Dec 24, 2008

999 tahun tak boleh tanpa kelulusan MTN kata TPM


Cadangan kerajaan negeri Perak untuk memberi hak milik kekal 999 tahun lot tanah kepada penduduk Kampung Baru di seluruh negeri itu, tidak boleh dilaksana sebelum mendapat kelulusan Majlis Tanah Negara MTN). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberitahu selepas mempengerusikan mesyuarat ke-64 majlis itu berkata, kerajaan negeri Perak tidak boleh mengambil keputusan secara bersendirian. "Dari segi dasar dan Perlembagaan Persekutuan, cadangan itu tidak boleh dibuat secara unilateral sebaliknya mesti melalui MTN," katanya. Kerajaan Perak sebelum ini mencadangkan untuk memberi hak milik kekal 999 tahun kepada lot tanah Kampung Baru dan menganggap tindakan tersebut selaras dengan Akta Kanun Tanah Negara. Cadangan berkenaan menimbulkan bantahan kalangan orang ramai yang menganggap langkah berkenaan hanya untuk kepentingan politik kerajaan negeri. Menurut Najib, cadangan kerajaan negeri itu mesti melalui MTN dan dijadikan keputusan oleh majlis tersebut. Jadi je;as nampaknya rancangan Pakatan Rakyat untuk memenangi hati rakyat melalui pemberian tanah selama 999 tahun mungkin tidak akan berhasil.

No comments: