Tempoh cuti Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan,Elizabeth Wong yang dilanda skandal penyebaran gambar bogelnya secara rasmi tamat hari ini.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini memberitahu beliau akan membuat keputusan mengenai kedudukan Elizabeth Wong yang juga Exco Kerajaan Negeri hari ini 15 Mac.
Namun ia telah berubah.Khalid yang ditemui para wartawan selepas merasmikan satu majlis di Klang Ahad memberitahu keputusan berkenaan hanya akan dibuat selepas pihaknya mendapat hasil siasatan polis keatas kes itu.
ADUN itu kini berada di luar negara.
Sementara itu lelaki ahli Parti Keadilan Rakyat bernama Hilmi,32 tahun yang dicari polis untuk membantu siasatan berhubung kes penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong masih belum muncul.
Difahamkan dia telah melarikan diri ke luar negara sejurus isu penyebaran gambar bogel itu meletup.
Elizabeth Wong pula sebelum ini sudah membuat kenyataan bahawa keputusannya untuk melepaskan jawatan ADUN dan Exco adalah muktamad.
Malah kalangan yang rapat dengan ADUN itu tidak yakin beliau akan berpatah balik dari keputusan berkenaan.
Menurut sumber PKR langkah lewatkan keputuan itu adalah satu strategi politik.
Katanya jika keputusan awal dibuat pasti mereka kena berdepan dengan pilihanraya serentak dengan Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai yang merumitkan lojistik dan segakanya untuk berkempen.
“Tak payah cakaplah…semua orang boleh nampak sebab kenapa keputusan itu lambat,”katanya.
Kes Elizabeth Wong hangat diperkatakan baru-baru ini apalagi ekoran adanya dakwaan pembangkang ia satu lagi kerja jahat Barisan Nasional.
Disebalik dakwaan itu semua orang tahu Elizabeth Wong adalah ahli PKR dan lelaki yang dipercayai ambil gambar itu adalah ahli PKR dan bekas pembantu seorang ahli Parlimen PKR di Selangor.
Selain itu dipercayai kes itu mungkin berpunca dari pertelingkahan peribadi antara mereka berdua.
Pihak PAS pula dikatakan berdepan dengan dilema untuk cakap lebih-lebih mengenai kes itu kerana kemungkinan kes itu turut melibatkan soal bersekedudukan antara seorang wakil rakyat wanita bukan Islam dengan seorang lelaki Islam.
Lojiknya bagaimana lelaki itu boleh berada dalam rumah Elizabeth Wong,seorang wanita bujang, lebih-lebih lagi ketika beliau dikatakan sedang tidur.
Soal moral wakil rakyat itu dengan orang sama parti telah lebih mencuri perhatian kebanyakan pihak berbanding kes gambar bogel yang tersebar.- 15/3/2009