bangsa mereka dan aib mereka disenyapkan. Malah mereka akan dinobatkan sebagai hero dan wira. Maka tidak hairanlah jika pendosa-pendosa ini disanjung dan dijunjung.

Mereka juga tidak dianggap sebagai rasis. Berbeza pula pendekatannya apabila perkara yang sama dibangkitkan oleh orang Melayu, maka secara tiba-tiba peribadi pemimpin bangsa Melayu itu menjadi penting dan disensasikan dengan begitu buruk sekali. Apa sahaja yang keluar dari mulut orang Melayu tersebut seperti Ibrahim Ali ini dan kaitan dengan namanya, semuanya rasis atau berniat jahat. Permainan politik licik apakah ini? Kita masih buta.

Pada mereka latar belakang seseorang tidak penting, yang penting hak-hak bangsa mesti dipertahankan. Inilah cara ultra kiasu berfikir, yang pada pandangan saya berjaya mengaburi mata umat Islam. Kita pun sama terikut-ikut dengan rentak mereka.

Mungkin selepas ini saya juga dikategorikan termasuk dalam kumpulan Ibrahim Ali. Terpulanglah… Apa yang saya tahu, pendekatan saya berbeza dengan Ibrahim Ali. Saya tahu apa yang saya buat.

Ketika Ibrahim Ali menawarkan anugerah kepimpinan oleh Perkasa kepada UiTM, saya berada bersama beliau sebagai panelis dalam majlis forum tersebut. Pegawai atasan akademik dan pentadbiran UiTM bertepuk tangan dengan pengumuman anugerah tersebut, seolah-olah menerima sebagai tanda setuju. Saya tidak dengar Ibrahim Ali menamakan anugerah tersebut dengan namanya.

Saya fikir tawaran itu tidak salah. Selaku rakyat Malaysia, Ibrahim Ali berhak berbuat demikian. Naïf sangat kita jika menolak sumbangan seseorang hanya kerana namanya tidak enak didengar, kecuali hasil daripada pendapatan haram.

Tidak ramai kalangan kita yang tampil ke hadapan memberi sumbangan (sedekah) walaupun telah kaya raya melalui sistem yang membenarkan kita menjadi kaya. Setiap bangsa telah dikayakan, sibuk membantu bangsanya sendiri. Tetapi bila ada seseorang yang menawarkan bantuan secara ikhlas mungkin, kepada bangsanya, disebabkan oleh namanya yang tidak enak didengar dan boleh menjejaskan periuk nasi dan reputasi kita, kita tolak seratus peratus. Politik rimba apakah ini?

Pada hemat saya, kesilapan UiTM adalah dengan memberikan nama anugerah tersebut atas nama Ibrahim Ali, yang pada perkiraan saya agak tidak wajar nama beliau ditonjolkan dan mungkin Ibrahim Ali pun tidak setuju, walaupun wang itu datang daripada poketnya. Isu ini mungkin tidak akan menjadi sensasi jika anugerah tersebut dinamakan Anugerah Kepimpinan Terbaik dan disenyapkan nama Ibrahim Ali dan Perkasa.

Yang amat memelik saya, kenapa batang tubuh seseorang itu yang menjadi sasaran. Kita menuding jari siapa benar, siapa salah, bukannya mencari apa yang benar, apa yang salah! Apakah anugerah itu salah? Jika salah, betulkan, bukan dengan menolak secara total. Inilah pemikiran ultra kiasu, politik rimba, politik bebal dan politik pandir yang amat sukar untuk dipadamkan dan kita terikut-ikut sekali.

Banyak juga anugerah yang ditaja oleh syarikat judi, arak dan sebagainya, kenapa kita tidak tolak dan cemuh anugerah tersebut. Adakah Ibrahim Ali lebih hina daripada arak dan judi? Pada saya daripada mengambil anugerah yang ditaja oleh syarikat judi dan arak, lebih baik saya menerima anugerah Ibrahim Ali, jika itulah namanya dan memang tidak ada pilihan.

Ada yang mencadangkan nama-nama seperti Arsyad Ayub, Ani Arope, Ishak Mohamad, Awang Had Salleh, dijadikan anugerah. Saya tidak menolak nama dan tokoh tersebut, kerana mereka memang wajar untuk didendangkan kewiraannya. Jika kita bertindak waras, senyapkan nama Ibrahim Ali atau Perkasa, letakkan nama-nama tokoh besar tersebut. Kenapa tidak dibawa berbincang sehingga menyebabkan kawan makan kawan, kawan jadi lawan? Jika dibaca matlamat anugerah tersebut, tujuannya adalah murni untuk mencari pelajar terbaik dan serba boleh serta menggalakkan budaya persaingan, selain membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.

Adakah anugerah-anugerah seperti ini tidak terdapat di Kolej New Era, Kolej Tunku Abdul Rahman, Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Terbuka Wawasan dan universiti-universiti yang dipunyai oleh kaum-kaum tertentu? Berapa banyak nama Lim Lian Geok dinobatkan? Adakah perjuangan parti-parti politik dan NGO perkauman yang saya sebut ini tidak rasis. Jika mereka boleh menyediakan pelbagai anugerah, kenapa pertubuhan Melayu yang menawarkan anugerah ini dianggap rasis? Ini cara pemikiran yang sukar untuk negara berkembang maju. Kita sanggup terima sumbangan daripada syarikat judi dan arak, tetapi menolak sumbangan seorang insan yang dianggap sebagai rasis. Adakah ini wajar?

Kita hanya pandai berkokok. Sanggupkah mereka yang berkokok menyediakan anugerah tersebut? Jika sanggup, Alhamdulillah. Jika tidak, jangan perlekehkan kerja amal orang lain yang bertujuan membangunkan anak bangsanya.

Di negara-negara Barat, anugerah-anugerah yang diambil berasaskan kepada nama-nama mereka yang memberi sumbangan adalah perkara biasa. Mereka tidak saling mencemuh, walaupun pada pandangan kita mereka adalah pendosa dan orang zalim. Misalnya, Presiden Bush, Hitler, dan sebagainya. Jika kita mengambil batang tubuh mereka, mereka tidak layak dinobat sebagai wira.

Berapa ramai orang telah dibunuh ketika mereka menjadi pemimpin? Apakah kita boleh memaafkan Bush yang telah membunuh begitu ramai umat Islam melalui arahan yang dikeluarkan semasa menjadi presiden Amerika? Begitu dengan Hitler, Mao Tse Tung, Shih Huang Ti dan sebagainya. Nama-nama ini tetap disanjung dan tidak kurang anugerah diberikan atas nama mereka. Kenapa kita tidak mengutuk?

Menyerang batang tubuh seseorang adalah perbuatan yang keji dan tidak sepatutnya berlaku. Apabila orang Melayu menuntut hak mereka, dituduh sebagai rasis. Tetapi apabila kaum lain menuntut hak mereka secara ekstrem, maka itu dikatakan hak atau merit untuk mendapatkan keadilan.

Lebih malang lagi kita terpaksa tunduk kepada tuntutan dan desakan ini kerana tiada pilihan. Malah mereka tidak segan silu mengungut untuk keluar daripada barisan jika permintaan mereka tidak dipenuhi.

Akibatnya, masa depan pribumi dan Islam semakin tidak menentu. Hak orang lain semakin semakin, manakala hak sendiri semakin terhakis. Kerusi menteri bukan Melayu dalam kabinet semakin bertambah. Manakala kerusi orang Melayua atau Islam terus statik dan tidak mustahil semakin berkurang. Apabila sedikit kuota atau keistimewaan mereka ditarik balik untuk memberi laluan kepada bangsa mereka juga, disebabkan oleh parti politik berbeza dalam komponen yang sama, heboh satu Malaysia. Mereka ibarat cacing kepanasan. Tetapi apabila kerusi Melayu atau Islam berkurang, senyap, tidak ada yang bersuara termasuk orang Melayu (Islam) sendiri.

Sampai bilakah umat Islam boleh bertahan dengan ‘formula’ yang tidak mencerminkan keadilan ini. Sejak dahulu lagi saya mencadangkan supaya diwujudkan formula keadilan berasaskan kehendak Islam iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bukan formula barat berasaskan kepada kesamarataan. Barat sendiri tidak mengotakan formula mereka, mengapa kita perlu mengikut apa yang mereka kemukakan tetapi mereka sendiri tidak pernah dipenuhi. Mereka mengemukakan formula yang boleh menyebabkan kita berantakan sesama sendiri. Sejarah membuktikan, Islam mampu memberikan keadilan tetapi bukan kesamarataan, kerana agama Islam itu sendiri tidak boleh disamaratakan dengan agama lain.

Ayuh! Wahai umat Islam, bangun dan bertindak. Jangan terus lena dibuai mimpi. Sekadar memegang tampok kekuasaan negara, belum menjamin masa depan jika hak semakin terhakis. Apa guna menang sorak kampung tergadai.

Orang lain, walaupun mereka tidak menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, mereka semakin jauh ke hadapan meninggal kita. Apa guna kuasa berada di tangan jika anak bangsa terus merempat di bumi sendiri dan diselubungi dengan pelbagai gejala sosial yang menakutkan. Kekuatan ekonomi masih jauh lagi untuk dikuasai.

Apakah sesuatu bangsa itu boleh menjadi kuat dengan memegang kuasa sahaja? Sejarah membuktikan bahawa kuasa ekonomi boleh membeli kuasa politik. Kuasa politik tidak akan bertahan lama jika tidak disertai dengan kuasa ekonomi. Dalam dunia hari ini, kuasa ekonomi adalah segala-galanya (dengan tidak menafikan kuasa Allah SWT).

Kenapa Yahudi berjaya menguasai dunia hari ini walaupun bilangan mereka hanya sekelumit? Jawapannya, mudah kerana mereka menguasai ekonomi dunia. Kekayaan dunia berada di tangan mereka. Maka tidak hairanlah, saban hari umat Islam menjadi mangsa kerana mereka tahu bahawa umat Islam adalah ancaman kepada mereka.

Maka, berbagai jalan dicari untuk melemahkan umat Islam. Salah satunya pecahkan umat Islam dan sogokkan mereka dengan keseronokan sosial. Biar kita leka dengan kuasa yang ada. Pada pemikiran kita, dengan kuasa yang ada, kita boleh bertahan lama. Sebenarnya, tidak. Kuasa yang ada tanpa sokongan kuat ekonomi dan lain-lain, menunggu masa untuk pupus entah ke mana.
Hebatnyer Melayu mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan menjalani ibadah puasa.

3 tahun perintah PP , sumbangan terbesar DAP ubah nama jalan !



Inilah pencapaian terbesar kerajaan DAP diketuai Guan Eng selama lebih 3 tahun memerintah selain beri duit RM 100 . Menukar nama jalan sediada sahaja tanpa membinanya merupakan strategi terbaru kerajaan CAT yang mana boleh jimatkan kos .


Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam telah meluluskan cadangan nama baru bagi tiga jalan dalam negeri iaitu Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Jalan Father Julien dan Jalan P Patto.

1) Sekolah Hashim Awang hingga ke Sekolah Bakti Jalan Bertam - Jalan Kubang Menerong sebagai Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir,

2) Jalan Mak Mandin - Jalan Bunga Tanjung 7, Butterworth sebagai Jalan P Patto

3) Jalan tepi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee di Jalan Hamilton sebagai Jalan Father Julien


GPB tak kisah sangat jalan lain itu , tetapi yang menarik ialah Jalan P Patto iaitu nama kepada pemimpin agung DAP suatu ketika dahulu . Nama pemimpin besar DAP ini pernah nak diletakkan di negeri Perak oleh boneka DAP Nizar Jamaluddin ketika 11 bulan memerintah ,tetapi dibantah keras oleh penduduk di situ . Penduduk di situ marah sejarah nama Jalan Silibin di tempat mereka tinggal cuba diubah oleh DAP yang baru saja memerintah .

Tetapi di Pulau Pinang lain pulak dan DAP diketuai Guan Eng terus saja menukar nama jalan di kawasannya itu kepada nama pemimpin besar parti mereka yang entah apa jasa besarnya kepada negara.

Apakah jasa besar pemimpin chauvinis sepertti P Patto kepada rakyat di Bagan, negeri dan negara ini ? Baru sepenggal jadi MP Bagan pun hendak diletakkan nama jalan .

Kalau macam ini lah cara DAP mengangat habis pemimpin2 agung mereka , tak mustahil selepas ini nama Kit Siang , Karpal Singh , Guan Eng dan Ng Wei Aik akan turutu diabadikan di jalan dan bangunan jika mereka memerintah negara ini .

ANWAR IBRAHIM : JASA ANWAR 16 TAHUN DALAM UMNO

Sewaktu memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno
Siapa Anwar Ibrahim?

  • Siapa yang mengajar rasuah di dalam UMNO? jawapannya Anwar.
  • Siapa yang menwujudkan pengundi hantu? jawapannya Anwar.
  • Siapa yang memenangi kerusi Timbalan presiden dengan mengunakan 'wang' semasa perhimpunan agong UMNO. Jawapannya Anwar.
  • Siapa yang paling banyak kroni dan membahagikan segala projek dalam kerajaan satu ketika dahulu. Jawapannya Anwar.
  • Siapa yang bawa lari duit negara rm1000 dan rm500 hingga duit kita susut nilainya. Jawapannya Anwar.
  • Siapa yang nak guna duit IMF hingga menyebabkan hutang negara naik dan menyebabkan negara hampir digadai separuh kepada negara luar. Jawapannya juga Anwar dan
  • Siapa yang angkat kroni duduk disetiap bahagian penting sektor kerajaan dalam konspirasi menjatuhkan Tun Dr M.. juga jawapannya ialah Anwar..
  • Siapa yang berhajat untuk menjual negara.. juga jawapannya adalah Anwar..