Apr 17, 2014

Karpal Singh Maut kemalangan di Bumi Perak



TAPAH 17 April – Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 305 lebuhraya utara selatan menghala ke utara kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.
Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.
Turut terkorban ialah pembantu beliau, Michael Cornandez
Walaubagaimanapun, pemandu kenderaan, pembantu rumah serta anak beliau, Ram terselamat. Karpal merupakan Ahli Parlimen yang lantang menolak hudud.



Mar 26, 2014

SYAHID AKHIRAT UNTUK PENUMPANG DAN KREW BERAGAM ISLAM. SUBHANALLAH




KENYATAAN 1 

Putrajaya 25 Mac : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berpendirian penumpang dan anak kapal pesawat MH 370 yang beragama Islam bergelar Syahid Akhirat.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata keputusan itu dibuat selepas Muzakarah Khas yang diadakan di sini hari ini. 
Sumber Utusan

KENYATAAN 1 

Putrajaya 25 Mac : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan tidak memerlukan solat Ghaib ke atas penumpang pesawat MH 370 yang beragam Islam buat masa sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata ini kerana pihak berkuasa yang mencari dan menyelamat masih belum menjumpai mayat atau cebisan mangsa pesawat MH 370.
Sumber Utusan





PERAK BERKABUNG..


Pemangku Raja Perak telah menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada keluarga mangsa MH370 telah bertitah supaya semua Premis, Sekolah-Sekolah, PIhak Swasta dan Jabata-Jabatan serta Agensi Kerajaan hari ini mengibarkan bendera separuh Tiang pada 26.3.14 (Rabu) sebagai tanda menghormati dan simpati kepada pihak keluarga MH370. Titah tersebut telah dikeluarkan melalui Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Takziah dan Al-Fatihah.

Mar 14, 2014

Calon Tebus Guna

Agak-agak laa kalo Pengundi masih lagi xnampak sapa calon PKR di Pilihanraya Kecil Kajang ni. Calon ini yang penah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang pauh satu ketika dahulu demi memberikan laluan kepada suaminya untuk bertanding pada PRK Permatang Pauh dan kali ini bertanding mewakili suaminya selepas suaminya didapati tidak layak kerana mempunyai kes di mahkamah dan dikhuatiri akan masuk ke mahkamah. Pengundi Kajang nk ker orang mcm ni hmmmm pandai-pandai laa yer.. #pray4MH370


Best Credit To Them #pray4MH370


https://www.youtube.com/watch?v=jfUKmz_ztoQ&feature=youtu.be