Feb 4, 2009

3 AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK KELUAR PAKATAN




Status teka teki yang menjadi persoalan rakyat negeri perak kini terjawab apabila ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman telah mengumumkan bahawa mereka telah keluar dari parti Pakatan Rakyat dan menyertai bebas.
Dakwa mereka bahawa keputusan tersebut bukan disebabkan tawaran daripada mana-mana Parti tetapi disebabkan mereka telah menjadi mangsa mainan politik PKR itu sendiri. Sumber dimaklumkan bahawa ada orang di dalam parti PKR itu sendiri yang ingin merebut tempat sebagai ADUN jika berlakunya pilihanraya kecil.

Jamaludin dan Mohd Osman juga mendakwa mereka tidak melepaskan jawatan sebagai ADUN sebagaimana yang di dakwa oleh Spekar DUN Negeri Perak. Mereka tidak pernah menghantar surat perletakan jawatan sebagai ADUN mendakwa surat yang ditandatangani sebelum ini merupakan surat ikrar taat setia kepada parti. Sehubungan itu desas desus yang menyatakan bahawa mereka tidak lagi menjadi ADUN adalah tidak benar dan masih lagi akan berkhidmat kepada rakyat yang memilihnya.

Sehubungan kepada perkara itu juga ADUn Jelapang, Hee Yit Foong juga telah menghantar surat perisytiharan keluar dari Parti DAP untuk menjadi ADUN Bebas. Beliau merupakan Timbalan Speaker Negeri Perak. Sumber-sumber mengatakan bahawa belaiua sebelum ini telah hilang dan tidak menghadiri sebarang perjumpaan ADUN-ADUN Pakatan sebelum ini. Pada hari beliau telah menghantar surat kepada Parti DAP untuk mengumumkan keluar dari parti.