May 5, 2009

ADUN PERCAYA BOMOH



Terbaru dan yang panas MB Perak telah membuat laporan polis berhubung dakwaan Drs Idham Lim yang mendakwa bahawa Bangunan Dewan Undangan telah dimasuki bomoh yang bertujuan untuk menjampi kerusi Speaker dan MB Perak dituduh terlibat sama dalam memberi kebenaran untuk memasuki dewan tersebut.
Adun Titi Serong tersebut mendakwa mempunyai bukti dan bukti tersebut adalah datangnya dari orang yang bercerita mendakwa nampak kejadian tersebut. Kalau pergi ke balai polis untuk membuat kenyataan kepada pegawai Polis bahawa beliau mempunyai bukti yang mana ada orang nampak bomoh masuk kedewan dan menjampi kerusi Speaker nescaya Adun tersebut akan digelakkan oleh pegawai tersebut.
Selepas itu juga Adun tersebut meminta mufti mengeluarkan fatwa mengenai menggunakan bomoh. Mufti yagn tidak ada kena mengena dengan kejadian tersebut secara langsung dikaitkan untuk mengeluarkan fatwa mengenai dakwaan beliau. Pembaca-pembaca mesti hairan bahawa seorang Adun yang nampak seperti warak dan berpengetahuan dalam agama wakaupun memeluk Islam dikala beliau sudah dewasa masih mempercayai kepada perkara-perkara yang pelik seperti ini.

1 comment:

Bomoh Siam said...

Haloo kawan di sana.

Lu jangan tak percaya pada bomoh! ada macam macam lagi nama, dukun, tok pawang dan macam macam lagi. Tu semua mana datangnya? dari keturunan dulu dulu lagi dah ada. zaman nabi pun dah ada. ada yang panggil ilmu sihir, ada yang panggil ilmu hitam.

Manusia je yang bagi nama macam-macam. cuma ada dua jenis je baik atau jahat, hitam atau putih. bersih atau kotor, halal atau haram, sihir atau mukjizat, percaya atau tidak.

Lu dulu masa sekolah ada tak mintak jampi-jampi nak lulus periksa? Lu ada sekolah ka tarak?

Abis tu orang buat santau tu apa ke bendanya? Tok imam, ustaz, pak lebai, pak dukun, pawang habis semua dipanggil berubat. Doktor cakap pulak "PENYAKIT PELIK". Haiyaa... itu semua kuasa tuhan.

Wa bukan marah cuma mau kasi ingat sama lu, hati-hati di dunia ini hari banyak orang jahat. Itu ADUN pun mau pakai bomoh? wa talak helan la, olang main football ha, pun ada pakai bomoh ma.

Bomoh temberang pun ada ma.. mau luit sahaja. lu pernak tengok itu celita p.lamli tok bomoh tipu ka?

Haiya.. wa pun buat itu macam hali ini pun wa sudah pakai toyota camly ma... wa tipu olang jugak ma.. jadi bomoh banyak incame. lu talak mau try sama gua ka?

Kasi tahu sama olang-olang busat ha.. wa punya bisnes. wokey.