Jan 26, 2010

Kisah 9 Februari 2010

Nampaknya pihak PR telah menyebarkan khabar angin mengenai keputusan mahkamah yang menentukan siapa Menteri Besar sebenar yang kononnya telah berpihak kepada Nizar bekas Menteri Besar Perak yang masih angau.

Khabar angin tersebut nampaknya telah mendahului keputusan mahkamah kerana telah diumumkan secra meluas oleh ahli-ahli PAS di seluruh Negeri Perak.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan khabar angin tersebut yang kononnya akan berlaku Pilihanraya Kecil Negeri Perak setelah Nizar diumumkan sebagai MB Perak yang sah pada 9 hb Januari 2010.

Beranikah DSAI memecat Zulkifli Nordin???

Beranikah Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghukum ahli parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Nordin seperti didesak pimpinan lain parti itu?

Pasti ianya sesuatu yang amat menarik dan ditunggu-tunggu banyak pihak selain tidak sabar-sabar menanti perbicaraan pertuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang itu.

Berdasarkan kenyataan Anwar, timbalan presiden , Dr Syed Husin Ali dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk Zaid Ibrahim, nampak macam Zulkifli sudah boleh agak apa hukuman bakal diterima kerana membuat laporan terhadap ahli parlimen PAS, Khalid Samad dalam isu Kalimah Allah.

Ikut kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, MPT parti itu akan bermesyuarat esok bagi memutuskan tindakan yang akan dikenakan terhadap Zulkifli.

Anwar sendiri pada Ahad menyatakan Zulkifli akan menghadapi tindakan disiplin oleh parti kerana sering melakukan tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan di dalam dan luar parti.

Beliau juga melabelkan Zulklifi sebagai angkuh dan tidak menghormati pandangan pihak lain.

Bagi Syed Husin pula, isu membabitkan Zulkili dan Khalid secara sengaja atau tidak sengaja, telah membantu UMNO.

Zaid pula mahu parti lebih serius ambil tindakan terhadap Zulkifli dengan alasan tidak boleh terima wakil rakyat yang sering membuat perkara yang merugikan parti dan mengelirukan orang Islam dan bukan Islam.

Tidak boleh dinafikan, pimpinan tertinggi PKR terpaksa membuat keputusan terhadap Zulkifli demi maruah parti dan menjaga hati segelintir hati pemimpin PAS yang dilihat lebih menyokong Anwar.

Sekaligus, isu ini disifatkan paling meruncing selain kejutan apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang kepercayaan jawatankuasa di cabang PKR Kuala Selangor.

Dalam pada itu, Zulkifli awal-awal lagi menjelaskan bersedia menerima tindakan oleh parti ekoran laporan polis terhadap Khalid pada petang Sabtu.

Sebagai peguam, beliau tahu kesan tindakannya itu.

Sekaligus senikata lagu berjodol ‘Ikan di laut, asam di darat’ dendangan A.Talib dan Norlela Nasir yang antara lain lirinya berbunyi, “ Kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,” amat sesuai buat Zulkifli.

Perlu diketahui, beliau sebelum ini adalah pemimpin PAS dan bertanding tiket PKR pada pilihan raya umum lalu.

Jika PKR bertindak memecatnya, Zulkifli boleh kembali bersama PAS. Atau jika tidak diterima, beliau boleh menjadi ahli parlimen Bebas bersama Datuk Ibrahim Ali dari Pasir Mas.

Namun, lupakan soal itu kerana perkara lebih penting, beranikah Anwar mahupun PKR mengambil tindakan terhadap Zulkifli yang bertegas dengan pendiriannya mengenai isu Kalimah Allah?

Zulkifli mempertahankan tindakannya melaporkan Khalid kepada polis kerana Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988 melarang penggunaan nama Allah itu adalah undang-undang yang sah dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Selangor mengikut peruntukkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Menerusi blognya, beliau menjelaskan bahawa Sultan Selangor sudah pun bertitah mengharamkan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam didalam negeri Selangor Darul Ehsan dan tindakan Khalid jelas membelakangkan perkara tersebut.

Malah, beliau mendakwa kenyataan Khalid ternyata bercanggah dengan Dasar Pakatan Rakyat yang diisytihar semasa Konvensyen Khas Pakatan Rakyat pada 19 Disember 2009 dan ditandatangani oleh Anwar, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Hadi Awang.

Dasar itu menegaskan bahawa, "Pakatan Rakyat akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam bagi agama Persekutuan dan agama lain boleh di amalkan dengan aman dan damai; dan mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berpelembagaan".

Maka apa jua keputusan atau tindakan PKR terhadap Zulkifli nanti akan menggambarkan pendirian parti itu berhubung isu tersebut.

Sebarang hukuman oleh PKR nanti yang dilihat orang ramai sebagai satu penganiayaan terhadap Zulkifli yang memperjuangkan Islam, sudah tentu memberi kesan negatif kepada Anwar dan partinya itu.

Menariknya dalam lagu sama, ada lirik “Kalau hati tidak tertahan, di dalam air badan berpeluh,”.

Apakah Anwar kini berdepan keadaan itu dalam menentukan tindakan terhadap Zulkfli? Ataupun Anwar boleh jadikan Zulkfili 'kambing hitam' modal terbaru mengalih isu kes dakwaan liwatnya 2 Februari depan.

Apapun hanya Zulkifli sendiri yang boleh menjawab persoalan ini samada mahu kekal di dalam Pakatan Rakyat yang nampaknya telah terpesong jauh dari matlamat asal. Bersediakan Zulfifli untuk menyertai BN atau terus menjadi Ahli Perlimen bebas.


Sep 16, 2009

16 September 2009

Hari 16 September 2009 genaplah penubuhan Negara Malaysia kali ke 45 tahun. Dan pada tarikh ini juga genaplah setahun cerita-cerita dongeng Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menuju ke Putrajaya pada tahun lepas. Tapi apa yang berlaku sehingg ahri ini masih belum nampak kelibat Anwar di Jabatan Perdana Menteri(JPM). Yang nampak hanyak kelibatnya di Palace Of Justice di Putrajaya. Ahli-ahli Pakatan Rakyat masih setia menunggu pada tarikg keramat bagi mereka namun setahun sudah berlalu masih belum nampak tanda-tanda yang Anwar akan mengambilalih tampuk pimpinan kerajaan Malaysia.


Perarakan yang dirancang selepas kemenangan Anwar di Permatang Pauh oleh penyokongnya belum masih tercapai agaknya masih belum mendapat permit. Adakah penyokong-penyokong beliau masih belum sedar dengan omong-omong kosong Anwar berulang kali yang dilakukan demi meraih sokongan dan simpati daripda orang ramai.

Kita harap golongan-golongan ini sedar sebelum terlambat dan jangan menyesal setelah melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat pada diri sendiri serta bangsa Melayu dan Islam.

May 5, 2009

ADUN PERCAYA BOMOH



Terbaru dan yang panas MB Perak telah membuat laporan polis berhubung dakwaan Drs Idham Lim yang mendakwa bahawa Bangunan Dewan Undangan telah dimasuki bomoh yang bertujuan untuk menjampi kerusi Speaker dan MB Perak dituduh terlibat sama dalam memberi kebenaran untuk memasuki dewan tersebut.
Adun Titi Serong tersebut mendakwa mempunyai bukti dan bukti tersebut adalah datangnya dari orang yang bercerita mendakwa nampak kejadian tersebut. Kalau pergi ke balai polis untuk membuat kenyataan kepada pegawai Polis bahawa beliau mempunyai bukti yang mana ada orang nampak bomoh masuk kedewan dan menjampi kerusi Speaker nescaya Adun tersebut akan digelakkan oleh pegawai tersebut.
Selepas itu juga Adun tersebut meminta mufti mengeluarkan fatwa mengenai menggunakan bomoh. Mufti yagn tidak ada kena mengena dengan kejadian tersebut secara langsung dikaitkan untuk mengeluarkan fatwa mengenai dakwaan beliau. Pembaca-pembaca mesti hairan bahawa seorang Adun yang nampak seperti warak dan berpengetahuan dalam agama wakaupun memeluk Islam dikala beliau sudah dewasa masih mempercayai kepada perkara-perkara yang pelik seperti ini.

Apr 1, 2009

Ismail jauh di hadapan.

Sumber: Http://pemudapadangrengas.blogspot.com

Maklumat risikan terkini menyatakan sokongan orang melayu untuk Ismail safian jauh meninggalkan calon Pas, Nizar Namrud. Kebanyakan orang Melayu dah malas nak layan politik pentingkan diri dan mereka benar-benar perlukan pemimpin anak tempatan. kemasukan Tun Dr M ke dalam umno turut menyumbang terhadap peningkatan sokongan Melayu terhadap Ismail Safian
Dun trong 70% BN 30% Pas
Dun Kuala Sepetang 60% BN 40% Pas
Dun Changkat Jering 63% BN 37% PasPurata ketiga-tiga DUN 64%BN dan 36% Pas
Purata ketiga-tiga DUN 64%BN dan 36% Pas

Mar 15, 2009

Elizabeth Wong : Cuti DiTangguh lagi

Elizabeth Wong : Tangguh lagi

Tempoh cuti Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan,Elizabeth Wong yang dilanda skandal penyebaran gambar bogelnya secara rasmi tamat hari ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini memberitahu beliau akan membuat keputusan mengenai kedudukan Elizabeth Wong yang juga Exco Kerajaan Negeri hari ini 15 Mac.

Namun ia telah berubah.Khalid yang ditemui para wartawan selepas merasmikan satu majlis di Klang Ahad memberitahu keputusan berkenaan hanya akan dibuat selepas pihaknya mendapat hasil siasatan polis keatas kes itu.

ADUN itu kini berada di luar negara.

Sementara itu lelaki ahli Parti Keadilan Rakyat bernama Hilmi,32 tahun yang dicari polis untuk membantu siasatan berhubung kes penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong masih belum muncul.

Difahamkan dia telah melarikan diri ke luar negara sejurus isu penyebaran gambar bogel itu meletup.

Elizabeth Wong pula sebelum ini sudah membuat kenyataan bahawa keputusannya untuk melepaskan jawatan ADUN dan Exco adalah muktamad.

Malah kalangan yang rapat dengan ADUN itu tidak yakin beliau akan berpatah balik dari keputusan berkenaan.

Menurut sumber PKR langkah lewatkan keputuan itu adalah satu strategi politik.

Katanya jika keputusan awal dibuat pasti mereka kena berdepan dengan pilihanraya serentak dengan Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai yang merumitkan lojistik dan segakanya untuk berkempen.

“Tak payah cakaplah…semua orang boleh nampak sebab kenapa keputusan itu lambat,”katanya.

Kes Elizabeth Wong hangat diperkatakan baru-baru ini apalagi ekoran adanya dakwaan pembangkang ia satu lagi kerja jahat Barisan Nasional.

Disebalik dakwaan itu semua orang tahu Elizabeth Wong adalah ahli PKR dan lelaki yang dipercayai ambil gambar itu adalah ahli PKR dan bekas pembantu seorang ahli Parlimen PKR di Selangor.

Selain itu dipercayai kes itu mungkin berpunca dari pertelingkahan peribadi antara mereka berdua.

Pihak PAS pula dikatakan berdepan dengan dilema untuk cakap lebih-lebih mengenai kes itu kerana kemungkinan kes itu turut melibatkan soal bersekedudukan antara seorang wakil rakyat wanita bukan Islam dengan seorang lelaki Islam.

Lojiknya bagaimana lelaki itu boleh berada dalam rumah Elizabeth Wong,seorang wanita bujang, lebih-lebih lagi ketika beliau dikatakan sedang tidur.

Soal moral wakil rakyat itu dengan orang sama parti telah lebih mencuri perhatian kebanyakan pihak berbanding kes gambar bogel yang tersebar.- 15/3/2009