Jan 9, 2009

KETUA PEMBANGKANG SANGGUP DILUDAH......

Ketua Pembangkang di negara ini Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sanggup diludah sekiranya Pakatan Rakyat tidak mampu membuat perubahan jika diberi mandat memerintah negara. Beliau tidak berani bersumpah atau berjanji tetapi sebaliknya berikrar untuk membela nasib rakyat. Bukankah ikrar itu seumpama janji kepada rakyat.

Beliau juga berkata sekiranya beliau tidak berbuat demikian rakyat boleh berjumpa dengan beliau dan meludah padanya. Tetapi itu cakap-cakap politik semasa pilihanraya sahaja. Beliau bercakap begitu diatas pentas sewaktu ceramah anjuran Pakatan Rakyat untuk menyokokong calon PAS di Pilihanraya Kecil Kuala terengganu.

Kita lihat Negeri Perak dengan isu pemberian tanah, kereta kerajaan Negeri dan tempoh 999 tahun hak pemilikan tanah manakala di Negeri Selangor pula penuh dengan isu pembinaan Kandang Babi, kenaikan sewa rumah rakyat dan kegagalan memberi elaun bulanan kepada ibu tunggal serta kepada murid-murid prasekolah. Ini je;as kegagalan Pakatan Rakyat menunaikan janji mereka dalam 10 bulan pertama ini.

Jika kegagalan itu terus berterusan maka rakyat-rakyat sudah boleh memilih bahagian-bahagian di anggota Ketua Pembangkang samada dimuka atau pun di tempat lain untuk diludah. Jika seluruh rakyat terus meludah, maka Dato' Seri Anwar bukan sahaja berendam dengan air mata tetapi akan terpaksa berendam dengan air ludah rakyat Negeri Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.

No comments: