Berikutan isu KEMAS yang menjadikan dewan orang ramai sebagai tempat pembelajaran anak-anak orang kampung yang dihalau keluar oleh serta diarahkan mengsongkan dewan oleh JKKK, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir MOhamaad Nizar Jamaluddin hari ini mengeluarkan keterangan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan kepada Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) untuk mengunci dan mengosongkan mana-mana dewan orang ramai sebaliknya beliau menegaskan bahawa tindakan tersebut telah dilakukan oleh sesetengah JKKK adalah tindakan yang dilakukan tanpa arahan dari beliau atau pihak negeri.
Tindakan JKKK yang mengeluarkan surat kepada KEMAS adalah tidak betul dan pihak negeri setakat ini membenarkan pihak kemas menggunakan dewan orang ramai untuk tujuan pembelajaran. Ketua Kampung yang mengeluarkan arahan tersebut kononnya akan dipecat.
Isu tersebut dikeluarkan oleh Tan Sri Muhammad Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang memberikan penjelasan berhubung terdapat laporan bahawa 700 tabika KEMAS di negeri Perak akan ditutup berhubung isu penggunaan dewan yang dihalang dan dikunci oleh JKKK. Belum lagi selesai isu tanah yang hendak diberikan kepada penduduk kampung Baru timbul isu terbaru oleh kerajaan Negeri Perak. Isu ini sepatutunya tidak timbul jika kerajaan Negeri Perak sedia ada tidak mencampur adukkan isu politik dalam pentadbiran kerajaanNegeri.
No comments:
Post a Comment