Feb 26, 2014
Feb 21, 2014
PRK TERBARU - PARLIMEN GELUGOR???
Update terbaru yang diterima mengatakan bahawa kemungkinan besar akan berlakunya Pilihanraya Kecil di Parlimen Gelugor berikuta keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Ahli Parlimen Gelugor iaitu Karpal Singh di atas kesalahan mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan terhadap Sultan Perak pada tahun 2009.
Hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di dalam kes pendakwaan. Azman bagaimanpun telah menetapkan hukuman tersebut akan di jatuhkan pada 7Mac 2014.
Sumber Bernama juga mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah selesai bersidang dan kemungkinan Besar PRK akan berlaku jika Ahli Parlimen tidak memfailkan rayuan dalam masa yang terdekat. Apa pn kita akan tunggu update yang akan dinaikkan dalam masa yang terdekat.
Hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di dalam kes pendakwaan. Azman bagaimanpun telah menetapkan hukuman tersebut akan di jatuhkan pada 7Mac 2014.
Sumber Bernama juga mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah selesai bersidang dan kemungkinan Besar PRK akan berlaku jika Ahli Parlimen tidak memfailkan rayuan dalam masa yang terdekat. Apa pn kita akan tunggu update yang akan dinaikkan dalam masa yang terdekat.
Feb 20, 2014
APA NI TERESA COK BETUL KER LU CKP NI????
Melihat sejauh mana tahap kecerdikan Ahli Parlimen Seputeh yang mendahului Polis dalam membuat kenyatan dan penyiasatan dengna menuduh UMNO menjadi dalang kes simbah cat di pejabat beliau. Kita boleh melihat secara logik mcm mana perkara ini akan berlaku jika tanpa kunci?
1. Bagaimana menyimbah Cat dengan grill besi terkunci - Momentum lajakan terhalang dengan tangan tersilang didalam grill dan kedudukan cat sehingga tangga jarak 9 kaki,
2. Penyimbah ini mengunakan kekuatan tangan kiri, sbbnya simbahan tertumpu pada bahagian kanan. Begitu juga sebalik...nya
3.JIKA dia memasukkan tong cat melalui lubang grill..Muat tak? rasanya tong 1 liter pun tak muat-
4. Limpahan atau lelehan tidak wudud pada hadapan Grill jika disimbah dari luar griil dan palang grill bersih dari simbahan.
5. Ini bermakna cat di"tumpahkan" dari dalam Grill, kerana kesan simbahan , percikan tidak wujud.
6. Wujud perkataan dan kenyataan "Polis mengesan cap jari pada kertas kerana kami telah membuka kertas tersebut" - Kenapa dikeluarkan kenyataan ini- Sedangkan polis belum membuat persoalan forensik makmal.. Bagaiman mereka boleh mengaku?
7. Jika pengkhianatan berlaku, adakah orang yang akan menyimbah cat dari dalam drill akan membawa tong cat keluar sedangkan tindakan mesti dilakukan dengan cepat.. Dimana tong Cat?
8. Jika simbahan dari luar.. Mengapa palang grill terselamat dari percikan.
kesimpulannya :
Kita perlu ingat , apa juga gambar kenyataan yang dikeluarkan pembangkang adalah bertujuan untuk melakukan FITNAH kepada UMNO- Semua gambar adalah PEMBOHONGAN dan PROPAGANDA mereka untuk rakyat membenci UMNO dan kerajaan. Jadi lah pembaca yang berfikiran yang logik akal dan jangan menjadi pembaca yang hanya berat sebelah kepada sesuatu pihak. Lihat gambar seterusnya.
MISI #LANGKAHKAJANG
Walaupun Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim
mengatakan dia penuh yakin akan mampu mempertahankan Dun Kajang, namun ramai
yang merasakan kenyataan tersebut hanyalah sekadar untuk menenteramkan
kegusaran yang sedang melanda dirinya.
Ini kerana, di dalam sejarah pilihan raya
berbagai kemungkinan boleh terjadi. Tiada seorang pun boleh memberikan jawapan
yang pasti, kerana semuanya terletak di tangan pengundi yang akan menentukan
siapa yang ingin mereka pilih.
Sekiranya dilihat kepada gerakan kempen
agresif yang dilakukan oleh Anwar di Kajang, sudah cukup membuktikan bahawa
Ketua Pembangkang itu pada hakikatnya bimbang sekiranya dia di tolak oleh
pengundi di Kajang.
Walaupun secara rasminya tempoh berkempen
masih belum bermula, namun kelibat Anwar yang hampir saban hari berada di
Kajang turut menguatkan lagi andaian tersebut.
Malah mantan Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir ketika ditanya pemberita baru-baru ini mengatakan Barisan Nasional
hanya mempunyai peluang 50-50 di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang
pada 23 Mac ini.
Tambahan pula Anwar pada ketika ini sedang
berhadapan dengan protes dalaman oleh pengundi pakatan sendiri PR secara
besar-besaran di Kajang yang berkemungkinan akan menjadi faktor utama dia tewas
pada PRK itu nanti.
Ramai yang melihat sabotaj dalaman parti terutamanya dari pengundi Pas yang berterusan dan masih belum menemui jalan penyelesaian, boleh menyebabkan Anwar tersungkur kerana mereka merasakan PRK ini adalah merupakan medan perjuangan untuk memenuhi agenda peribadinya.
Pas sebelum ini dengan tegas mengatakan
hanya memberikan sokongan untuk Anwar bertanding dan bukannya untuk membolehkan
dia menduduki kerusi menteri besar. Malah faktor golongan profesional juga
tidak boleh dinafikan mampu memainkan peranan penting bagi menewaskan Anwar.
Ini kerana sebagai golongan profesional yang punyai pengalaman, sudah pasti mereka mampu melihat bagaimana rakusnya Anwar yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi cita-cita politiknya.
Dengan
kemasukan calon bebas di kalangan mereka yang pernah menjadi sahabat Anwar,
sudah pasti akan merancakkan PRK pada kali ini sekali gus menyebabkan pengundi
pakatan yang marah, memilih untuk memberikan undi kepada calon Bebas.Itu belum lagi diambil kira para penyokong
Azmin yang marah dengan tindakan Anwar dan Khalid yang jelas menjadikan gerakan
#LangkahKajang ini untuk membunuh karier politiknya.
Kesimpulannya sekiranya semua
faktor-faktor yang dinyatakan tadi diambil kira dan berjaya di realisasikan,
sudah pasti ia mampu membuka peluang untuk BN/Umno merampas kembali kerusi Dun
Kajang.
Feb 18, 2014
AlL -FATIHAH DAN TAKZIAH KEPADA YB DATO' SURAYA YAAKOB
AL FATIHAH..
Berita yang baru diterima Suami kepada YB Dato' Suraya Yaakob ( ADUN SUNGAI TIANG ), Syed Al- Fandi B Dato' Syed MAnsor Barakbah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi dan jenazah masih lagi berada di hospital.
Berita yang baru diterima Suami kepada YB Dato' Suraya Yaakob ( ADUN SUNGAI TIANG ), Syed Al- Fandi B Dato' Syed MAnsor Barakbah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi dan jenazah masih lagi berada di hospital.
Subscribe to:
Posts (Atom)







