Dec 27, 2008

MANA PERGINYA JANJI PEMILIHAN SECARA ADIL...

Terbaru dan terkini.. Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah membuat satu kenyataan bahawa pelilihan Ketua Kampung JKKK pada akan datang akan dilakukan secara lantikan terus bukan seperti pemilihan yang telah di janjikan kepada rakyat negeri Perak semasa beliau baru memegang jawatan MB.

Antara kenyataan beliau adalah seperti berikut "Saya ingin perbetulkan, tidak ada pemilihan dalam jawatan ketua kampung baru, itu ketetapan yang sudah dibuat. Pelantikan itu pula berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu jika terbukti dia (calon ketua kampung) ada rekod jenayah, kami tidak akan melantiknya," kata Mohammad Nizar.

Kerajaan Negeri Perak nampaknya tidak mampu untuk melaksanakan janji yang telah dilaungkan kepada rakyat negeri Perak. Sebelum ni beliau pernah mengatakan bahawa sistem pemilihan JKKK oleh kerajaan sebelum ni adalah tidak telus dan tidak adil kepada rakyat tetapi akhirnya sistem seperti ini juga menjadi ikutan. Jelas sekarang siapa yang berbohong? adakah kita sebagai rakyat hendak terus menyokong pemimpin yang sentiasa berada dalam pembohongan dan terus mengikut telunjuk bangsa lain? Fikirkan lah sedalam-dalamnya.


No comments: