Dec 27, 2008

MANA PERGINYA JANJI PEMILIHAN SECARA ADIL...

Terbaru dan terkini.. Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah membuat satu kenyataan bahawa pelilihan Ketua Kampung JKKK pada akan datang akan dilakukan secara lantikan terus bukan seperti pemilihan yang telah di janjikan kepada rakyat negeri Perak semasa beliau baru memegang jawatan MB.

Antara kenyataan beliau adalah seperti berikut "Saya ingin perbetulkan, tidak ada pemilihan dalam jawatan ketua kampung baru, itu ketetapan yang sudah dibuat. Pelantikan itu pula berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu jika terbukti dia (calon ketua kampung) ada rekod jenayah, kami tidak akan melantiknya," kata Mohammad Nizar.

Kerajaan Negeri Perak nampaknya tidak mampu untuk melaksanakan janji yang telah dilaungkan kepada rakyat negeri Perak. Sebelum ni beliau pernah mengatakan bahawa sistem pemilihan JKKK oleh kerajaan sebelum ni adalah tidak telus dan tidak adil kepada rakyat tetapi akhirnya sistem seperti ini juga menjadi ikutan. Jelas sekarang siapa yang berbohong? adakah kita sebagai rakyat hendak terus menyokong pemimpin yang sentiasa berada dalam pembohongan dan terus mengikut telunjuk bangsa lain? Fikirkan lah sedalam-dalamnya.


Dec 24, 2008

999 tahun tak boleh tanpa kelulusan MTN kata TPM


Cadangan kerajaan negeri Perak untuk memberi hak milik kekal 999 tahun lot tanah kepada penduduk Kampung Baru di seluruh negeri itu, tidak boleh dilaksana sebelum mendapat kelulusan Majlis Tanah Negara MTN). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberitahu selepas mempengerusikan mesyuarat ke-64 majlis itu berkata, kerajaan negeri Perak tidak boleh mengambil keputusan secara bersendirian. "Dari segi dasar dan Perlembagaan Persekutuan, cadangan itu tidak boleh dibuat secara unilateral sebaliknya mesti melalui MTN," katanya. Kerajaan Perak sebelum ini mencadangkan untuk memberi hak milik kekal 999 tahun kepada lot tanah Kampung Baru dan menganggap tindakan tersebut selaras dengan Akta Kanun Tanah Negara. Cadangan berkenaan menimbulkan bantahan kalangan orang ramai yang menganggap langkah berkenaan hanya untuk kepentingan politik kerajaan negeri. Menurut Najib, cadangan kerajaan negeri itu mesti melalui MTN dan dijadikan keputusan oleh majlis tersebut. Jadi je;as nampaknya rancangan Pakatan Rakyat untuk memenangi hati rakyat melalui pemberian tanah selama 999 tahun mungkin tidak akan berhasil.

Dec 5, 2008

Wan Farid calon BN



Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan. Pengumuman berkenaan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada satu majlis di Kuala Terengganu, petang Sabtu. - 20/12/2008

Pegawai timb KM P. Pinang letak jawatan!!!!!!

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin sekali lagi menjadi perhatian apabila setengah dozen pegawainya meletakkan jawatan – terakhir Isnin lalu – dengan alasan tidak sehaluan dan tidak boleh bekerjasama dengan wakil rakyat PKR itu.

fairus khairuddin and penangKeenam-enam mereka termasuk setiausaha sulit, setiausaha politik, pegawai akhbar dan pegawai khas memberikan alasan yang sama: "masalah sikap" pemimpin muda itu.

Mohammad Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza.

Seorang bekas pegawainya, yang enggan dikenali, malah meminta beliau meletakkan jawatan segera sebelum melakukan banyak kesilapan dan menjejaskan nama baik pemimpin PKR dan Pakatan di negeri itu. Jelas sekali jika beliau telah melakukan banyak kesilapan dan adalah satu kesilapan besar kepada pengundi-pengundi DUN Penanti memilih beliau.

Jika cara kerja beliau sendiri pun tidak dapat diterima oleh rakan-rakan dalam perjuangan Parti ini kan pula untuk diterima oleh rakyat-rakyat di DUN Penanti. Fikir-fikirkan lah......

P036 SIAPA CALON PAKATAN RAKYAT?



Siapa calon yang kini berlegar dikepala Pemimpin Pakatan Rakyat atau pun ahli-ahlinya berikutan ada dua nama yang kini telah disebut-sebut untuk menjadi calon Pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu untuk mewakili parti PAS. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menjelaskan bahawa Mohamad Sabu atau Mat Sabu adalah calon yang lebih layak walaupun telah kalah pada PRU yang lepas adalah sebagai pelengkap yang terbaik kepada rakyat. Selain Mat Sabu nama Mustaffa Ali juga telah disebut-sebut sebagai yang paling layak untuk menjadi calon bagi PR kecil Kuala Terengganu. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu merupakan anak kelahiran Terengganu dan juga amat memahami selok belok kawasan di Terengganu.

Mat Sabu yang terkenal dengan percakapan merapunya manakala Mustaffa Ali pula merupakan seorang yang understanding dan bersikap low profile. Tetapi terpulang pula kepada pimpinan Majlis Syura sama ada mahu mendengar cakap Mursyidul Am ataupun Presiden PAS.

Nov 3, 2008

Hadi Minta Penjelasan!!!!!

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tindak bersetuju dengan tindakan Menteri Besar Selangor melantik Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS serta meminta PKR Selangor memberi penjelasan berhubung isu itu. Katanya sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknay terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam maka sistem pentadbirannya haruslah diterajui oleh kaum tersebut.
PAS tidak boleh membuat sebarang keputusan berhubung keputusan yang dibuat oleh PKR di Selangor dan mahu pihak mereka membuat penjelasan mengenai isu ini.

Terbaru Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan bahawa perlantikan tersebut adalah bersifat sementara dan meminta masyarakat Melayu melupakan isu emosi. Katanya lagi "isu perlantikan Low Siew Moi (Madam Low) tidak sepatutnya diperbesarkan kerana perkara yang sepatutnya di persoalkan adalah hasilnya. Sudah tiba masanya masyarakat Melayu bukan setakat memilih yang terbaik untuk mereka malah memastikan pilihan mereka mampu memberikan hasil.
Oleh itu kita perlu melupakan soal emosi kerana tanggungjawab kita adalah memilih individu yang boleh bekerja."


psttt: Presiden PAS pun dah mula sangsi kita bila plak lagi..........dah takde orang Melayu ke yang nak dipilih.

Oct 31, 2008

Kontrak Sosial dan Fasal 153

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.


Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.


Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.


(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.


(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.


(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.


(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.


(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.


(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.


( 8)Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—


(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau


(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau


(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.


(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.


(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.


(9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.


(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.


Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.


Ketuanan Melayu


Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.


Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal” Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.


Tentangan yang dimainkan oleh DAP ini sebenarnya merupakan lanjutan tentangan yang dimainkan oleh parti induk DAP iaitu parti PAP(Singapura).

Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153 Perlembagaan Malaysia oleh PAP.


Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu “Malaysian Malaysia”. Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: “Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato’ Syed Ja’afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.


Kontrak Sosial


Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.


Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.


Kontrak sosial selama ini telah lama diamalkan oleh para pemimpin terutamanya pemimpin dari parti kompenen Barisan Nasional. Tidak terdapat syarat-syarat formal mengenai kontrak sosial ini. Di bawah sedikit petikan mengenai kontrak sosial.


Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah “kontrak sosial” (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: “Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak.” [1]


Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.


Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.


Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar “meritokrasi”. Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.


Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.


Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.


Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa “…apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan.” Bagaimanapun, dia menambah bahawa “Bagi mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu.”


Ketiga-tiga di atas merupakan sentimen yang sering dimainkan oleh parti-parti politik sejak kebelakangan ini. Semangan muhibah dikalangan pemimpin-pemimpin awal negara seakan-akan dipermainkan oleh anak cucu mereka yang menjadi pemimpin parti-parti politik pada hari ini. Persoalannya ketika isu kontrak sosial dimainkan oleh pemimpin bukan melayu…di mana pemimpin-pemimpin Melayu terutama dari pembangkang tampil mempertahankan kontrak sosial yang sudah sekian lama terbina?? Adakah adil sekiranya kita membiarkan konsep Ketuanan Melayu ini dihapuskan dan diganti dengan konsep Ketuanan Rakyat (sedangkan Ketuanan Melayu juga adalah sama kecuali penekanan yang lebih diberikan kepada orang Melayu) yang belum terbukti lagi menjamin masa depan orang Melayu? Adilkah sekiranya anak-anak kita terpaksa mengharungi keperitan untuk ‘survive’ di masa hadapan sedangkan kita telah membesar dengan agak selesa sehingga apa yang kita kecapi setakat hari ini adalah hasil dari konsep Ketuanan Melayu. Diharap anak-anak muda faham akan kenapa walaupun negara kita sudah 50tahun merdeka konsep ini masih digunapakai. Konsep ini bukan lah sesuatu yang baru dan sejarah membukti bahawa terpisahnya Malaysia dengan Singapura adalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin parti induk DAP iaitu PAP yang memainkan isu ketuanan Melayu ini. Adakah anda lebih gemar konsep Ketuanan Melayu ini digugurkan dan digantikan dengan konsep Malaysian Malaysia atau konsep Ketuanan Rakyat??? Bukankah pemimpin parti seperti PKR dan PAS ini merupakan anak-anak yang membesar hasil dari konsep Ketuanan Melayu ini. Cuba fikirkan di mana pemimpin-pemimpin ini berada sekiranya konsep Ketuanan Melayu dihapuskan dahulu?? Adakah mereka akan begelar pemimpin??


Terkini:


Istilah “Ketuanan Melayu” perlu dilihat dalam konteks perjuangan orang Melayu sebelum merdeka yang menganggap Semenenjung Tanah Melayu sebagai tanah pusaka (sons of the soil) seperti yang diakui oleh pihak penjajah British ketika itu. Istilah ini juga merujuk kepada situasi sebelum merdeka yang menjelaskan reaksi orang Melayu terhadap penubuhan Malayan Union yang telah menghapuskan “Ketuanan Melayu” dari segi kedaulatan, kuasa politik dan isu kewarganegaraan yang longgar. “Ketuanan Melayu” dilaungkan oleh pemimpin Melayu pada ketika itu bagi menyatupadukan orang Melayu menentang Malayan Union dan bukannya menuntut kemerdekaan. Oleh itu, konsep ini ialah peristiwa dan reality sejarah pada ketika itu dan ia dimasukkan bukan bertujuan untuk menggugat perpaduan masyarakat Malaysia.


Oct 30, 2008

JAWATAN PENGURUS BESAR PKNS????


Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan tindakan terbaru Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim melantik pemangku Pengurus Besar PKNS iaitu Low Siew Moi walaupun menerima pelbagai bantahan dari banyak pihak.
Ekoran dengan perlantikan tersebut, banyak pihak mahau Tan Sri Khalid menarik balik perlantikan yang dilakukan dan mahu campur tangan Sultan Selangor di dalam hal ini. Antara NGO yang menyertai bantahan tersebut adalah Persatuan Pegawai Kanan PKNS, Persatuan Pegawai Eksekutif PKNS, Kelab Sukan dan Rekreasi PKNS, Persatuan Kebajikan dan Sekerja PKNS, Badan ISlam PKNS dan GAbungan Bertindak Rakyat Selangor. Calon untuk jawatan Pengurus Besar PKNS perlu dipilih daripada golongan bumiputera supaya tidak tersasar dengan matlamat dan dasar kewujudan anak syarikat itu sendiri. Buat pertama kali dalam masa 51 tahun jawatan tersebut telah di jawat oleh bukan golongan bumiputera.

Tahniah kepada Tan Sri Khalid kerana telah berjaya memecah rekod yang disimpan selama 51 tahun. Sudah hilang kah bumiputera di dalam Negeri Selangor yang mana beliau terpaksa melantik bukan bumiputera untuk jawatan tersebut. Adakah beliau telah tertekan sehinggakan sanggup melakukan perkara tersebut semata-mata untuk meraih sokongan daripada kaum lain. PAS juga telah mengemukakan calon-calon dari golongan bumiputera dan adakah calon yang dikemukan tidak layak dari kaca mata Tan Sri Khalid Ibrahim. Adakah beliau tidak merasakan bahawa golongan bumiputera mampu untuk memikul tanggungjawab yang sebesar ini.

Jul 17, 2008

MANA JANJI-JANJI KAMI!!!!!!


Setelah lebih 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat

di Negeri Perak, apa yang kita boleh lihat Kerajaan Negeri perak dibawah pimpinan Dato Seri Diraja Nizar
mengotakan janji-janji manifesto sebelum pilihanraya.
Jika pihak tersebut sudah lupa apa janji manifesto tersebut biar saya meningatkan kembali apa yang dijanjikan kepada rakyat negeri Perak sebelum PRU13.
  1. MEWUJUDKAN TABUNG KEBAJIKAN PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK TUJUAN BANTUAN MALAPETAKA DAN SAKIT KRONIK. tidak nampak pun sebarang pelancaran mengenai tabung tersebut.
  2. MEMBERIKAN HADIAH RM 1,000.00 BAGI SEMUA PELAJAR NEGERI PERAK YANG DAPAT MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT IJAZAH PERTAMA.
    MB dalam Dewan Undangan Negeri berkata kerajaan hanya berhasrat meminjamkan wang tersebut bukan hadiah.
  3. MEMBERIKAN GERAN KEKAL BAGI TARAF BAGI KEDIAMAN KAMPUNG TERSUSUN & KAMPUNG BARU CINA.
    Yang terbaru bagi geran hak milik 999 tahun. Kekal bagi 15 keturunan.
  4. BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL YANG TIDAK MEMPUNYAI PENDAPATAN TETAP tidak dengar lagi bila pengumuman tersebut.


Itu merupakan 4 tawaran janji daripada berbagai-bagai janji manifesto yang dijanjikan sebelum pilihanraya. yang berjaya dilakukan adalah kejayaan memberi tanah selama 999 tahun kepada golongan Cina. adakah itu satu keadilan kepada rakyat negeri Perak. Mana janji kepada pelajar yang berjaya melanjutkan ke IPT. Sebelum ini dijanjikan hadiah RM 1000 kemudiannya ditukarkan kepada pinjaman. Mana satu yang boleh yang dipercaya. Mungkin Pakatan Rakyat sudah lupa kepada manifesto tersebut. Tetapi sebagai rakyat, kami masih tertunggu-tunggu janji selepas pilihanraya. Adakah janji tersebut akan dilaksanakan sekarang atau masa PRU14

Jul 16, 2008

DEBAT RAKYAT !!! SIAPA MENANG




Terima kasih kepada Agenda Daily kerana berjaya mengaturkan suatu pertemuan yang bersejarah diantara Pemimpin no 1 Parti Keadilan Rakyat iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim dengan salah seorang pemimpin UMNO Dato Shabery Cheek yang juga Menteri Penerangan.

Dalam hal ini DSAI mewakili suara rakyat dan Dato Shabery yang sebagai ahli parlimen juga mewakili suara rakyat. Oleh yang demikian dalam hal ini tiada timbul isu siapa yang menang kerana dalam debat ini kedua-duanya mempertahankan cara masing-masing demi untuk kepentingan rakyat. Jadi siapa yang menang??? sudah tentulah rakyat yang menang.

Oleh itu rakyat patut berterima kasih kepada Agenda daily kerana bertungkus lumus memastikan program ini berlaku tanpa ada berlaku perkara yang tidak diingini.

Rakyat di Malaysia menghargai keprihatinan program-program seperti ini....

"MELUKUTNYA PAS DI TEPI GANTANG"

SIAPAKAH GANTANG SIAPAKAH MELUKUTNYA???????


Dewan Muslimat PAS Pusat hari ini menyokong pendirian tegas Presiden Parti, Datuk Seri Hadi Abdul Hadi Awang mengenai peranan penting PAS dalam Pakatan Rakyat terutamanya dalam PRU13 Mac lepas. Setiausaha Dewan itu, Aiman Athirah Al Jundi berkata, kehadiran PAS dalam persada politik tanah air bukan lah seperti " melukut di tepi gantang" kerana ada atau tiadanya jentera PAS memberi kesan kepada kejayaan Parti Keadilan Rakyat(PKR) mahu pun DAP pada pilihanraya umum lepas.

Pendirian PAS itu telah dinyatakan secara terbukan oleh Abdul Hadi dalam wawancara dengan lidah rasmi parti itu Harakah. Malah dalam wawancara berkenaan, Abdul Hadi juga dengan tegas menyatakan bahawa dalam Pakatan Rakyat tiada sesiapa yang menjadi ketua. Aiman Athirah dalam satu kenyataan di sini hari ini menegaskan bahawa PAS sudah terlalu banyak berkorban khususnya dalam pembahagian kerusi semasa PRU yang lepas. Beliau berkata penguasaan PAS terhadap 83 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 73 DAP dan 40 PKR wajar diberi perhatian serius. "Justerus itu tidak bermakna apabila PAS hanya mempunyai
22 kerusi Parkimen berbanding 31 PKR dan DAP 28, maka PAS sewenang-wenangnya diletakkan seolah-olah parti tercorot dalam apa jua keputusan dan kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. " kata beliau. Oleh itu katanya adalah wajar Presiden PAS secara tegas kembali mengingatkan rakan lain dalam gabungan pembangkang agar mereka tidak terlupa kekuatan sebenar PAS. ( sumber BERNAMA)

Apa akan berlaku jika "gantang semakin retak"???????????????????????
Bibit-bibit perpisahan dalam pakatan rakyat jelas kian terserlah ekoran masing-masing tidak mahu mengalah dalam soal mengetuai Pakatan Rakyat.
Jadi kalau PAS sudah merasakan parti tersebut kuat tanpa rakan pembangkang dan rasa diperkuda oleh rakan pembangkang yang lain amat wajar lah masanya PAS bergerak secara solo tanpa terikat dengan kemahuan parti lain atau pun bermuzakarah dengan Parti UMNO untuk memartabatkan hak mutlak orang Melayu dan Islam. Itupun jika PAS masih ingat jalan untuk pulang ke pangkal jalan.

Jul 10, 2008

MALAYSIA DAN VENEZUELA

Salam.........

Isu minyak tidak habis diperkatakan lagi tidak habis dengan demontrasi aman timbul pula perhimpunan Protes yang mendapat sambutan yang boleh dikatakan sedikit sambutan tetapi diisi dengan pengisian yang boleh dikatakan GAGAL kerana timbul isu-isu yang berbangkit daripada kalangan peserta-peserta yang hadir ke perhimpunan tersebut. Tetapi untuk apa perhimpunan ini? Semata-mata untuk mendesak kerajaan menurunkan harga minyak yang dinaikkan oleh pihak kerajaan ekoran kenaikan harga minyak dipasaran dunia. Krisis kenaikan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga berlaku di seluruh dunia.

Sebagai perbandingan saya ingin mengambil sebuah negara yang terdapat di benua Amerika Selatan iaitu di Venezuela. Negara ini merupakan sebuah pengeluar minyak seperti Malaysia tetapi jumlah pengeluaran adalah amat berbeza. Pada tahun 2004 jumlah pengeluaran Minyak adalah sebanyak 5 juta tong sehari (5 million barrel per day) dan jumlahnya semakin menurun kepada 2.5 juta tong sehari (2.5 million barrel per day). Ini kerana negara tersebut telah menghadkan pengeluaran supaya sumber minyak di negara tersebut tidak akan habis dalam masa yang terdekat. Di negara ini harga minyak adalah sebanyak RM 0.30 sen seliter, harga yang amat murah berbanding Malaysia. Tetapi apa yang hendak dinyatakan disini ialah jumlah inflasi yang terdapat pada negara ini adalah diantara 20%-30% suatu jumlah yang teramat tinggi berbanding Malaysia yang pada tahun 2004 inflasi pada 2% dan meningkat pada tahun 2008 sebanyak 5%. Bayangkan untuk makan disebuah restoran biasa harga makanan adalah sebanyak RM 800 bagi 4 orang. Kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh kadar inflasi yang teramat tinggi sehinggakan membebankan rakyat dinegara itu.

Sebab wujudnya kadar inflasi yang tinggi di negara tersebut adalah disebabkan dasar kerajaan yang ingin mengamalkan konsep popular untuk diterima rakyat. Kerajaan Venezuela telah memperuntukkan suatu jumlah subsidi minyak yang amat besar sehinggakan kadar inflasi dinegara itu tidak dapat dibendung. Apabila kerajaan Venezuela mengamalkan konsep untuk menurunkan harga minyak tetapi tidak menekan kepada barang keperluan harian menyebabkan kadar inflasi dinegara itu meningkat pada kadar yang tinggi. Harga setiap barang harian akan berubah-berubah setiap hari mengikut kepada harga pasaran semasa.

Jadi kesimpulannya yang boleh diperolehi ialah harga minyak yang murah bukan penentu kepada kestabilan ekonomi sesebuah negara. Pengurusan yang bersesuaian dan langkah jimat cermat yang diambil adalah penentu kepaa kestabilan ekonomi. Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang yang berhati-hati dalam menangani kenaikan minyak ini supaya rakyat boleh terus hidup dalam yang aman dan sejahtera.

Jul 7, 2008

PROTES: Syabas dan Tahniah

7 Julai 2008: perhimpunan membantah kenaikan minyak atau protes telah diadakan di Stadium Kelana Jaya dan telah menghimpunkan seramai lebih kurang 15,000-20,000 orang. Perhimpunan yang umpama "FUN FAIR" ini telah bermula pada jam 10.15 pagi dan berakhir pada malamnya dimana Penasihat Parti Keadilan DSAI yang juga bakal Perdana Menteri dalam khayalannya sendiri berucap pada kemuncak perhimpunan itu.

Apa yang mengecewakan pada perhimpunan tersebut adalah, perhimpunan itu adalah untuk membantah kenaikan harga minyak di Malaysia tetapi konsep perhimpunan tersebut tidak ubah seperti Fun Fair apabila pengunjung disajikan dengan beberapa buah lagu dari kumpulan PUNK yang tidak terkenal. Tidakah perhimpunan seperti ini suatu pembaziran! orang ramai berkumpul untuk membantah kenaikan minyak supaya rakyat tidak menghadapi kesusahan serta dapat menabung tetapi Parti Keadilan telah memberi contoh pembaziran yang terbaik. Macam mana hendak memimpin kerajaan kalau cara yang hendak ditunjukkan kepada rakyat pun tidak betul.

Penyelaras perhimpunan Protes ini Dr. Hatta Ramli telah
menunjukkan satu sikap yang kurang disenang oleh pengunjung
perhimpuan tersebut apabila menjemput sebuah kumpulan
muzik yang beralakan PUNK untuk membuat persembahan
pada perhimpunan tersebut. Syabas dan tahniah pada beliau.
Ekoran perkara tersebut telah membuatkan pengunjung
mengamuk kerana penyanyi kumpulan tersebut menunjukkan
punggung ke arah mereka. Pengunjung telah membaling botol
kearah penyanyi tersebut ada sesetengahnya menyerbu ke arah
beliau. Keadaan tersebut terpaksa ditenangkan oleh Skuad AMK
yang berkawal dan kumpulan tersebut telah diringi keluar ekoran keadaan yang tidak terkawal.

Disebabkan eksiden itu seramao 700 sukarelawan dari Unit Amal PAS yang turut berkawal telah menarik diri ekoran tidak berpuas hati dengan sikap penyanyi tersebut dan ini disahkan oleh Ketua Amal PAS Wilayah Persekutuan, Sharifuddin Mohd Yatim yang pihaknya telah menarik diri majlis tersebut.

Kepada pihak Parti Keadilan moral yang boleh dipelajari disini ialah mereka masih belum layak untuk mentadbir kerajaan kerana sensitivit rakyat tidak diambil kira dalam menganjurkan majlis manakala kepada PAS pula hati-hatilah memilih kawan kerana dalam hal ini PKR telah menconteng arang kepada Parti PAS yang terkenal dengan semangat keislaman. Oleh kerana terlalu sibuk mengatakan apa yang dilakukan oleh UMNO tidak betul dan pada malam itu telah terbukti PAS juga telah melakukan suatu perkara yang tidak betul iaitu mengalakkan pembaziran dan juga menerima konsep punk yang telah dibawa ke dalam majlis tersebut.

Jul 5, 2008

ANTARA AKUAN BERSUMPAH DAN SUMPAH MENJUNJUNG AL-QURAN

Cerita mengenai kes liwat DSAI semkain menjadi-jadi, selepas satu bab ke bab yang seterusnya tiada satu pihak pun buat masa ini mengaku kalah. Yang terbaru DSAI telah membuat akuan bersumpah yang beliau tidak terlibat didalam kes liwat itu dan telah menghebahkannya kepada media mengenai tindakannya itu. Adakah akuan bersumpah itu boleh dipercaya! Lagi yang terbaru P. Balasubaramaniam penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Baginda telah membuat akuan bersumpah mengenai pembabitan Dato Seri Najib Tun Razak dalam pembunuhan wanita mongolia iaitu Altantuya. Tetapi tidak sampai 24 jam beliau telah menarik balik akuan bersumpah itu dan membuat akuan bersumpah yang baru yang menidakkan pembabitan Dato Seri Najib di dalam pembunuhan tersebut.

Sejauh mana kebenaran tersebut hanya P. Balasubaramaniam sahaja yang mengetahuinya. Sekarang akuan bersumpah seperti dipermain-mainkan oleh sesetengah individu yang bertindak untuk menidakkan kebenaran. Orang ramai sudah tidak akan mempercayai akau bersumpah tersbut jika perkara itu boleh berubah-ubah. Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah meminta DSAI dan Saiful untuk membuat pengakuan bersumpah menjunjung Al-Quran yang mana untuk membuktikannya kebenaran dakwaan liwat. Perkara ini telah disokong oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya masing-masing membuat penagkuan tersebut. Nampaknya dengan jalan seperti ini sahaja perkara ini boleh mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap dakwaan ini.

Jadi selepas ini kita boleh lihat siapa yang akan tergesa-gesa untuk melakukan perkara ini. Seperti yang saya telah jelaskan di dalam artikel sebelum ini, DSAI belum pernah lagi membuat pengakuan bersumpah menjunjung Al-Quran dengan kes sebelum ini. Jadi dengan cara ini sahaja dapat mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadapnya daripada beliau membuat ceramah kesana dan kesini untuk menerangkan perkara yang berlaku. Marilah kira bersama-sama mendesak mereka berdua untuk melakukan perkara ini.

sekian......

Jul 1, 2008

LIWAT...... DIRANCANG ATAU TERANCANG!!!!!!

Kita dikejutkan dengan kes yang melibatkan pemimpin no 1 pembangkang di Malaysia. Kes yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat salah seorang pembantu khasnya iaitu Saiful Bukhari Azlan, 23 tahun. Apakah kebenaran yang terselindung di dalam kes ini. Adakah kes ini sememangnya dirancang oleh sesuatu pihak yang ingin menjatuhkannya? atau sememangnya dirancang oleh beliau sendiri untuk mendapat simpati daripada rakyat?

Beberapa sudut perlu diambil kira untuk kita sebelum membuat sebarang andaian di dalam kes ini, sebagai contohnya jika perkara ini dirancang oleh pihak yang di dakwa oleh DSAI apakah relevannya? Jika betul tekaan beliau adakah ini waktu yang sesuai untuk menjatuhkan beliau? UMNO mungkin tidak akan mengambil sebarang risiko untuk melibatkan diri di dalam kes yang melibatkan beliau pada masa ini kerana di saat-saat gelombang tsunami yang berlaku didalam UMNO menyebabkan Parti tersebut akan mengambil langkah berhati-hati dalam menjaga sensitivi rakyat dan ahlinya.

Jika dilihat dari sudut yang lain pula, adakah perkara ini dirancang oleh beliau sendiri? Gambar diatas menunjukkan Wan Azizah memegang handphonenya yang mengandungi gambar Saiful. Gambar ini ditunjukkan oleh beliau beberapa jam selepas laporan dibuat terhadap DSAI. Begitu cepat beliau mendapat gambar tersebut seperti seolah-olah sudah lama menyimpan dan hanya menunggu masa untuk ditonjolkan. Seperkara lagi Saiful yang yang telah diambil bekerja oleh DSAI sebagai pembantu khasnya tidak diselidiki latar belakangnya. Ajaib bukan bagi seorang pemimpin yang berpengaruh seperti seperti DSAI yang amat mementingkan keselamatan serta rahsia politik tidak menyelidik terlebih dahulu pekerja yang diambil lebih-lebih lagi sebagai salah seorang main power di belakang tadbir.

Selepas laporan dibuat DSAI telah menyembunyikan diri dan mendapatkan bantuan untuk berlindung di Kedutaan Turki atas alasan beliau telah mendapt ancaman bunuh daripada individu yang tidak dikenali. Sungguh amat menghairankan kerana pada 1998, setelah beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Dato Dr Mahathir yang pada ketika itu Perdana Menteri, beliau tidak membuang masa dan dengan segera melancarkan reformasi serat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memberi keadilan kepada dirinya tetapi berbeza pada kali ini, beliau mengambil langkah untuk meyembunyikan diri. Maklumat terbaru yang diterima beliau telah memfailkan saman malu terhadap Saiful Bukhari kerana telah memfitnahnya. Kes ini sedang disiasat oleh Pihak Polis dan mana-mana pihak belum lagi didakwa tetapi DSAI telah memohon untuk memfailkan saman malu terhadap Saiful. Mengapa beliau mengambil langkah yang begitu tergesa-gesa dalam menyaman Saiful sedangkan beliau belum lagi disabitkan dengan sebarang kesalahan.

Rakyat perlu bijak dalam menilai hal sebegini untuk mengelakkan tersalah membuat andaian seperti kes yang berlaku pada 1998. Adakah DSAI pernah membuat pengakuan bersumpah berserta Al-Quran berkenaan kes liwat bersama adik angkatnya pada sebelum ini. Rasanya sehingga hari ini kita masih belum mendengar pengakuan bersumpah beliau yang menyatakan beliau tidak melakukannya. Jadi lebih elok dalam kes yang terbaru beliau membuat pengakuan bersumpah berserta al-Quran dikhalayak ramai untuk membuktikan dirinya tidak bersalah supaya DSAI tidak ragui sebagai seoran peliwat.

Sekian...


Jun 29, 2008

KES LIWAT...ANWAR LAGI!!!!!


Kuala Lumpur, 28/06/08: Satu laporan telah dibuat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim Penasihat kepada Parit Keadilan Rakyat(PKR) berhubung kes liwat yang telah dilakukan oleh beliau terhadap salah seorang pembantu peribadinya.

Mohd Saiful Bukhari b. Azlan berumur 23 tahun dan no kad pengenalan 850706-01-5687 telah membuat laporan polis berhubung kes beliau diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Antara isi kandungan laporan berbunyi begini " Saya Mohd Saiful Bukhari B. Azlan melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya, perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku pada 26/06/08 di unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih Kuala Lumpur. Oleh itu tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai dan majikan saya Dato' Seri Anwar B. Ibrahim-Ketua Umum PKR.

DSAI telah membuat kenytaan bahawa ini merupakan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan beliau dan menyebut beberapa nama pemimpin kerajaan yang merupakan dalang kepada konspirasi ini. Tetapi sebagai pemerhati rakyat perlu bijak menilai samada ini merupakan konspirasi daripada kerajaan atau perancangan daripada beliau sendiri untuk meraih simpati rakyat. Antara faktor yang boleh beliau mendorong untuk berbuat demikian ialah seperti berlaku beberapa perkara atau isu yang berlaku kepada PKR sehingga populariti beliau dan Parti semakin menurun. Isu dalaman yang berlaku dalam PKR serta penglibatan adik beliau sendiri di dalam KDEB yang telah menyebabkan keraguan di kalangan rakayt Malaysia, justeru itu dengan menimbulkan isu untuk meraih simpati rakyat mampu menaikkan populariti beliau kembali di arena poltik tanah air.


Jun 26, 2008

KORUPSI DAN PKR


SALAM...........

Kalau mendengar berkenaan Parti Keadilan Rakyat atau sinonimnya PKR kita lebih tertumpu kepada agenda perjuangannya iaitu keadilan dan anti rasuah (anti korupsi). Anti koruspsi merupakan salah satu yang terkandung dalam manifetso yang dijanjikan kepada rakyat. Itu secara teorinya tetapi macam mana secara praktikalnya.

Baru-baru ini rakyat Selangornya serta DAP dan PAS terkejut dengan tindakan PKR Selangor memasukkan duit sumbangan sempena majlis sambutan 100 hari pemerintahan daripada pihak swasta ke dalam akaun PKR dan bukannya ke dalam akaun kerajaan negeri seperti yang sepatutnya. Perkara ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan pemimpin PAS dan DAP di Selangor.

Sementara itu, Angkatan Muda PKR Selangor enggan mengulas lanjut isu pemindahan wang kerajaan negeri ke dalam akaun parti tersebut.

petrol hike 30 cents 280206 khairul anuar ahmad zainudin "Perlu ada siasatan dijalankan, saya tidak oleh berbuat apa-apa kenyataan dalam masa siasatan tersebut," kata ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (foto) kepada Malaysiakini.

Mengulas dakwaan kerajaan negeri membelakangkan ahli PKR dalam pentadbirannya, beliau yang turut hadir di mesyuarat malam ini berkata perkembangan itu "bagus" untuk partinya. "PKR tidak pernah ada pengalaman memegang kuasa. Kes yang berlaku bagus (kepada kerajaan negeri) kerana ia adalah proses pembelajaran sama ada yang mempunyai kuasa, jawatan ataupun tidak," katanya.
Katanya lagi, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat masih dalam proses membuat penyesuaian, maka tidak hairan timbul perkara- perkara yang tidak diingini.

Tidak ada pengalaman serta masih baru hendak belajar memerintah negeri bukan satu tiket untuk melakukan kesilapan. Jika tiada pengalamana buat apa hendak memerintah serahkan kepada yang pakar. Rakyat Selangor kini jelas tertipu dengan sandiawara ahli-ahli PKR yang berdolak dalik dalam pelabagai isu. Jika hendak menjalankan kerajaan yang telus dan cekap maka perkara yang terjadi mesti disiasat dan hasil siasatan tersebut mesti disebarkan untuk pengetahuan umum, biar rakyat yang membuat keputusan. Selama ini PKR terutamanya Presidennya banyak mempertikaikan cara kerajaan persekutuan yang banyak dipengaruhi unsur-unsur korupsi sehingga menubuhkan GERAK iaitu yang berperanan sebagai anti korupsi dan juga berperanan untuk mengumpulkan orang untuk berdemo. Gerak seharusnya mendesak kerajaan negeri Selangor supaya menyiasat perkara seperti ini sama seperti yang dilakukan kepada kerajaan pusat supaya menampakkan ketelusan dalam memperjuangkan anti korupsi.

Sekian....

Jun 24, 2008

Perletakan Jawatan Pegawai Khas TanSri Khalid....

Pegawai Khas kepada Menteri Besar Negeri Selangor Yahya Shahri (foto dibawah)hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Setiausaha Perhubungan PKR Selangor setelah kecewa dengan tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim menggantung beliau sebagai Pegawai Khas ekoran disabitkan dengan kes penyalahgunaan kuasa dan sedang disoal siasat oleh BPR.
Selain itu juga beliau juga "hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim". Dalam ucapannya di depan hampir 200 penyokong di kediamannya di Seksyen 4 Shah Alam malam ini, Yahya juga mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatannya sebagai ketua perhubungan PKR Selangor. Yahya mencadangkan jawatan itu diserahkan kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Malaysia Kini : 23 Jun 2008)

Kekecewaan itu jelas ternyata apabila Khalid menghantar sms kepada Yahya untuk memaklumkan bahawa beliau telah digantung tugas sebagai pegawai khas kepada Menteri Besar untuk mengelakkan beliau terperanjat dengan tindakan itu. Pada 10 Jun lalu, BPR memanggil Yahya selama empat jam berhubung siasatan kes kelulusan kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah di kawasan Petaling Jaya.Siasatan itu susulan aduan sekumpulan empat orang (foto kanan) yang mendakwa ahli PKR membuat laporan pada 5 Jun kepada BPR dengan dakwaan pegawai kanan tersebut menggunakan kepala surat pejabat menteri besar tanpa keizinan.

Tindakan itu jelas seperti kacang lupakan kulit apabila Tan Sri Khalid menggantung Yahya yang juga salah seorang orang kuat PKR di Selangor. Politik dalam PKR Selangor kini bergolak dan perkara ini terpaksa dirujuk kepada Presiden dan Penasihat PKR untuk mendapatkan maklum balas.

Jun 22, 2008

Lesen Peniaga Kecil Kepada Kakitangan Awam

Salam.........

Kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan lesen peniaga kecil kepada kakitangan awam untuk menampung kenaikan kos hidup. Lesen tersebut hanya meliputi kepada perniagaan kecil seperti gerai-gerai kecil dan kedai makan yang kecil. Cadangan tersebut telah mendapat reaksi yang positif daripada Cuepecs. Kakitangan awam yang akan akan menggunakan kemudahan ini digesa untuk mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu dan di sarankan tidak mengabaikan tugas sebagai penjawat kerajaan.

Ini merupakan langkah pertama kerajaan kepada kakitangan awam untuk membantu meneruskan kehidupan disaat kelembapan ekonomi yang sedang melanda.

Sekian...wassalam

100 hari pemerintahan di Perak....

Salam kepada pembaca...

Kita banyak melihat sekarang di dada akhbar dan juga di dalam blog-blog mengenai 100 hari pemerintahan pakatan rakyat di keempat-empat negeri yang di perintaha oleh pakatan rakyat. Tiada yang salah mengenai pemerintahan mereka sama seperti pemerintah BN yang lain. Selangor telah memberikan air percuma kepada rakyatnya tetapi selama mana perkara itu akan berterusan dan juga menghadiahkan kandang babi yang terbesar kepada rakyatnya. Di Pulau Pinang seperti biasa banyak menyebelahi kepada kaum Cina dan di Kedah Menteri Besar mengumumkan akan memotong balak di kawasan tadahna air kerana kerajaan negeri tidak mempunyai sumber kewangan yang banyak.


Beralih pula ke Negeri Perak Darul Ridzuan dimana negeri yang dipimpin oleh YAB Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin yang mana di dalam 100 hari pemerintahan beliau sebagai Menteri Besar apa perkara yang terbesar beliau lakukan kepada penduduk di negeri Perak terutamanya orang Melayu. Saksikanlah wahai penduduk Perak jikalau anda tidak buta tentang perkara ini. Untuk makluman semua dalam masa 100 hari ini sebanyak 60,000 lot tanah telah diberi kepada penduduk Perak dimana hanya 7000 lot tanah diberi kepada penduduk Melayu manakala baki sebahagian besarnya kepada kaum Cina. Adakah ini adil? Adakah konsep seperti ini yang diperjuangkan oleh Kerajaan Pakatan iaitu konsep keadilan. Seterusnya tidak cukup dengan itu banyak kampung-kampung baru Cina telah diwujudkan di atas tanah lot yang diberi, kenapa hendak wujudkan kampung-kampung baru Cina sedangkan kaum Cina boleh membeli rumah-rumah di taman perumahan manakala kampung Melayu diambil tanah untuk di bina perumahan.

Tidak cukup dengan itu cukai tanah Sekolah Jenis Kebangsaan dikurangkan kepada RM 1 sama seperti cukai tanah di Sekolah Agama Rakyat. Seterusnya kuota untuk bumiputera di taman perumahan yang tidak dijual telah dibuka dan dijual kepada bukan Bumiputera atas alasan tidak mendapat sambutan dikalangan bumiputera. Wajarkah? dan yang terbaru Datuk bandar Ipoh kemungkinan akan diberikan kepada bukan Melayu.

Adakah pemerintahan 100 hari ini sebenarnya memberi manfaat kepada orang Melayu walhal kalau dilihat tidak satu pun yang memberi faedah kepada orang melayu. Yang tahu MB sedia ada hanya turun ke kawasan dan memberi ceramah PAS. Jangan kita melihat kedalam blog YB Idham Lim dan percaya 100 peratus apa yang ditulis. Untuk pengetahuan YB idham Lim adalah keturunan orang Cina maka perasaan ingin membela kaum Cina masih menebal dihatinya.

Baru 100 hari tanah kita banyak tergagai kepada bukan orang Melayu macam mana kalo 200 hari, 2 tahun atau 20 tahun jika kerajaan pakatan terus memerintah, rasanya kita Melayu seperti merempat di muka bumi sendiri.


Sekian....wassalam.

APA SUDAH JADI...........................



Antara gosip hangat yang kini berlegar ialah mengapa ketiga-tiga Menteri Besar PAS tidak hadir pada majlis
sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kelantan di Stadium Shah Alam Jumaat malam.Sebelum ini poster yang dipasang di berbagai tempat memberitahu ketiga-tiga Menteri Besar Kelantan,Kedah dan Perak akan hadir.Juga tidak hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang.Dalam pada itu pihak penganjur juga dikatakan amat kecewa jumah kehadiran orang ramai.Paling banyak mengikut anggaran kasar ialah sekitar 15,000 iaitu jauh dari sasaran asal hendak menghimpunkan seramai 100,000 orang pada malam itu ( SUMBER AGENDA DAILY)


Kenapa berlaku sedemikian adakah pemimpin ketiga-tiga negeri tersebut sanggup menghampakan penyokong yang hadir seramai 15,000 orang. Adakah kerana tidak dapat mengumpulkan seramai 100,000 orang maka pemimpin-pemimpin tersebut tidak mahu hadir ke perhimpunan tersebut. Pikir-pikirkan lah.....

Jun 17, 2008

PAKATAN RAKYAT: DAP MULA TUNJUK BELANG

Salam kepada pembaca..

Selepas 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri DAP mula menunjukkan belangnya sebagai dominan parti dalam Pakatan Rakyat apabila secara terbuka menolak agenda undang-undang Islam yang sedang dirangak di 5 buah negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. (rujuk Malaysia :http://www.malaysiakini.com/news/84553)

Dalam kenyataan tersebut Pemuda DAP dan PKR telah menggesa agar Parti PAS memfokuskan kembali agenda membentuk Pakatan Rakyat serta Pergerakan Pemuda dua parti itu juga menggesa Pemuda PAS agar memikir kembali saranannya untuk menegakkan peraturan Islam seperti pengharaman tempat perjudian, menghadkan premis penjualan arak dan etika pakaian di pejabat. Setiausaha Pemuda DAP Anthony Loke Siew Fook telah membuat kenyataan yang berbunyi seperti berikut : "(DAP) tidak bersetuju dengan mana-mana undang-undang yang dilaksanakan dari sudut agama, terutama pelaksanaan undang-undang Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia," katanya kepada Malaysiakini. "Jangan gagalkan agenda Pakatan Rakyat. "Fokus kepada perkara pokok iaitu, menjaga kebajikan (rakyat) tanpa mengira kaum dan agama, membanteras rasuah dan memastikan pentadbiran (negeri) telus dan bersih dalam kerajaan Pakatan Rakyat," tambahnya, yang juga ahli parlimen Rasah. "Tidak ada satu parti yang boleh mengemukakan dan melaksanakan agenda sendiri tanpa rujukan dan persetujuan kepemimpinan Pakatan Rakyat."


Demikian kenyataan beliau kepada Malaysia Kini. Jelas terbukti bahawa apa saja yang dicakap atau diarahkan oleh DAP maka pak turutnya PKR dan PAS akan sentiasa menanggukkan kepala tanda setuju. Bermula dengan Perancangan kandang babi terbesar di Selangor kepada pemberian tanah Tol kepada Kampung Baru Cina di Perak kemudian pembatalan lesen menjaja yang memberi kelebihan kepada peniaga kaum Cina di Pulau Pinang dan kemudiannya lagi Pengharaman Islam Hadari di Selangor. Semua arahan ini nampak seperti menguntungkan kaum tersebut tetapi yang rugi kaum Melayu seperti kita. Apa peranan PAS dan PKR dalam hal ini selain bersetuju demi menjaga kepentingan politik Pakatan Rakyat tetapi bukan kepentingan Islam dan Melayu. Seperti yang dicakapkan oleh segelintir Melayu " Orang Melayu sibuk berebut menguasai surau dan Masjid tetapi orang Cina mula menambah harta dan meningkatkan ekonomi mereka" adakah ini fakta atau auta(tipu).

Dalam hal ini DAP bijak memesongkan pemikiran rakyat Malaysia untuk menutup agenda mereka. DAP telah bersungguh-sungguh dalam menentang kenaikan harga minyak bersama PKR dan PAS semata-mata untuk menutup agenda mereka untuk membina kandang babi terbesar dan mengutip tanah tol yang sebahagian besarnya di berikan kepada kaum Cina dan Kampung-kampung Baru Cina yang akan ditubuhkandi negeri Perak tetapi apa orang Melayu dapat?. Sandiwara yang telah direka dengan plot-plot yang teratur, menarik bukan. Maka wajarlah DAP patut di gelar Master Plan atau Big Bos dalam Pakatan Rakyat kerana keupayaannya mengawal parti-parti yang bersekutu dengannya. Itulah hakikatnya diharap pembaca dapat menilai sendiri.

sekian...wassalam

Jun 12, 2008

MASA UNTUK BERJIMAT CERMAT

Salam kepada semua pembaca.........

Kita telah dikejutkan dengan kenaikan harga minyak yang tinggi walaupun itu merupakan tindakan drastik kerajaan untuk menaikkan harga minyak yang semakin lama semakin tinggi tetapi hakikatnya semua rakyat di Malaysia merasa keperitan ekoran kenaikan harga minyak.
Pihak kerajaan telah melakukan tindakan lain seperti memotong elaun Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-menteri Kabinet kita patut bersyukur kerana elaun-elaun kakitangan awam yang lain tidak dipotong kerana jika elaun ini dipotong seperti menambah luka yang sedia berdarah kepada kakitangan awam lebih-lebih lagi yang berpendapatan rendah.

Gaya hidup lama yang tidak sihat serta membazir perlu ditinggalkan dan perlu diubah kepada gaya hidup yang baru yang lebih menjimatkan. Sapa kata tidak boleh hendak seribu daya dan tak mahu seribu dalih. Selama ini kita berbangga negara kita merupakan antara negara yang mempunyai harga barang dan yang rendah tapi selepas kenaikan minyak kita semua perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Pada masa seperti ini peniaga-peniaga akan mengambil kesempatan terhadap kita sebagai pengguna.

Aktiviti yang menggunakan minyak petrol perlu dikurangkan hanya pada ketika yang amat penting dan perlu sahaja. Secara tidak langsung dapat mengurangkan beban terhadap penggunaan minyak petrol. Kita perlu mendesak kerajaan untuk menyelaraskan khidmat kenderaan awam yang teratur dan selesa serta menambah lagi bilangan jumlah kenderaan yang sedia ada supaya lebih ramai orang menggunakan kenderaan awam ke tempat kerja. Kita juga perlu memastikan kerajaan mengekalkan tambang yang sedia ada supaya lebih ramai berminat dengan pengangkutan awam.

Jadi itulah sahaja saranan daripada saya dalam langkah untuk berjimat cermat.

Wassalam....



psst: Pada yang tidak mahu menggunakan kenderaan awam boleh laa menggunakan khidmat kuda, lembu, kerbau atau gajah sebagai pengangkutan. tetapi awas disebabkan harga minyak naik pastikan kenderaan anda ini tidak naik minyak.

Jun 6, 2008

Islam Hadari vs Ternakan Babi Termoden

Pengumuman Menteri Besar Selangor mengenai ternakan babi termoden di Asia telah mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli Exco Negeri Selangor tetapi tetapi dimanakah sokongan rakyat negeri itu mengenai projek yang terhebat dan gah itu. Projek yang dikatakan bernilai RM 100 juta itu telah disokong oleh oleh DAP dan PAS. Sayang bukan nilai RM 100 juta itu tidak dapat digunakan oleh semua orang tetapi hanya oleh kaum lain kecuali MELAYU. Dalam konteks ini Exco agama Negeri Selangor Dato' Dr Hassan Ali telah menyatakan sokongan padu kepada projek ini. Hebat bukan seorang Exco Agama sanggup berkata demikian semata-mata untuk meraih sokongan padu dalam politik.
Setelah meluluskan projek ternakan babi di Selangor yang mencipta kontorversi alaf baru Selangor sekali lagi mencipta kejutan dimana Exco Agama Dato' dr. Hassan Ali telah mengharamkan Islam Hadari dengan alasan konsep Islam hadari ini bukan mengikut agama sebenar dan mengelirukan banyak masyarakat. Selangor akan menyekat sebarang aktiviti mengenai program Islam Hadari demikian komen Exco Agama Selangor. Kenyataan Exco tersebut telah dikomen oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang berkata"Istilah Islam hadhari telah mengelirukan banyak pihak, namun isi kandungannya baik. Malangnya, pelaksanaan isi kandungan itu kurang kelihatan, selebihnya hanya jenamanya sahaja yang diuar-uarkan, "Saya mencadangkan kepada pihak yang menolak secara ‘pakej’ (Islam hadhari) supaya menilai dengan objektif, menerima aktiviti yang baik atau dasar-dasar yang baik yang termuat dalam Islam hadhari dan boleh menolak jenama yang mengelirukan itu."
Siapaka beliau untuk berkata sedemikian, adakah beliau seorang yang maksum dan bertaraf ahli ulamak sehingga boleh membuat kenyataan di hadapan orang ramai. Jika beliau seorang yang dikatakan mempunyai ilmu agama yang cukup tinggi sudah tentu beliau boleh menilai yang manakah satu lebih baik ISLAM HADARI ke atau PROJEK TERNAKAN BABI TERMODEN. Seterusnya terserahlah kepada pembaca sekalian dan juga rakyat-rakyat negeri Selangor untuk menilai sejauh mana keihklasan pemimpim mereka sekarang. Jika dulu kandang babi yang kecil pun kita sudah tidak boleh tahan baunya ini kan kandang yang paling besar. Adakah projek yang menggunakan teknologi yang terkini ini dapat menukar air basuhan atau najis babi menjadi air yang halal. Terpulang kepada tuan-tuan dan puan-puan. Sekian


Antara petikan ucapan Dato' Dr. Hassan Ali:

"Kita haramkan Islam hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup," katanya.


Tetapi tidak haramakan ternakan babi... masyaallah