Jun 12, 2008

MASA UNTUK BERJIMAT CERMAT

Salam kepada semua pembaca.........

Kita telah dikejutkan dengan kenaikan harga minyak yang tinggi walaupun itu merupakan tindakan drastik kerajaan untuk menaikkan harga minyak yang semakin lama semakin tinggi tetapi hakikatnya semua rakyat di Malaysia merasa keperitan ekoran kenaikan harga minyak.
Pihak kerajaan telah melakukan tindakan lain seperti memotong elaun Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-menteri Kabinet kita patut bersyukur kerana elaun-elaun kakitangan awam yang lain tidak dipotong kerana jika elaun ini dipotong seperti menambah luka yang sedia berdarah kepada kakitangan awam lebih-lebih lagi yang berpendapatan rendah.

Gaya hidup lama yang tidak sihat serta membazir perlu ditinggalkan dan perlu diubah kepada gaya hidup yang baru yang lebih menjimatkan. Sapa kata tidak boleh hendak seribu daya dan tak mahu seribu dalih. Selama ini kita berbangga negara kita merupakan antara negara yang mempunyai harga barang dan yang rendah tapi selepas kenaikan minyak kita semua perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Pada masa seperti ini peniaga-peniaga akan mengambil kesempatan terhadap kita sebagai pengguna.

Aktiviti yang menggunakan minyak petrol perlu dikurangkan hanya pada ketika yang amat penting dan perlu sahaja. Secara tidak langsung dapat mengurangkan beban terhadap penggunaan minyak petrol. Kita perlu mendesak kerajaan untuk menyelaraskan khidmat kenderaan awam yang teratur dan selesa serta menambah lagi bilangan jumlah kenderaan yang sedia ada supaya lebih ramai orang menggunakan kenderaan awam ke tempat kerja. Kita juga perlu memastikan kerajaan mengekalkan tambang yang sedia ada supaya lebih ramai berminat dengan pengangkutan awam.

Jadi itulah sahaja saranan daripada saya dalam langkah untuk berjimat cermat.

Wassalam....



psst: Pada yang tidak mahu menggunakan kenderaan awam boleh laa menggunakan khidmat kuda, lembu, kerbau atau gajah sebagai pengangkutan. tetapi awas disebabkan harga minyak naik pastikan kenderaan anda ini tidak naik minyak.

No comments: