Mar 17, 2012

Jawapan Tengku Adnan Mansor kepada pembangkang.!!!! pedihhhh



17 Mac 2012: Kuala Lumpur. Setiusaha agung UMNO Tengku Adnan Mansor semasa bertemu dengan golongan penulis berkata UMNO adalah wadah perjuangan yang ditinggalkan oleh pemimpin terdahulu untuk meneruskan perjuangan kepada pemimpin, golongan generasi kini. Pembangkang akan terus menyerang Parti UMNO kerana ketandusan idea dan juga melihat tindakan yang akan diulang berkali kali akan mendapat kepercayaan oleh orang ramai yang akan percaya dakyah-dakyah palsu pembangkang demi meraih undi semasa pilihanraya.
UMNO pula dilihat lebih rasional dalam memberi penerangan berkenaan isu isu semasa dan tidak sama sekali akan menipu rakyat demi untuk memperolehi undi. Tindakan mereka dilihat lebih kepada masyarakat yang tidak sedar diri.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagi etnik dan Melayu sendiri mempunyai kepelbagaian dan UMNO ditubuhkan diatas keresahan orang Melayu terdahulu. UMNO sendiri sehingga hari ini semenjak ditubuhkan mempunyai landasan perjuangan manakala pemimpin pembangkang ditubuhkan diatas dasar kekecewaan kerana tidak mendapat jawatan di dalam UMNO. Perjuangan UMNO telah terbukti dari dulu dalam membantu rakyat serta membawa rakyat bersama untuk menuju ke arah negara maju.

HM: jadi pihak yang menyokong pembangkang tak tentu hala tu beringat ingat laa yer.

Mar 13, 2012

Menjawab Persoalan Fuziah Pembohong! Siapa Kata Kilang Nadir Bumi Tiada Di Australia

Salah satu pembohongan yang dibawa oleh Fuziah Salleh dan juak-juaknya dalam kumpulan Anti-Lynas adalah ketidaksediaan Australia sendiri untuk membina sebuah kilang nadir bumi atau "rare earth" di sana. Konon-kononnya, Kerajaan Australia tidak mahu pencemaran radiasi nuklear berlaku di negara mereka dan memindahkan bahaya radiasi itu ke atas Rakyat Malaysia. Bangang punya kenyataan daripada Ahli Parlimen Ibu Negeri Pahang!

Apa yang Fuziah Salleh dan kumpulan Anti-Lynas tidak mahu umum mengetahui atau mereka sendiri bodoh alang tidak mahu membuat kajian adalah, di Australia terdapat pusat fasiliti pemprosesan nadir bumi yang terletak di Whyalla SA yang dipanggil Arafura. Kawasan ini adalah kawasan yang berpenduduk dan merupakan sebuah bandar dan bukannya sebuah gurun! Arafura ini kurang lebih sama seperti Lynas. Bagi yang bengap dan malas membuat kajian, CTS sertakan sekali laman web Arafura - www.arafuraresources.com.au.

agak-agak laa sekarang Dunia moden maklumat dihujung jari saja.. so dengan senang kita bole mengakses maklumat.

Rupanya kilang nadir bumi di Australia pun serupa macam di Malaysia tetapi kenapa tak ada plak kumpulan yang menjerit dan terlolong mcm berok hahaha....

Jan 9, 2012

Liwat 3

Anwar di dapati tidak bersalah oleh mahkamah kerana pihak pendakwaan tidak mempunyai bukti.yang KUKUH menunjukkan berlakunyaa liwat dan tidak bolehh hanya bersandarkan kepada bukti dna.
Diluar mahkamah penyokong bersorak tetapi tidak bertakbir dan berlaku pergaduhan kecil antara penyokong anwar dan PERKASA dan dileraikan oleh polis

Liwat 3

Kamar mahkamah seolah olah macam tin sardin apabila sesak dengan seramai 150 orang termasuk 47 wartawan, kehadiran orang ramai yang ingin melihat keputusan mahkamah. Antara pemimpin pakatan yang hadir Azmin, Hj. Hadi,Mat sabu. LimKit Siang, Lim Guan Eng dan juga Ambiga.

Liwat 2

Penyokong telah memekik reformasi setelah anwar sampi diperkarangan mahkamah.

Liwat 1

Yang datang cuma 4000 jauh drpd sasaran 100 000 orang. Penyokong anwar telah melanggar syarat perhimpunan dengan membawa sepanduk tetapi keadaan masih dalam terkawal.