Mar 17, 2012

Jawapan Tengku Adnan Mansor kepada pembangkang.!!!! pedihhhh



17 Mac 2012: Kuala Lumpur. Setiusaha agung UMNO Tengku Adnan Mansor semasa bertemu dengan golongan penulis berkata UMNO adalah wadah perjuangan yang ditinggalkan oleh pemimpin terdahulu untuk meneruskan perjuangan kepada pemimpin, golongan generasi kini. Pembangkang akan terus menyerang Parti UMNO kerana ketandusan idea dan juga melihat tindakan yang akan diulang berkali kali akan mendapat kepercayaan oleh orang ramai yang akan percaya dakyah-dakyah palsu pembangkang demi meraih undi semasa pilihanraya.
UMNO pula dilihat lebih rasional dalam memberi penerangan berkenaan isu isu semasa dan tidak sama sekali akan menipu rakyat demi untuk memperolehi undi. Tindakan mereka dilihat lebih kepada masyarakat yang tidak sedar diri.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagi etnik dan Melayu sendiri mempunyai kepelbagaian dan UMNO ditubuhkan diatas keresahan orang Melayu terdahulu. UMNO sendiri sehingga hari ini semenjak ditubuhkan mempunyai landasan perjuangan manakala pemimpin pembangkang ditubuhkan diatas dasar kekecewaan kerana tidak mendapat jawatan di dalam UMNO. Perjuangan UMNO telah terbukti dari dulu dalam membantu rakyat serta membawa rakyat bersama untuk menuju ke arah negara maju.

HM: jadi pihak yang menyokong pembangkang tak tentu hala tu beringat ingat laa yer.

No comments: