Aug 5, 2011

Sudah semakin ramai yang tidak yakin dengan Anwar Ibrahim. Terbaru Ng Lum Yon, salah seorang pengasas PKR yang mendakwa pengaruh Anwar sudah semakin merosot, natijah daripada masalah moral dan peribadinya. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Bekas seorang daripada pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ng Lum Yon berkata sebenarnya bukan satu kejutan apabila pakatan pembangkang mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Pembangkang. Beliau berkata pakatan pembangkang kini dilihat membelakangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Ketua Pembangkang itu sudah hilang pengaruh dalam pakatan itu. “Kita nampak Anwar kini sudah tidak relevan untuk terus menjadi pemimpin (PKR) kerana dia (Anwar) banyak masalah peribadi…keluar masuk mahkamah, tambah lagi kes video seks yang mengaitkan beliau. “Bukan itu sahaja banyak lagi janji yang tidak di tunaikan, jadi saya tidak terkejut jika pihak pembangkang mencari alternatif untuk mencari penganti pemimpin mereka supaya dapat memimpin parti dengan betul,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Ng keluar daripada PKR kerana kecewa terhadap kepimpinan PKR yang menurutnya bukan lagi berjuang untuk kepentingan rakyat, sebaliknya sekadar berjuang untuk memenuhi kehendak Anwar - Bernama

Aug 3, 2011

Sahur Waktu Penuh Barakah

Abu Numair Nawawi B. Subandi


Di ketika bulan Ramadhan, kita diperintahkan untuk berpuasa di siang hari dan berbuka di malam harinya. Selagi mana waktu masih malam, iaitu selagi belum masuknya Subuh, maka kita dibolehkan untuk makan, minum, dan menggauli isteri yang mana perkara ini diharamkan dilakukan di waktu siangnya. Ini adalah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya):

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَائِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَكُمْ وَأَنْتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَانُونَ أَنْفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنْكُمْ فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ

“Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Ramadhan untuk bercampur dengan isteri-isteri kamu - mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pula adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan serta minumlah sehingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar (masuknya waktu Subuh).” (Surah al-Baqarah, 2: 187)

Adalah menjadi sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di bulan Ramadhan sebelum memulakan puasa beliau bersahur dan melewatkannya di penghujung malam. Sahur adalah makan atau minum di penghujung waktu malam ketika hampir menjelang Subuh bertujuan untuk puasa. Atau lebih tepat lagi adalah akhir sepertiga malam sehingga terbitnya fajar (masuk waktu Subuh).

Sahur Penuh Barakah

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ، فَلَا تَدَعُوهُ، وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ، فَإِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ

“Makan ketika sahur itu barakah, maka janganlah kamu meninggalkannya sekalipun hanya dengan seteguk air. Kerana Allah ‘Azza wa Jalla dan para Malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur.” (Hadis Riwayat Ahmad, 17/150, no. 11086. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth)

Di antara bentuk barakah dari sahur adalah mampu memberikan tenaga, menguatkan semangat, dan meringankan beban bagi mereka yang berpuasa. Ini adalah hasil dari makanan dan minuman yang diambil ketika sahur. Kemudian, waktu sahur itu sendiri pula termasuk ke dalam waktu mustajab berdoa, waktu terbaik beribadah, dan waktu diampunkan bagi mereka yang memohon keampunan.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjelaskan kepada kita bahawa:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Allah Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman, “Siapa sahaja yang berdoa kepada-Ku, maka Aku tunaikan untuknya. Sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya. Sesiapa sahaja yang memohon ampun kepada-Ku, Aku ampunkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 23/13, no. 6940)

Berkenaan turunnya Allah ke langit dunia, Ahlus Sunnah wal-Jama’ah menerima sebagaimananya zahir hadis tentangnya. Iaitu Allah turun secara hakiki bukan majazi, tanpa diserupakan dengan turunnya makhluk, tanpa diberi perumpamaan, dan tanpa mempersoalkannya bagaimana. Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala itu tidak menyerupai segala sesuatu dan kita tidak mengetahui tentang-Nya melainkan dengan nash-nash yang sahih.

Seterusnya, dalam al-Qur’an pula kita boleh lihat Allah memuji mereka yang memohon keampunan ketika waktu sahur. Ini boleh disemak di Surah Ali ‘Imran, 3: 17 dan adz-Dzaariyaat, 51: 18.

Selain penuh barakah dan dalam rangka mengikuti sunnah, bersahur turut menjadi pembeza di antara puasa umat Islam dengan Ahlul Kitab (Yahudi dan Nashara). Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

“Pembeza di antara puasa kami dengan puasa Ahlul Kitab adalah makan sahur.” (Hadis Riwayat Muslim, 5/388, no. 1836)

Melewatkan Sahur

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إنا معاشر الأنبياء أمرنا بتعجيل فطرنا وتأخير سحورنا

“Sesungguhnya kami para Nabi diperintahkan untuk menyegerakan berbuka (sebaik masuk waktunya) dan melewatkan sahur.” (Majma’ az-Zawa’id, 2/275, no. 2609. Kata al-Haitsami, “Hadis riwayat ath-Thabrani dalam al-Kabir dan para perawinya perawi kitab Shahih.”)

‘Amr B. Maimun al-Audi menyatakan, “Para sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling terakhir (lewat) dalam bersahur.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 4/199)

Waktu Disunnahkan Bersahur

Waktu disunnahkan memulakan sahur adalah sekitar kira-kira tempoh bacaan lima puluh ayat al-Qur’an sebelum masuknya waktu Subuh. Ini menunjukkan sekitar 15 atau 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.

Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Zaid B. Tsabit radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً

“Kami pernah makan sahur bersama Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam. Setelah itu beliau segera menunaikan solat.” Aku bertanya, “Berapa lama jarak antara azan dengan sahur?” Beliau menjawab, “Kira-kira sama seperti (panjangnya) bacaan lima puluh ayat al-Qur’an”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 6/500, no. 1787)

Juga sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “... makan serta minumlah sehingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu terbitnya fajar (masuknya waktu Subuh).” (Surah al-Baqarah, 2: 187)

Rasulullah menjelaskan lagi:

كُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ فَإِنَّهُ لَا يُؤَذِّنُ حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ

“Makan dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan. Dan beliau hanya melaungkan azan setelah terbit fajar (setelah masuknya waktu Subuh).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 6/496, no. 1785)

Tiga dalil ini menunjukkan bahawa sunnah makan sahur bermula dari kira-kira 50 ayat bacaan al-Qur’an menuju masuknya waktu Subuh (atau azan dikumandangkan). Dan makan perlu berhenti sebaik sahaja telah jelas masuknya waktu Subuh atau azan dikumandangkan.

Menghabiskan Makan dan Minum Ketika Azan

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءَ وَالْإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ، فَلَا يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ

“Apabila salah seorang di antara kamu mendengar panggilan (azan subuh) sedangkan bekas (minuman) masih ada di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajat darinya (menghabiskan minum).” (Hadis Riwayat Ahmad, 16/368, no. 10629. Abu Dawud, Kitab ash-Shaum, 6/297, no. 2003. Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/320, no. 729. Dinilai sahih oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, dan al-Albani. Hasan oleh al-Wadi’i dan al-Arnauth. Lihat: al-Albani, as-Silsilah ash-Shahihah, 3/381. Muqbil B. Hadi al-Wadi’i, al-Jaami’ ash-Shahih mimma Laisa fii Shahihain, 2/373-374)

Syaikh Muqbil B. Hadi al-Wadi’i rahimahullah meletakkan hadis ini dalam bab:

“Mendengar Azan Sementara Bekas (Minuman) Berada Di Tangan Maka Dibolehkan Untuk Minum Darinya.” (Rujuk: al-Jaami’ ash-Shahih mimma Laisa fii Shahihain. m/s. 373)

Di antara riwayat lain yang menguatkan hadis ini adalah hadis daripada Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu. Beliau berkata:

أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ وَالإِنَاءُ في يَدِ عُمَرَ فَقَالَ: أَشْرَبُهَا يَا رَسُولَ الله؟ فَقَالَ: نَعَمْ، فَشَرِبَهَا

“Pernah ketika solat hendak didirikan (iqamah) sedangkan bekas (minuman) masih di tangan Umar (al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu). Dia bertanya kepada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam, “Adakah aku boleh meminumnya?” Rasulullah menjawab, “Boleh.” Maka ‘Umar pun meminumnya.” (Tafsir ath-Thabari, 3/527, no. 3017. Dinilai sahih isnadnya oleh Ahmad Muhammad Syakir, dan hasan oleh al-Albani)

Juga hadis daripada Abu az-Zubair, beliau berkata:

قَالَ: سَأَلْتُ جَابِرًا عَنِ الرَّجُلِ يُرِيدُ الصِّيَامَ وَالْإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ لِيَشْرَبَ مِنْهُ، فَيَسْمَعُ النِّدَاءَ، قَالَ جَابِرٌ: كُنَّا نُحَدَّثُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " لِيَشْرَبْ

Aku pernah bertanya kepada Jabir tentang seseorang yang hendak berpuasa sedangkan ia masih memegang bekas untuk minum, kemudian ia mendengar panggilan (azan Subuh). Jabir menjawab:

“Kami pernah mengatakan perkara seperti itu kepada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam dan beliau bersabda, “Hendaklah ia minum.” (Hadis Riwayat Ahmad 23/82, no. 14755. Al-Albani berkata, “Wa Isnaduhu laa ba’sa bihi fii asy-Syawaahid (Isnadnya tidak mengapa (dapat diguna) untuk penguat).” (as-Silsilah ash-Shahihah, 3/381) al-Haitsami berkata, “Diriwayatkan oleh Ahmad dan isnadnya hasan.” (Majma’ az-Zawa’id, 3/364, no. 4858) Syu’aib Al-Arna’uth menyatakan, “Hasan lighairihi, dan sanad hadis ini dha’if kerana buruknya hafalan Ibnu Lahi’ah.”)

Syaikh al-Albani rahimahullah menyatakan:

وفيه دليل على أن من طلع عليه الفجر وإناء الطعام أو الشراب على يده أنه يجوز له أن لا يضعه حتى يأخذ حاجته منه فهذه الصورة مستثناة من الآية: وكلوا واشربوا حتى يتبين لكم الخيط الأبيض من الخيط الأسود من الفجر. فلا تعارض بينها وما في معناها من الأحاديث وبين هذا الحديث ولا إجماع يعارضه بل ذهب جماعة من الصحابة وغيرهم إلى أكثر مما أفاده الحديث وهو جواز السحور إلى أن يتضح الفجر وينتشر البياض في الطرق راجع " الفتح ( 4 / 109 - 110 ) لأن من فوائد هذا الحديث إبطال بدعة الإمساك قبل الفجر بنحو ربع ساعة. لأنهم إنما يفعلون ذلك خشية أن يدركهم أذان الفجر وهم يتسحرون ولو علموا هذه الرخصة لما وقعوا في تلك البدعة

“Dalam hadis ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa sesiapa sahaja yang mengetahui fajar telah terbit tetapi bekas makanan atau minuman masih berada di tangannya, dia boleh segera menyelesaikan keperluannya tersebut (makan dan minum). Ini adalah bentuk pengecualian dari ayat “... makan serta minumlah sehingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu terbitnya fajar (masuknya waktu Subuh).” (Surah al-Baqarah, 2: 187)

Ayat ini dan hadis-hadis yang semakna dengannya tidak bertentangan dengan hadis tersebut. Tiada pula ijma’ ulama yang bertentangan dengannya. Bahkan sejumlah sahabat dan selain mereka berpendapat selari dengan makna hadis ini iaitu boleh makan sahur sehingga jelas terbitnya fajar dan menyebarnya cahaya di jalan-jalan (setelah jelas masuknya waktu Subuh). Lihatlah di kitab Fathul Bari (5/109-110). Dalam masa yang sama, hadis ini menolak bid’ah tentang penetapan waktu imsak sekitar 15 minit sebelum terbitnya fajar (sebelum masuknya waktu Subuh). Kebanyakan mereka yang mengamalkannya adalah disebabkan bimbang berkumandangnya azan Subuh dalam keadaan mereka sedang bersahur. Kalaulah mereka mengetahui rukhsah (keringanan) ini, sudah tentu mereka tidak akan terjerumus ke dalam bid’ah sedemikian rupa.” (Tamamul Minnah fii Ta’liq ‘ala Fiqhus Sunnah, m/s. 417-418)

Wallahu a’lam...

Anwar Ibrahim : 7 Lelaki Anugerah Tuhan








AIDC Reveal – Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mendakwa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Anugerah Tuhan’. Dari segi bakat kepimpinan, kebolehan berpidato hinggalah kepada naluri seks luar biasa, semuanya ‘Anugerah Tuhan’.

Mesej tersembunyi isterinya itu, ‘terimalah Anwar seadanya’, walaupun pernah didakwa di mahkamah berkenaan aktiviti seks luar biasanya, biseksual dan homoseksual, kerana semua itu adalah ‘Anugerah Tuhan’. Tidak dapat diubah lagi kerana itu sudah suratan takdir kepadanya.

Bakat Anwar Anugerah Tuhan

Dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera). Menamatkan pengajian di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1971 setelah lima tahun menuntut di universiti itu.

Semasa di UM, aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Dari tahun 1968 menjadi Presiden PBMUM dan PKPIM, selepas itu menumpukan perhatiannya kepada PKPIM dari tahun 1968 hingga 1971.

Selepas menamatkan pengajian di UM, beliau membuka sekolah swasta, Yayasan Anda di Bangunan Sri Pantai Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur (bersebelahan UM), di mana beliau menjadi pengetuanya. Semasa di Yayasan Anda, aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan menjadi Presidennya dari tahun 1972-1982.

Tidak seperti diramalkan oleh Subki Latif dalam bukunya “Siapa Ganti Asri’ yang menggelarkan Anwar sebagai ‘Pemimpin al Khahfi’, bakal Presiden PAS menggantikan Datuk Mohd Asri Haji Muda, Anwar memilih UMNO sebagai flatform politiknya.

Menurut sumber, kemasukan Anwar ke dalam UMNO dicatur oleh mentornya, Dr Ismail Faruqi, pensyarah Universiti Temple, Amerika Syarikat.

Di dalam UMNO, kenaikannya secara mendadak. Dari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982-83), Menteri Belia dan Sukan (1983-85), Menteri Pertanian (1985-86), Menteri Pendidikan (1986-1990), Menteri Kewangan (1990-1998) dan Timbalan Perdana Menteri (1993-1998).

Akhirnya dipecat daripada UMNO pada 2 September 1998, kerana salah guna kuasa dan mengamalkan seks luar biasa, biseksual dan homoseksual.

Bermentorkan Ismail Faruqi

Semasa di kampus lagi, ketika aktif dalam PKPIM, Anwar sudah dikesan bakat kepimpinannya oleh agen-agen perisikan antarabangsa khususnya CIA.

Pada tahun 1967, Anwar sudah mengenali Nurcholish Madjid (Cak Nur), ketika menghadiri latihan perkaderan anjuran Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) di Penkalongan, Jawa Tengah, Indonesia. Ketika itu, Nurcholish, Pelopor Pluralisme Agama Indonesia adalah Presiden HMI.

HMI adalah pertubuhan yang meniru idea pembaharuan Islam Turki yang pernah dilakukan Rifaah Ath Tahtawi (1801-1873), di Turki yang menjadi perintis kepada kejatuhan kerajaan Khalifah Uthmaniah dan membangkitkan pemimpin Islam modenis dikenali sebagai Mustafa Kamal Ataturk.

Nurcholish adalah anak murid Fazlur Rahman dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat yang membangunkan HMI dengan mempopularkan konsep sekularisasi dan pluralisme. Fazlur juga merupakan kawan rapat kepada Ismail Faruqi dari Universiti Temple, Amerika Syarikat.

Menurut Peter Dale Scott dalam laporannya “The United States and the Overthrow of Sukarno, 1965-1967″, HMI merupakan salah satu instrumen yang dibantu CIA untuk menumbangkan Sukarno. Ketika itu misi CIA adalah memerangi komunis (Cold War) dan Sukarno dilabel sebagai salah seorang tokoh pro-Komunis di Indonesia. Klik di sini

Modus operandi CIA menumbangkan Sukarno, termasuk menaja persatuan pelajar termasuk HMI yang dianggap salah satu tenaga pendesak terpenting.

Di Malaysia pula, Anwar Ibrahim dijadikan ‘tool’ untuk melumpuhkan pengaruh pro-komunis di kampus yang dibayangi oleh Front Sosialis, pimpinan Kamaruzzaman Yacub dan Hishamuddin Rais. Klik di sini dan di sini

Anwar sendiri mengaku terlibat dalam rangkaian antarabangsa, sejak dari zaman pelajar, ketika diwawancara oleh Essop Pahad, editor The Thinker, sebuah majalah Afrika Selatan pada 6 Ogos 2009.

Anwar sendiri mengaku pernah menjadi Ahli Lembaga Ekskutif Pusat, WAY (World Assembly of Youth), sejak dari tahun 1970, ketika masih menuntut di UM. WAY merupakan organisasi belia tajaan CIA yang berpengakalan di Belgium.

Selepas meletakkan jawatan dalam WAY, beliau aktif pula dalam WAMY ( World Association of Muslim Youth) yang juga ditaja CIA melalui syarikat petroleum US-Arab bernama ARAMCO.

WAMY adalah sebuah Pertubuhan Belia Islam Sedunia, berpusat di Arab Saudi yang ditubuhkan pada tahun 1972. Badan ini dibangunkan oleh anak saudara Osama Ben Laden iaitu Abdullah ben Laden.

Tokoh-tokoh yang menonjol di dalam WAMY adalah Ahmad Totonji, Abdul Hamid Abu Sulaiman, Ismail Faruqi dan Jamal Berzinji yang kesemuanya warganegara Amerika Syarikat.

Kemudian Anwar bersama keempat tokoh tersebut menubuhkan sebuah NGO Islam bernama IIIT (International Institute of Islamic Thought), di Herdon, Virginia, Amerika Syarikat pada tahun 1981.Klik di sini.

Punca sebenar kematian Ismail Faruqi pada tahun 1986 cuba ditutup rapat oleh kawan-kawan rapatnya, termasuk Anwar Ibrahim dari Malaysia. Anwar yang ketika itu Menteri Pendidikan memindahkan tenaga-tenaga IIIT, terutamanya Abdul Hamid Abu Sulaiman dan Jamal Barzinji ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan menggunakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerbitkan buku-buku positif mengenai Ismail Faruqi.

Namun pihak polis Philadelphia dan FBI di Amerika Syarikat mengesahkan faktor sebenar kematian Ismail Faruqi berpunca dari aktiviti homoseksual.Klik di sini dan di sini

Aktiviti Homoseksual Anwar Anugerah Tuhan

Sekarang Anwar masih menghadapi pertuduhan di mahkamah ekoran aktiviti meliwatnya terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Kes yang bermula pada 7 Ogos 2008 di di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta kemudian dipindah ke Mahkamah Tinggi pada tahun 2009, belum selesai hingga ke hari ini.

Namun dakwaan Anwar melakukan aktiviti homoseksual bukanlah perkara baru, kerana pada 8 Ogos 2000, Datuk Arifin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan Anwar bersalah meliwat Azizan Abu Bakar dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun. Adik angkatnya, Sukma Darmawan yang didakwa sebagai rakan subahat turut didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun dan sebatan empat kali.

Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar dan Sukma pada 2 September 2004 sebulat suara mengesahkan mereka turut mempercayai kejadian liwat di antara Anwar, Sukma dan Azizan di Tivoli Villa benar-benar berlaku.

Keputusan Mahkamah Persekutuan 2 September 2004


Mahkamah Persekutuan mengambil keputusan majoriti 2-1 membebaskan Anwar dan Sukma kerana alasan teknikal iaitu berkenaan faktor tarikh dan elemen suka sama suka.Klik di sini

Semasa dibicarakan di mahkamah, selain Sukma dan Azizan, beberapa nama lain turut disebut iaitu Dr Munawar Anees, Meor Abdul Razak, Ismail Harun dan Hairani Hj Nahfis.

Dr Munawar Aness, seorang rakyat Pakistan, warganegara Amerika Syarikat dilantik Anwar sebagai penulis ucapan yang dibayar gaji melalui Real Mild Sdn.Bhd sebanyak RM 60 000 setahun serta kemudahan kereta secara percuma.

Pada 19 September 1998, Dr Munawar A. Anees mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur melakukan aktiviti seks luar tabie bersama Anwar dan dihukum penjara enam bulan.

Meskipun, Dr Munawar kemudiannya merayu untuk membuang frasa aktiviti homoseksual dengan Anwar di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan namun sehingga kini frasa itu masih kekal, kerana rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan juga gagal.

Selepas itu, Dr Munawar meninggalkan Malaysia dan bermastautin di Amerika Syarikat. Begitu juga dengan Sukma Darmawan yang turut meninggalkan negara ini dan kembali ke negara asalnya, Indonesia.

Seperti yang diakui oleh Anwar sendiri semasa diwawancara oleh wartawan dari CNN, Lorraine Hahn bahawa pembebasannya itu disebabkan oleh ‘kompromi politik’, kes-kes liwatnya membabitkan Meor Abdul Razak, Ismail Harun dan Hairani Hj Nahfis turut digugurkan selepas itu. Klik di sini

BUKTI Anwar Songlap Wang Rakyat!


MiM ingin berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai beberapa keratan akhbar yang masih tidak dijawap oleh Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini.

Ianya sangat berat dan telah mendedahkan kelakuan dan penyelewangan kuasa Anwar Ibrahim yang tidak diketahui oleh ramai rakyat Malaysia terutamanya generasi muda hari ini.

Di keratan akhbar di bawah :-




Keratan-keratan akhbar yang menjadi mimpi ngeri Anwar jika disiarkan kembali!

Selain daripada itu :-
12) ANWAR MENGARAHKAN TONG CEO PHILEO ALLIED BANKMENGAMBIL SAMSIDAR TAHARIN UNTUK BEKERJA DENGAN BANKNYA.KATA MURAD ADALAH DIKETAHUI DGN MELUAS BAHAWA SAMSIDAR DIBAYAR DGN GAJI YG TINGGI DAN DISEDIAKAN DGN SEBUAH KERETA DAN PEMANDU DAN PADA KEBANYAKAN MASA DIA TIDAK PERLU PERGI
Seperti yang MiM katakan, isu penyelewengan dan salahguna kuasa Anwar Ibrahim satu ketika dulu, tidak diketahui oleh ramai pihak terutamanya generasi muda hari ini. Mereka mengganggap Anwar Ibrahim adalah suci bersih daripada rasuah dan kronisme.

Beliau kononnya adalah saviour atau penyelamat negara kurniaan Tuhan padahal jika semua pihak tahu tentang kejijikan dan kemungkaran yang beliau lakukan, tidak ada sesiapa pun yang akan menyokong Anwar Ibrahim !

Kecuali kroni-kroni beliau yang sudah dibuncitkan poket mereka oleh Anwar Ibrahim sebelum ini dan oportunis politik yang memperalat dan diperalatkan sesama sendiri walau pun mereka sendiri tahu sejarah hitam Anwar.

Dan sehingga ke hari ini, Anwar Ibrahim tidak dapat berbuat apa-apa terhadap pendedahan di atas!

Aug 2, 2011

Siri 2 : Siapakah DAP sebenarnya?

Keris ingin meneruskan lagi penerangan mengenai PAP yang juga diwarisi oleh DAP. Lihat sahajalah apa yang terjadi di Pulau Pinang. Apa jadi pada Melayu dan Islam?. Apakah bangsa Melayu PAS dan PKR tidak kisah dipinggirkan suatu hari nanti?


Ikuti penerangan ini yang boleh kita semua jadikan pengajaran.


Peminggiran Melayu di Singapura bermula sebaik sahaja Parti Tindakan Rakyat atau PAP berkuasa di pulau sekangkang kera itu. Kita perlu melihat perjalanan sejarah pulau Singapura untuk melihat bagaimana PAP yang diketuai oleh Lee Kuan Yew meminggirkan Melayu secara fizikal dan secara penghapusan sejarah.


Rekod terawal mengenai kewujudan Singapura terkandung dalam catatan sejarah negara China pada kurun ke-3. Singapura atau Temasik adalah sebahagian daripada jajahan empayar Srivijaya yang bertapak di Sumatera. Temasik merupakan sebuah perkampungan tepi laut yang menjadi tempat persinggahan bahtera-bahtera China dan dari benua kecil India dan Asia Barat.

Nama Singapura diambil dari dua perkataan Melayu yang berasal dari bahasa Sanskrit iaitu singa (simha dlm Sanskrit) dan pura (asal Sanskrit) yang bermaksud kota atau bandar singa. Ia dikaitkan dengan Sang Nila Utama yang menurut hikayat Sejarah Melayu menghadapi ribut besar semasa dalam pelayaran. Keadaan ribut tiba-tiba reda apabila Sang Nila Utama mencampakkan mahkotanya ke dalam laut. Selepas itu, Sang Nila Utama mencari daratan terdekat untuk mendarat dan pulau Temasik adalah tempatnya. Menurut hikayat itu lagi, haiwan pertama yang dilihatnya ialah seekor singa dan dia terus menamakan Temasik sebagai Singapura.


Nukilan sejarah yang terkandung dalam naskhah China dan Sejarah Melayu telah diketepikan oleh Kuan Yew kerana dia mahukan sejarah Singapura dimulakan selepas kehadiran Stamford Raffles. Tindakan Kuan Yew dan PAP ini merupakan permulaan peminggiran Melayu dalam bentuk sejarah di Singapura kerana peranan dan sumbangan kerajaan Melayu sebelum itu, termasuk Johor-Riau, tidak mahu diulangi kerana ia memperlihatkan kebesaran dan pengaruh Melayu.


Pada lewat tahun 1818, Lord Hastings, Gabenor-Jeneral di India yang turut berkuasa ke atas tanah jajahan sebelah timur India, memberi kebenaran kepada Raffles untuk membuka sebuah stesen dagangan di hujung Semenanjung Tanah Melayu dan pulau Singapura menjadi pilihan. Pada 29 Januari 1819 Raffles mendarat di Singapura dan keesokan harinya membuat perjanjian dengan Temenggong, wakil Sultan Johor, untuk membuka pos atau stesen dagangan. Pada 6 Februari 1819, satu perjanjian rasmi dimeterai dengan Sultan Hussein Johor dan Temenggong Abdul Rahman. Melalui perjanjian ini, pihak Inggeris mula bertapak di Singapura dan menjadi raja yang bermaharalela memerintah pulau itu. Kuan Yew memilih detik sejarah ini sebagai pembuka buku sejarah Singapura.


Untuk mencapai niat dan hasratnya, Kuan Yew sanggup melakukan apa saja. Sebagai contoh, Kuan Yew sanggup bekerjasama dengan puak pro-komunis yang meresapi PAP apabila dia bekerjasama dengan pemimpin komunis bernama Lim Chin Siong untuk menumbangkan kerajaan David Marshall, seorang Yahudi yang anti-komunis. David Marshall adalah pengasas parti Labour Front yang ditubuhkan pada bulan Julai 1954 manakala Kuan Yew menubuhkan PAP pada November 1954.


David Marshall membentuk sebuah kerajaan campuran antara Labour Front dengan UMNO dan MCA pada 6 April 1955 selepas menang tipis dalam pilihan raya pertama. Bagaimanapun, dia meletak jawatan pada 6 Jun 1956 setelah rundingan di London untuk membentuk sebuah kerajaan sendiri sepenuhnya dan tidak dibawah seliaan Inggeris menemui jalan buntu. Inilah yang dinanti-nantikan oleh Kuan Yew kerana dia sedar pengganti David Marshall, iaitu Lim Yew Hock adalah seorang pemimpin (MCA) yang lemah.


Mulai 1959, PAP mula berkuasa sepenuhnya di Singapura dan terus memerintah sehingga ia dikeluarkan daripada gugusan Malaysia. Sejak berkuasa, Kuan Yew dan PAP melakukan apa saja yang mungkin untuk menindas dan meminggir orang Melayu. Perkampungan-perkampungan Melayu seperti Pasir Panjang, Telok Blangah, Bukit Timah, Bedok, Kampung Ubi, Kampung Dusun, Seranggoon, Geylang Serai, Kampung Glam, Paya Lebar dan lain-lain, diroboh dan dikosongkan untuk membina rumah pangsa atau binaan-binaan lain dan orang Melayu ditempatkan di rumah-rumah pangsa HDB mengikut arahan pemerintah. Mereka diasing-asingkan supaya tiada satu kawasanpun yang akan mempunyai majoriti penduduk terdiri daripada orang Melayu. Ia bertujuan untuk menjamin sokongan politik berterusan kepada PAP. Episod ini menandakan permulaan peminggiran secara paksa yang dilakukan ke atas orang Melayu.


Walaupun Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Singapura sebagai Bahasa Kebangsaan, ia sebenarnya terpinggir kerana bahasa Inggeris dijadikan bahasa pentadbiran, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil ditutup dan hanya sekolah beraliran Inggeris dibenarkan. Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil dijadikan bahasa pilihan kedua di peringkat sekolah.


Untuk memasuki pasaran pekerjaan, selain bahasa Inggeris, bahasa Mandarin menjadi pra-syarat universal dan dengan sendirinya bahasa Melayu terus terpinggir.

Dalam perkhidmatan negara atau kerahan tenaga, anak Melayu dilarang daripada memasuki tempat-tempat tertentu yang strategik dan canggih. Anak Melayu hanya layak dikerah berkhidmat dalam pasukan pertahanan awam dan pasukan polis dan sedikit sahaja dalam angkatan tentera, itupun dalam kor atau regimen yang dikira selamat untuk mereka masuki.

Sehingga saat ini, tidak seorangpun anak Melayu yang memegang jawatan penting atau tinggi dalam sektor awam (pemerintah) atau badan-badan berkanun.

Orang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan PAP dan dipilih sebagai wakil rakyat, itupun dalam kawasan undi berkumpulan, hanya layak dilantik menjadi menteri yang menjaga alam sekitar, peparitan, kumbahan, kebajikan dan masalah berkaitan dadah. Jawatan-jawatan penting dikhaskan kepada bukan Melayu.


Jika pemberhentian pekerja terpaksa dilakukan oleh sektor perkilangan atau industri, pekerja pertama yang mesti diberhentikan hendaklah orang Melayu. Bilangan penganggur di kalangan orang Melayu adalah yang paling tinggi walaupun mereka memiliki kelulusan dan kemahiran tertentu.


Untuk memastikan ratio bukan Melayu dikekalkan pada paras sekarang, kemasukan secara beramai-ramai pendatang dari China, Taiwan, Hong Kong diberi galakan sedangkan penghijrahan orang Melayu dari Malaysia dikawal ketat.


Inilah ketidakadilan dan peminggiran yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew dan PAP ke atas orang Melayu, masyarakat peribumi Singapura.


Apa yang dilakukan oleh pemerintah Singapura dilihat sebagai satu bentuk pemerintahan ala kuku besi atau "authoritarianism" iaitu pengamalan demokrasi bukan liberal dan demokrasi berprosidur dan bukan demokrasi sebenarnya.


Reporters Without Borders meletakkan Singapura di tangga ke-140 daripada senarai 167 buah negara dalam "2005 Worldwide Press Freedom Index". Ia juga menuduh PAP mengamalkan penapisan yang ketat dan keterlaluan, mempengaruhi urusan Jabatan Pilihan Raya dan menjadikan pengambilan tindakan sivil di mahkamah terhadap pengkritik kerajaan sebagai satu senjata untuk melemahkan pembangkang. Kebebasan bersuara dibataskan.


Singapura kini mempunyai penduduk berjumlah 4.35 juta (sehingga Jun 2005) terdiri daripada 76.8 peratus Cina, 13.9 peratus Melayu dan 7.9 pratus India. Malangnya, ia tidak diperlihatkan dalam kabinet Singapura dimana hanya seorang Melayu bertaraf menteri, ia juga tidak kelihatan dalam sektor awam apatah pula dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).


Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat saya perkatakan mengenai peminggiran Melayu di Singapura. Saya dapat berbuat demikian hasil pengalaman hidup semasa menetap dan bertugas di republik itu dalam tahun 1990-an dan dapat merasai apa yang dirasai oleh sebilangan besar orang Melayu Singapura.

Sumber dipetik dari blog : Keris7Lok

ANWAR HANYALAH ‘DECOY’… JANGAN BUANG MASA!

Tidak dapat dinafikan, Anwar adalah figur yang paling menarik untuk ditampilkan serta dijadikan sasaran. Anwar bukan sahaja mempunyai aura selaku seorang pemimpin, tetapi lebih hebat lagi sebagai pembohong, pendusta dan penipu yang dipenuhi dengan pelbagai tipu daya untuk menarik perhatian serta menagih simpati. Apatah lagi dengan skandal-skandal seks yang menggemparkan, selain video lucah yang memaparkan wajah serta batang tubuh ‘seseorang yang sangat menyerupainya’.

Namun walaupun Anwar dilihat sebagai perekat atau penyambung silaturrahim antara PAS dan DAP, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebenarnya sudah sampai ke penghujung kerjayanya di dalam bidang politik. Usaha-usaha yang dilakukan oleh Anwar untuk terus mendaki kembali tangga-tangga kemasyhuran termasuklah dengan menggunakan pelbagai kaedah Zionis, masih gagal.

Anwar gagal ketika bercakap besar bahawa dia adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6. Anwar mengecewakan para ‘pelaburnya’ apabila gagal menguasai DUN Sarawak meskipun begitu yakin parti yang dia menjadi Ketua Umum akan menguasai sekurang-kurangnya 40 kerusi daripada 49 yang ditandingi. Jangankan separuh, 10% daripada jumlah yang ditandingi pun, PKR gagal!

Sebenarnya terlalu banyak tumpuan diberikan kepada orang yang pandai bercakap tetapi tidak pernah terbukti pandai bekerja seperti Anwar Ibrahim. Terlalu banyak promosi diberikan kepada orang yang pandai mengambil kesempatan dan memanipulasi hasil kerja orang sebagai kerjanya seperti pencapaian ekonomi pada pertengahan 1990-an, walhal dia adalah seorang yang buta prinsip-prinsip asas ekonomi!

Terlalu banyak serangan terhadap Anwar Ibrahim, telah menyebabkan para pencacainya sangat berbangga kerana bagi mereka lebih banyak serangan terhadap Anwar Ibrahim bermakna, kewujudan Anwar Ibrahim sangat ditakuti. Atau dalam kesimpulan yang lebih mudah, sebarang reaksi berlebihan yang diberikan kepada acahan Anwar Ibrahim bermakna, apa-apa sahaja tohmahan Anwar Ibrahim adalah benar dan tulen.

Anwar sebenarnya hanyalah ‘decoy’ atau umpan!

Manusia seperti Anwar, tidak akan kisah dengan ‘kecederaan’ akibat serangan demi serangan sebab dia sudah pun cedera dari awal lagi. Ibarat Iblis yang cedera parah tetapi tidak akan mati kerana nyawanya telah dipanjangkan sehingga hari tiupan sangkakala oleh Israfil a.s, Anwar akan memanipulasikan kecederaannya itu dengan seberapa baik yang mungkin, asalkan kelebihan berpihak kepadanya.

Ada pihak lain yang sebenarnya sangat mengharapkan agar seluruh perhatian tertumpu kepada Anwar Ibrahim. Pihak tersebut akan mengaut keuntungan yang bukan kecil sekiranya dapat mengalihkan seluruh tumpuan serangan kepada Anwar Ibrahim, berbanding mereka sendiri yang menerima bahananya.

Pihak tersebut adalah DAP!

Itulah sebabnya, dalam apa juga keadaan, DAP kurang membela Anwar. Kalau DAP bela Anwar sekalipun, pembelaan yang dilakukan adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi polemik antara Anwar dan penyokong-penyokongnya dengan penentang-penentangnya. Apabila semua pihak sibuk menghentam sesama sendiri, mudahlah DAP untuk mengoperasikan rancangan mereka.

DAP perlu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai umpan. Anwar ada banyak daya tarikan sebagai umpan. Kisah kejahatan kemaluannya pun sudah cukup untuk mencabar sesiapa sahaja untuk mengenepikan Anwar daripada senarai pemimpin negara ini. DAP sangat sedar dengan taboo tersebut. Walaupun di kalangan pemimpin DAP sendiri, apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, bukanlah asing dalam kehidupan mereka, tetapi membenarkan Anwar Ibrahim diserang kerana tingkahlaku dan moral yang teruk adalah satu keuntungan besar buat DAP.

Perhatikan bagaimana tindakan yang dilakukan oleh Guan Eng ketika semua orang terutama orang Melayu memberikan tumpuan kepada kes Anwar Ibrahim. Perhatikan juga apa yang telah dihilangkan oleh Guan Eng setiap kali isu Anwar Ibrahim heboh diperkatakan.

Itu yang dikehendaki oleh DAP. Tindakan DAP adalah melaga-lagakan Melayu, terutama Melayu dari UMNO dengan Melayu dari Pakatan Rakyat dengan Melayu seperti Anwar Ibrahim sendiri sebagai umpan yang sangat menggiurkan!!!

Dan pada ketika yang sama, DAP mengerjakan TANAH di Pulau Pinang selain meruntuhkan perniagaan Melayu di negeri tersebut tanpa sebarang bangkangan dan tentangan, selain penjarahan di Selangor terutama yang membabitkan Alam Flora Sdn. Bhd!!!