Dec 27, 2008

MANA PERGINYA JANJI PEMILIHAN SECARA ADIL...

Terbaru dan terkini.. Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah membuat satu kenyataan bahawa pelilihan Ketua Kampung JKKK pada akan datang akan dilakukan secara lantikan terus bukan seperti pemilihan yang telah di janjikan kepada rakyat negeri Perak semasa beliau baru memegang jawatan MB.

Antara kenyataan beliau adalah seperti berikut "Saya ingin perbetulkan, tidak ada pemilihan dalam jawatan ketua kampung baru, itu ketetapan yang sudah dibuat. Pelantikan itu pula berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu jika terbukti dia (calon ketua kampung) ada rekod jenayah, kami tidak akan melantiknya," kata Mohammad Nizar.

Kerajaan Negeri Perak nampaknya tidak mampu untuk melaksanakan janji yang telah dilaungkan kepada rakyat negeri Perak. Sebelum ni beliau pernah mengatakan bahawa sistem pemilihan JKKK oleh kerajaan sebelum ni adalah tidak telus dan tidak adil kepada rakyat tetapi akhirnya sistem seperti ini juga menjadi ikutan. Jelas sekarang siapa yang berbohong? adakah kita sebagai rakyat hendak terus menyokong pemimpin yang sentiasa berada dalam pembohongan dan terus mengikut telunjuk bangsa lain? Fikirkan lah sedalam-dalamnya.


Dec 24, 2008

999 tahun tak boleh tanpa kelulusan MTN kata TPM


Cadangan kerajaan negeri Perak untuk memberi hak milik kekal 999 tahun lot tanah kepada penduduk Kampung Baru di seluruh negeri itu, tidak boleh dilaksana sebelum mendapat kelulusan Majlis Tanah Negara MTN). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberitahu selepas mempengerusikan mesyuarat ke-64 majlis itu berkata, kerajaan negeri Perak tidak boleh mengambil keputusan secara bersendirian. "Dari segi dasar dan Perlembagaan Persekutuan, cadangan itu tidak boleh dibuat secara unilateral sebaliknya mesti melalui MTN," katanya. Kerajaan Perak sebelum ini mencadangkan untuk memberi hak milik kekal 999 tahun kepada lot tanah Kampung Baru dan menganggap tindakan tersebut selaras dengan Akta Kanun Tanah Negara. Cadangan berkenaan menimbulkan bantahan kalangan orang ramai yang menganggap langkah berkenaan hanya untuk kepentingan politik kerajaan negeri. Menurut Najib, cadangan kerajaan negeri itu mesti melalui MTN dan dijadikan keputusan oleh majlis tersebut. Jadi je;as nampaknya rancangan Pakatan Rakyat untuk memenangi hati rakyat melalui pemberian tanah selama 999 tahun mungkin tidak akan berhasil.

Dec 5, 2008

Wan Farid calon BN



Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan. Pengumuman berkenaan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada satu majlis di Kuala Terengganu, petang Sabtu. - 20/12/2008

Pegawai timb KM P. Pinang letak jawatan!!!!!!

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin sekali lagi menjadi perhatian apabila setengah dozen pegawainya meletakkan jawatan – terakhir Isnin lalu – dengan alasan tidak sehaluan dan tidak boleh bekerjasama dengan wakil rakyat PKR itu.

fairus khairuddin and penangKeenam-enam mereka termasuk setiausaha sulit, setiausaha politik, pegawai akhbar dan pegawai khas memberikan alasan yang sama: "masalah sikap" pemimpin muda itu.

Mohammad Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza.

Seorang bekas pegawainya, yang enggan dikenali, malah meminta beliau meletakkan jawatan segera sebelum melakukan banyak kesilapan dan menjejaskan nama baik pemimpin PKR dan Pakatan di negeri itu. Jelas sekali jika beliau telah melakukan banyak kesilapan dan adalah satu kesilapan besar kepada pengundi-pengundi DUN Penanti memilih beliau.

Jika cara kerja beliau sendiri pun tidak dapat diterima oleh rakan-rakan dalam perjuangan Parti ini kan pula untuk diterima oleh rakyat-rakyat di DUN Penanti. Fikir-fikirkan lah......

P036 SIAPA CALON PAKATAN RAKYAT?



Siapa calon yang kini berlegar dikepala Pemimpin Pakatan Rakyat atau pun ahli-ahlinya berikutan ada dua nama yang kini telah disebut-sebut untuk menjadi calon Pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu untuk mewakili parti PAS. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menjelaskan bahawa Mohamad Sabu atau Mat Sabu adalah calon yang lebih layak walaupun telah kalah pada PRU yang lepas adalah sebagai pelengkap yang terbaik kepada rakyat. Selain Mat Sabu nama Mustaffa Ali juga telah disebut-sebut sebagai yang paling layak untuk menjadi calon bagi PR kecil Kuala Terengganu. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu merupakan anak kelahiran Terengganu dan juga amat memahami selok belok kawasan di Terengganu.

Mat Sabu yang terkenal dengan percakapan merapunya manakala Mustaffa Ali pula merupakan seorang yang understanding dan bersikap low profile. Tetapi terpulang pula kepada pimpinan Majlis Syura sama ada mahu mendengar cakap Mursyidul Am ataupun Presiden PAS.