Pada pilihanraya yang lepas antara isi kandungan Manifesto PKR adalah untuk memberi bantuan sebanyak RM50 sebulan kepada setiap murid yang mengikuti pendidikan prasekolah. Kini sesi persekolahan telah dibuka kembali dan kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan bahawa tidak akan memberi bantuan sebanyak RM50 serta Rm75 bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan seperti yang dijanjikan di dalam Manifesto.
Alasan yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu tersebut adalah kerana kerajaan Negeri perlu berjimat cermat dan tertib dalam pengurusan kewangan untuk menghadapi kelembapan ekonomi. Bantuan program utnuk setiap keluarga juga tidak akan dilakukan.
Apakah yang bermain di dalam benak hati serta pemikiran pemimpin-pemimpin PKR ketika mengumumkan manifesto? adakah manifesto tersebut adalah semata-mata dilakukan untuk menarik orang ramai mengundi PKR sedangkan isi kandungan tersebut tidak mampu dilaksanakan. Sekarang sedikit demi sedikit telah terbukti bahawa kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR tidak berupaya melaksanakan perkara yang telah dijanji bermula dengan elaun bulanan yang dijanjikan kepada golongan ibu tunggal dan sekarang elaun untuk golongan pelajar pra sekolah. Janji hanya tinggal janji..
No comments:
Post a Comment