Jul 10, 2008

MALAYSIA DAN VENEZUELA

Salam.........

Isu minyak tidak habis diperkatakan lagi tidak habis dengan demontrasi aman timbul pula perhimpunan Protes yang mendapat sambutan yang boleh dikatakan sedikit sambutan tetapi diisi dengan pengisian yang boleh dikatakan GAGAL kerana timbul isu-isu yang berbangkit daripada kalangan peserta-peserta yang hadir ke perhimpunan tersebut. Tetapi untuk apa perhimpunan ini? Semata-mata untuk mendesak kerajaan menurunkan harga minyak yang dinaikkan oleh pihak kerajaan ekoran kenaikan harga minyak dipasaran dunia. Krisis kenaikan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga berlaku di seluruh dunia.

Sebagai perbandingan saya ingin mengambil sebuah negara yang terdapat di benua Amerika Selatan iaitu di Venezuela. Negara ini merupakan sebuah pengeluar minyak seperti Malaysia tetapi jumlah pengeluaran adalah amat berbeza. Pada tahun 2004 jumlah pengeluaran Minyak adalah sebanyak 5 juta tong sehari (5 million barrel per day) dan jumlahnya semakin menurun kepada 2.5 juta tong sehari (2.5 million barrel per day). Ini kerana negara tersebut telah menghadkan pengeluaran supaya sumber minyak di negara tersebut tidak akan habis dalam masa yang terdekat. Di negara ini harga minyak adalah sebanyak RM 0.30 sen seliter, harga yang amat murah berbanding Malaysia. Tetapi apa yang hendak dinyatakan disini ialah jumlah inflasi yang terdapat pada negara ini adalah diantara 20%-30% suatu jumlah yang teramat tinggi berbanding Malaysia yang pada tahun 2004 inflasi pada 2% dan meningkat pada tahun 2008 sebanyak 5%. Bayangkan untuk makan disebuah restoran biasa harga makanan adalah sebanyak RM 800 bagi 4 orang. Kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh kadar inflasi yang teramat tinggi sehinggakan membebankan rakyat dinegara itu.

Sebab wujudnya kadar inflasi yang tinggi di negara tersebut adalah disebabkan dasar kerajaan yang ingin mengamalkan konsep popular untuk diterima rakyat. Kerajaan Venezuela telah memperuntukkan suatu jumlah subsidi minyak yang amat besar sehinggakan kadar inflasi dinegara itu tidak dapat dibendung. Apabila kerajaan Venezuela mengamalkan konsep untuk menurunkan harga minyak tetapi tidak menekan kepada barang keperluan harian menyebabkan kadar inflasi dinegara itu meningkat pada kadar yang tinggi. Harga setiap barang harian akan berubah-berubah setiap hari mengikut kepada harga pasaran semasa.

Jadi kesimpulannya yang boleh diperolehi ialah harga minyak yang murah bukan penentu kepada kestabilan ekonomi sesebuah negara. Pengurusan yang bersesuaian dan langkah jimat cermat yang diambil adalah penentu kepaa kestabilan ekonomi. Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang yang berhati-hati dalam menangani kenaikan minyak ini supaya rakyat boleh terus hidup dalam yang aman dan sejahtera.

No comments: