Siapa Kiram Untuk Bunuh Dan Tuntut Sabah Kepunyaannya?
March 4, 2013 · 0 Comments
Saya tidak mengenali
Jamalul Kiram sebelum ini. Tapi sejak insiden pencerobohan “lanun-lanun”
dari Filipina baru-baru ini, barulah saya tahu siapa Jamalul Kiram
sebenarnya. Baik saya namakannya sebagai “Kiram” saja…
Kiram adalah waris pertama kesultanan
Sulu. Tapi, bukan keluarga Kiram saja memegang status waris pertama. Ia
turut dikongsi bersama keluarga Shakiraullah. Bezanya, Kiram pakai
lambang keris dan Shakiraullah memakai lambang parang Sulu lebar.
Kiram menerima wang berjumlah USD5,000
setahun dari Kerajaan Malaysia sebagai “cession” atau simbolik
“penyerahan” Sabah kepada negara ini sejak zaman British North Borneo
Company. Dari itu, jelaslah Sabah diserahkan kepada pihak kerajaan
Malaysia. Sabah tidak disewa!
Dalam insiden ini, Kiram menghantar
anaknya, Agbimuddin, untuk menyerang dan menakluk kembali Sabah dari
kedaulatan negara kita. Kononnya, dia lebih mementingkan maruah dari
nyawa anak dan pengikut-pengikutnya.
Dari itu, Kiram menjelaskan bahawa anak
dan pengikut-pengikutnya itu akan berjuang hingga mati atau ditangkap
pihak berkuasa Malaysia. Mereka yang hanya seramai 224 orang tidak akan
berganjak dari bumi Sabah?
Persoalannya, tidak malukah Kiram
bersikap begitu? Dia terima duit setiap tahun dari Kerajaan Malaysia,
tapi sekarang dia bermati-matian mahu Sabah dikembalikan padanya. Kenapa
dia terima duit itu berpuluh-puluh tahun dan tak pernah timbulkan soal
ini sebelum dapat duit dulu?
Rendah betul maruah Kiram dan
keturunannya. Dia sanggup serahkan Sabah dan kawasan kekuasaan
kesultanan Sulu pada British dulu kerana wang. Dan kini setelah kenyang
makan duit itu dia buat muka tak malu nak berperang menuntut Sabah
kembali?
Satu lagi persoalan yang penting, mengapa
baru sekarang Kiram cuba mencetus kekacauan di Sabah? Kenapa tidak
sebelum ini? Ada sesiapa yang “cucuk” Kiram, kah? Ada sesiapa yang
datang “mengajar” Kiram, kah?
Sebagaimana maklum, Kiram tak pernah pun
bersuara tentang tuntutannya terhadap Sabah sebelum ini. Tapi siapa pula
yang mendorong Kiram sehingga sanggup datang membunuh di Malaysia?
Kita diberitahu oleh media Filipina,
Manila Post bahawa seorang pegawai tentera Filipina memberitahu media
Reuters tentang seorang pemimpin pembangkang dari Sabah yang sangat
rapat dengan Anwar telah bertemu dengan Kiram.
Katanya, Kiram dan pemimpin pembangkang
itu membincangkan tentang isu-isu tanah di Sabah. Kebetulan pula, Anwar
dilaporkan oleh media di negara itu telah mencadangkan agar Sabah
ditawarkan kuasa autonomi sekiranya Pakatan Haram menang pada PRU ke-13
nanti.
Persoalan timbul di kalangan pemerhati
politik rantau ini apakah segala pertumpahan darah yang berlaku di Sabah
itu adalah gara-gara “umpan” politik Anwar untuk menjadi Perdana
Menteri?
Sekiranya perkara ini berlaku, apakah
rakyat Sabah merelakan negeri mereka diperintah oleh pembunuh tidak
bermaruah yang menjual mereka sewenang-wenangnya pada puluhan tahun
dulu?
Dan apakah rakyat negara ini senang hati
melihat Malaysia kehilangan Sabah sebagai salah sebuah negeri yang
membentuk negara ini? Mahukah bernaung di bawah kekuasaan purba Sulu?
Atau Sabah lebih selesa bersama Malaysia?
Melihat apa yang berlaku di Semporna di
mana seorang penceroboh maut dikerjakan sekumpulan rakyat Sabah, rasanya
sikap patriotik rakyat di negeri di bawah bayu itu sememangnya utuh
demi Malaysia. Mereka tidak rela diperintah pembunuh, bukan?
Lagipun jika dikira dari laporan media,
hanya Anwar Ibrahim dan Kiram saja yang suka jika Sabah dikeluarkan dari
Malaysia. Sekali lagi saya bertanya, siapakah dalang di sebalik
pertumpahan darah yang tidak berdosa di Sabah itu? Jangan gatal nak
tuduh UMNO sudahlah..kan?
sumber : MyKMU.net
No comments:
Post a Comment