Jul 17, 2008

MANA JANJI-JANJI KAMI!!!!!!


Setelah lebih 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat

di Negeri Perak, apa yang kita boleh lihat Kerajaan Negeri perak dibawah pimpinan Dato Seri Diraja Nizar
mengotakan janji-janji manifesto sebelum pilihanraya.
Jika pihak tersebut sudah lupa apa janji manifesto tersebut biar saya meningatkan kembali apa yang dijanjikan kepada rakyat negeri Perak sebelum PRU13.
  1. MEWUJUDKAN TABUNG KEBAJIKAN PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK TUJUAN BANTUAN MALAPETAKA DAN SAKIT KRONIK. tidak nampak pun sebarang pelancaran mengenai tabung tersebut.
  2. MEMBERIKAN HADIAH RM 1,000.00 BAGI SEMUA PELAJAR NEGERI PERAK YANG DAPAT MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT IJAZAH PERTAMA.
    MB dalam Dewan Undangan Negeri berkata kerajaan hanya berhasrat meminjamkan wang tersebut bukan hadiah.
  3. MEMBERIKAN GERAN KEKAL BAGI TARAF BAGI KEDIAMAN KAMPUNG TERSUSUN & KAMPUNG BARU CINA.
    Yang terbaru bagi geran hak milik 999 tahun. Kekal bagi 15 keturunan.
  4. BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL YANG TIDAK MEMPUNYAI PENDAPATAN TETAP tidak dengar lagi bila pengumuman tersebut.


Itu merupakan 4 tawaran janji daripada berbagai-bagai janji manifesto yang dijanjikan sebelum pilihanraya. yang berjaya dilakukan adalah kejayaan memberi tanah selama 999 tahun kepada golongan Cina. adakah itu satu keadilan kepada rakyat negeri Perak. Mana janji kepada pelajar yang berjaya melanjutkan ke IPT. Sebelum ini dijanjikan hadiah RM 1000 kemudiannya ditukarkan kepada pinjaman. Mana satu yang boleh yang dipercaya. Mungkin Pakatan Rakyat sudah lupa kepada manifesto tersebut. Tetapi sebagai rakyat, kami masih tertunggu-tunggu janji selepas pilihanraya. Adakah janji tersebut akan dilaksanakan sekarang atau masa PRU14

Jul 16, 2008

DEBAT RAKYAT !!! SIAPA MENANG




Terima kasih kepada Agenda Daily kerana berjaya mengaturkan suatu pertemuan yang bersejarah diantara Pemimpin no 1 Parti Keadilan Rakyat iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim dengan salah seorang pemimpin UMNO Dato Shabery Cheek yang juga Menteri Penerangan.

Dalam hal ini DSAI mewakili suara rakyat dan Dato Shabery yang sebagai ahli parlimen juga mewakili suara rakyat. Oleh yang demikian dalam hal ini tiada timbul isu siapa yang menang kerana dalam debat ini kedua-duanya mempertahankan cara masing-masing demi untuk kepentingan rakyat. Jadi siapa yang menang??? sudah tentulah rakyat yang menang.

Oleh itu rakyat patut berterima kasih kepada Agenda daily kerana bertungkus lumus memastikan program ini berlaku tanpa ada berlaku perkara yang tidak diingini.

Rakyat di Malaysia menghargai keprihatinan program-program seperti ini....

"MELUKUTNYA PAS DI TEPI GANTANG"

SIAPAKAH GANTANG SIAPAKAH MELUKUTNYA???????


Dewan Muslimat PAS Pusat hari ini menyokong pendirian tegas Presiden Parti, Datuk Seri Hadi Abdul Hadi Awang mengenai peranan penting PAS dalam Pakatan Rakyat terutamanya dalam PRU13 Mac lepas. Setiausaha Dewan itu, Aiman Athirah Al Jundi berkata, kehadiran PAS dalam persada politik tanah air bukan lah seperti " melukut di tepi gantang" kerana ada atau tiadanya jentera PAS memberi kesan kepada kejayaan Parti Keadilan Rakyat(PKR) mahu pun DAP pada pilihanraya umum lepas.

Pendirian PAS itu telah dinyatakan secara terbukan oleh Abdul Hadi dalam wawancara dengan lidah rasmi parti itu Harakah. Malah dalam wawancara berkenaan, Abdul Hadi juga dengan tegas menyatakan bahawa dalam Pakatan Rakyat tiada sesiapa yang menjadi ketua. Aiman Athirah dalam satu kenyataan di sini hari ini menegaskan bahawa PAS sudah terlalu banyak berkorban khususnya dalam pembahagian kerusi semasa PRU yang lepas. Beliau berkata penguasaan PAS terhadap 83 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 73 DAP dan 40 PKR wajar diberi perhatian serius. "Justerus itu tidak bermakna apabila PAS hanya mempunyai
22 kerusi Parkimen berbanding 31 PKR dan DAP 28, maka PAS sewenang-wenangnya diletakkan seolah-olah parti tercorot dalam apa jua keputusan dan kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. " kata beliau. Oleh itu katanya adalah wajar Presiden PAS secara tegas kembali mengingatkan rakan lain dalam gabungan pembangkang agar mereka tidak terlupa kekuatan sebenar PAS. ( sumber BERNAMA)

Apa akan berlaku jika "gantang semakin retak"???????????????????????
Bibit-bibit perpisahan dalam pakatan rakyat jelas kian terserlah ekoran masing-masing tidak mahu mengalah dalam soal mengetuai Pakatan Rakyat.
Jadi kalau PAS sudah merasakan parti tersebut kuat tanpa rakan pembangkang dan rasa diperkuda oleh rakan pembangkang yang lain amat wajar lah masanya PAS bergerak secara solo tanpa terikat dengan kemahuan parti lain atau pun bermuzakarah dengan Parti UMNO untuk memartabatkan hak mutlak orang Melayu dan Islam. Itupun jika PAS masih ingat jalan untuk pulang ke pangkal jalan.

Jul 10, 2008

MALAYSIA DAN VENEZUELA

Salam.........

Isu minyak tidak habis diperkatakan lagi tidak habis dengan demontrasi aman timbul pula perhimpunan Protes yang mendapat sambutan yang boleh dikatakan sedikit sambutan tetapi diisi dengan pengisian yang boleh dikatakan GAGAL kerana timbul isu-isu yang berbangkit daripada kalangan peserta-peserta yang hadir ke perhimpunan tersebut. Tetapi untuk apa perhimpunan ini? Semata-mata untuk mendesak kerajaan menurunkan harga minyak yang dinaikkan oleh pihak kerajaan ekoran kenaikan harga minyak dipasaran dunia. Krisis kenaikan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga berlaku di seluruh dunia.

Sebagai perbandingan saya ingin mengambil sebuah negara yang terdapat di benua Amerika Selatan iaitu di Venezuela. Negara ini merupakan sebuah pengeluar minyak seperti Malaysia tetapi jumlah pengeluaran adalah amat berbeza. Pada tahun 2004 jumlah pengeluaran Minyak adalah sebanyak 5 juta tong sehari (5 million barrel per day) dan jumlahnya semakin menurun kepada 2.5 juta tong sehari (2.5 million barrel per day). Ini kerana negara tersebut telah menghadkan pengeluaran supaya sumber minyak di negara tersebut tidak akan habis dalam masa yang terdekat. Di negara ini harga minyak adalah sebanyak RM 0.30 sen seliter, harga yang amat murah berbanding Malaysia. Tetapi apa yang hendak dinyatakan disini ialah jumlah inflasi yang terdapat pada negara ini adalah diantara 20%-30% suatu jumlah yang teramat tinggi berbanding Malaysia yang pada tahun 2004 inflasi pada 2% dan meningkat pada tahun 2008 sebanyak 5%. Bayangkan untuk makan disebuah restoran biasa harga makanan adalah sebanyak RM 800 bagi 4 orang. Kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh kadar inflasi yang teramat tinggi sehinggakan membebankan rakyat dinegara itu.

Sebab wujudnya kadar inflasi yang tinggi di negara tersebut adalah disebabkan dasar kerajaan yang ingin mengamalkan konsep popular untuk diterima rakyat. Kerajaan Venezuela telah memperuntukkan suatu jumlah subsidi minyak yang amat besar sehinggakan kadar inflasi dinegara itu tidak dapat dibendung. Apabila kerajaan Venezuela mengamalkan konsep untuk menurunkan harga minyak tetapi tidak menekan kepada barang keperluan harian menyebabkan kadar inflasi dinegara itu meningkat pada kadar yang tinggi. Harga setiap barang harian akan berubah-berubah setiap hari mengikut kepada harga pasaran semasa.

Jadi kesimpulannya yang boleh diperolehi ialah harga minyak yang murah bukan penentu kepada kestabilan ekonomi sesebuah negara. Pengurusan yang bersesuaian dan langkah jimat cermat yang diambil adalah penentu kepaa kestabilan ekonomi. Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang yang berhati-hati dalam menangani kenaikan minyak ini supaya rakyat boleh terus hidup dalam yang aman dan sejahtera.

Jul 7, 2008

PROTES: Syabas dan Tahniah

7 Julai 2008: perhimpunan membantah kenaikan minyak atau protes telah diadakan di Stadium Kelana Jaya dan telah menghimpunkan seramai lebih kurang 15,000-20,000 orang. Perhimpunan yang umpama "FUN FAIR" ini telah bermula pada jam 10.15 pagi dan berakhir pada malamnya dimana Penasihat Parti Keadilan DSAI yang juga bakal Perdana Menteri dalam khayalannya sendiri berucap pada kemuncak perhimpunan itu.

Apa yang mengecewakan pada perhimpunan tersebut adalah, perhimpunan itu adalah untuk membantah kenaikan harga minyak di Malaysia tetapi konsep perhimpunan tersebut tidak ubah seperti Fun Fair apabila pengunjung disajikan dengan beberapa buah lagu dari kumpulan PUNK yang tidak terkenal. Tidakah perhimpunan seperti ini suatu pembaziran! orang ramai berkumpul untuk membantah kenaikan minyak supaya rakyat tidak menghadapi kesusahan serta dapat menabung tetapi Parti Keadilan telah memberi contoh pembaziran yang terbaik. Macam mana hendak memimpin kerajaan kalau cara yang hendak ditunjukkan kepada rakyat pun tidak betul.

Penyelaras perhimpunan Protes ini Dr. Hatta Ramli telah
menunjukkan satu sikap yang kurang disenang oleh pengunjung
perhimpuan tersebut apabila menjemput sebuah kumpulan
muzik yang beralakan PUNK untuk membuat persembahan
pada perhimpunan tersebut. Syabas dan tahniah pada beliau.
Ekoran perkara tersebut telah membuatkan pengunjung
mengamuk kerana penyanyi kumpulan tersebut menunjukkan
punggung ke arah mereka. Pengunjung telah membaling botol
kearah penyanyi tersebut ada sesetengahnya menyerbu ke arah
beliau. Keadaan tersebut terpaksa ditenangkan oleh Skuad AMK
yang berkawal dan kumpulan tersebut telah diringi keluar ekoran keadaan yang tidak terkawal.

Disebabkan eksiden itu seramao 700 sukarelawan dari Unit Amal PAS yang turut berkawal telah menarik diri ekoran tidak berpuas hati dengan sikap penyanyi tersebut dan ini disahkan oleh Ketua Amal PAS Wilayah Persekutuan, Sharifuddin Mohd Yatim yang pihaknya telah menarik diri majlis tersebut.

Kepada pihak Parti Keadilan moral yang boleh dipelajari disini ialah mereka masih belum layak untuk mentadbir kerajaan kerana sensitivit rakyat tidak diambil kira dalam menganjurkan majlis manakala kepada PAS pula hati-hatilah memilih kawan kerana dalam hal ini PKR telah menconteng arang kepada Parti PAS yang terkenal dengan semangat keislaman. Oleh kerana terlalu sibuk mengatakan apa yang dilakukan oleh UMNO tidak betul dan pada malam itu telah terbukti PAS juga telah melakukan suatu perkara yang tidak betul iaitu mengalakkan pembaziran dan juga menerima konsep punk yang telah dibawa ke dalam majlis tersebut.

Jul 5, 2008

ANTARA AKUAN BERSUMPAH DAN SUMPAH MENJUNJUNG AL-QURAN

Cerita mengenai kes liwat DSAI semkain menjadi-jadi, selepas satu bab ke bab yang seterusnya tiada satu pihak pun buat masa ini mengaku kalah. Yang terbaru DSAI telah membuat akuan bersumpah yang beliau tidak terlibat didalam kes liwat itu dan telah menghebahkannya kepada media mengenai tindakannya itu. Adakah akuan bersumpah itu boleh dipercaya! Lagi yang terbaru P. Balasubaramaniam penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Baginda telah membuat akuan bersumpah mengenai pembabitan Dato Seri Najib Tun Razak dalam pembunuhan wanita mongolia iaitu Altantuya. Tetapi tidak sampai 24 jam beliau telah menarik balik akuan bersumpah itu dan membuat akuan bersumpah yang baru yang menidakkan pembabitan Dato Seri Najib di dalam pembunuhan tersebut.

Sejauh mana kebenaran tersebut hanya P. Balasubaramaniam sahaja yang mengetahuinya. Sekarang akuan bersumpah seperti dipermain-mainkan oleh sesetengah individu yang bertindak untuk menidakkan kebenaran. Orang ramai sudah tidak akan mempercayai akau bersumpah tersbut jika perkara itu boleh berubah-ubah. Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah meminta DSAI dan Saiful untuk membuat pengakuan bersumpah menjunjung Al-Quran yang mana untuk membuktikannya kebenaran dakwaan liwat. Perkara ini telah disokong oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya masing-masing membuat penagkuan tersebut. Nampaknya dengan jalan seperti ini sahaja perkara ini boleh mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap dakwaan ini.

Jadi selepas ini kita boleh lihat siapa yang akan tergesa-gesa untuk melakukan perkara ini. Seperti yang saya telah jelaskan di dalam artikel sebelum ini, DSAI belum pernah lagi membuat pengakuan bersumpah menjunjung Al-Quran dengan kes sebelum ini. Jadi dengan cara ini sahaja dapat mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadapnya daripada beliau membuat ceramah kesana dan kesini untuk menerangkan perkara yang berlaku. Marilah kira bersama-sama mendesak mereka berdua untuk melakukan perkara ini.

sekian......

Jul 1, 2008

LIWAT...... DIRANCANG ATAU TERANCANG!!!!!!

Kita dikejutkan dengan kes yang melibatkan pemimpin no 1 pembangkang di Malaysia. Kes yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat salah seorang pembantu khasnya iaitu Saiful Bukhari Azlan, 23 tahun. Apakah kebenaran yang terselindung di dalam kes ini. Adakah kes ini sememangnya dirancang oleh sesuatu pihak yang ingin menjatuhkannya? atau sememangnya dirancang oleh beliau sendiri untuk mendapat simpati daripada rakyat?

Beberapa sudut perlu diambil kira untuk kita sebelum membuat sebarang andaian di dalam kes ini, sebagai contohnya jika perkara ini dirancang oleh pihak yang di dakwa oleh DSAI apakah relevannya? Jika betul tekaan beliau adakah ini waktu yang sesuai untuk menjatuhkan beliau? UMNO mungkin tidak akan mengambil sebarang risiko untuk melibatkan diri di dalam kes yang melibatkan beliau pada masa ini kerana di saat-saat gelombang tsunami yang berlaku didalam UMNO menyebabkan Parti tersebut akan mengambil langkah berhati-hati dalam menjaga sensitivi rakyat dan ahlinya.

Jika dilihat dari sudut yang lain pula, adakah perkara ini dirancang oleh beliau sendiri? Gambar diatas menunjukkan Wan Azizah memegang handphonenya yang mengandungi gambar Saiful. Gambar ini ditunjukkan oleh beliau beberapa jam selepas laporan dibuat terhadap DSAI. Begitu cepat beliau mendapat gambar tersebut seperti seolah-olah sudah lama menyimpan dan hanya menunggu masa untuk ditonjolkan. Seperkara lagi Saiful yang yang telah diambil bekerja oleh DSAI sebagai pembantu khasnya tidak diselidiki latar belakangnya. Ajaib bukan bagi seorang pemimpin yang berpengaruh seperti seperti DSAI yang amat mementingkan keselamatan serta rahsia politik tidak menyelidik terlebih dahulu pekerja yang diambil lebih-lebih lagi sebagai salah seorang main power di belakang tadbir.

Selepas laporan dibuat DSAI telah menyembunyikan diri dan mendapatkan bantuan untuk berlindung di Kedutaan Turki atas alasan beliau telah mendapt ancaman bunuh daripada individu yang tidak dikenali. Sungguh amat menghairankan kerana pada 1998, setelah beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Dato Dr Mahathir yang pada ketika itu Perdana Menteri, beliau tidak membuang masa dan dengan segera melancarkan reformasi serat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memberi keadilan kepada dirinya tetapi berbeza pada kali ini, beliau mengambil langkah untuk meyembunyikan diri. Maklumat terbaru yang diterima beliau telah memfailkan saman malu terhadap Saiful Bukhari kerana telah memfitnahnya. Kes ini sedang disiasat oleh Pihak Polis dan mana-mana pihak belum lagi didakwa tetapi DSAI telah memohon untuk memfailkan saman malu terhadap Saiful. Mengapa beliau mengambil langkah yang begitu tergesa-gesa dalam menyaman Saiful sedangkan beliau belum lagi disabitkan dengan sebarang kesalahan.

Rakyat perlu bijak dalam menilai hal sebegini untuk mengelakkan tersalah membuat andaian seperti kes yang berlaku pada 1998. Adakah DSAI pernah membuat pengakuan bersumpah berserta Al-Quran berkenaan kes liwat bersama adik angkatnya pada sebelum ini. Rasanya sehingga hari ini kita masih belum mendengar pengakuan bersumpah beliau yang menyatakan beliau tidak melakukannya. Jadi lebih elok dalam kes yang terbaru beliau membuat pengakuan bersumpah berserta al-Quran dikhalayak ramai untuk membuktikan dirinya tidak bersalah supaya DSAI tidak ragui sebagai seoran peliwat.

Sekian...