Jun 22, 2008

100 hari pemerintahan di Perak....

Salam kepada pembaca...

Kita banyak melihat sekarang di dada akhbar dan juga di dalam blog-blog mengenai 100 hari pemerintahan pakatan rakyat di keempat-empat negeri yang di perintaha oleh pakatan rakyat. Tiada yang salah mengenai pemerintahan mereka sama seperti pemerintah BN yang lain. Selangor telah memberikan air percuma kepada rakyatnya tetapi selama mana perkara itu akan berterusan dan juga menghadiahkan kandang babi yang terbesar kepada rakyatnya. Di Pulau Pinang seperti biasa banyak menyebelahi kepada kaum Cina dan di Kedah Menteri Besar mengumumkan akan memotong balak di kawasan tadahna air kerana kerajaan negeri tidak mempunyai sumber kewangan yang banyak.


Beralih pula ke Negeri Perak Darul Ridzuan dimana negeri yang dipimpin oleh YAB Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin yang mana di dalam 100 hari pemerintahan beliau sebagai Menteri Besar apa perkara yang terbesar beliau lakukan kepada penduduk di negeri Perak terutamanya orang Melayu. Saksikanlah wahai penduduk Perak jikalau anda tidak buta tentang perkara ini. Untuk makluman semua dalam masa 100 hari ini sebanyak 60,000 lot tanah telah diberi kepada penduduk Perak dimana hanya 7000 lot tanah diberi kepada penduduk Melayu manakala baki sebahagian besarnya kepada kaum Cina. Adakah ini adil? Adakah konsep seperti ini yang diperjuangkan oleh Kerajaan Pakatan iaitu konsep keadilan. Seterusnya tidak cukup dengan itu banyak kampung-kampung baru Cina telah diwujudkan di atas tanah lot yang diberi, kenapa hendak wujudkan kampung-kampung baru Cina sedangkan kaum Cina boleh membeli rumah-rumah di taman perumahan manakala kampung Melayu diambil tanah untuk di bina perumahan.

Tidak cukup dengan itu cukai tanah Sekolah Jenis Kebangsaan dikurangkan kepada RM 1 sama seperti cukai tanah di Sekolah Agama Rakyat. Seterusnya kuota untuk bumiputera di taman perumahan yang tidak dijual telah dibuka dan dijual kepada bukan Bumiputera atas alasan tidak mendapat sambutan dikalangan bumiputera. Wajarkah? dan yang terbaru Datuk bandar Ipoh kemungkinan akan diberikan kepada bukan Melayu.

Adakah pemerintahan 100 hari ini sebenarnya memberi manfaat kepada orang Melayu walhal kalau dilihat tidak satu pun yang memberi faedah kepada orang melayu. Yang tahu MB sedia ada hanya turun ke kawasan dan memberi ceramah PAS. Jangan kita melihat kedalam blog YB Idham Lim dan percaya 100 peratus apa yang ditulis. Untuk pengetahuan YB idham Lim adalah keturunan orang Cina maka perasaan ingin membela kaum Cina masih menebal dihatinya.

Baru 100 hari tanah kita banyak tergagai kepada bukan orang Melayu macam mana kalo 200 hari, 2 tahun atau 20 tahun jika kerajaan pakatan terus memerintah, rasanya kita Melayu seperti merempat di muka bumi sendiri.


Sekian....wassalam.

No comments: