Jul 1, 2008

LIWAT...... DIRANCANG ATAU TERANCANG!!!!!!

Kita dikejutkan dengan kes yang melibatkan pemimpin no 1 pembangkang di Malaysia. Kes yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat salah seorang pembantu khasnya iaitu Saiful Bukhari Azlan, 23 tahun. Apakah kebenaran yang terselindung di dalam kes ini. Adakah kes ini sememangnya dirancang oleh sesuatu pihak yang ingin menjatuhkannya? atau sememangnya dirancang oleh beliau sendiri untuk mendapat simpati daripada rakyat?

Beberapa sudut perlu diambil kira untuk kita sebelum membuat sebarang andaian di dalam kes ini, sebagai contohnya jika perkara ini dirancang oleh pihak yang di dakwa oleh DSAI apakah relevannya? Jika betul tekaan beliau adakah ini waktu yang sesuai untuk menjatuhkan beliau? UMNO mungkin tidak akan mengambil sebarang risiko untuk melibatkan diri di dalam kes yang melibatkan beliau pada masa ini kerana di saat-saat gelombang tsunami yang berlaku didalam UMNO menyebabkan Parti tersebut akan mengambil langkah berhati-hati dalam menjaga sensitivi rakyat dan ahlinya.

Jika dilihat dari sudut yang lain pula, adakah perkara ini dirancang oleh beliau sendiri? Gambar diatas menunjukkan Wan Azizah memegang handphonenya yang mengandungi gambar Saiful. Gambar ini ditunjukkan oleh beliau beberapa jam selepas laporan dibuat terhadap DSAI. Begitu cepat beliau mendapat gambar tersebut seperti seolah-olah sudah lama menyimpan dan hanya menunggu masa untuk ditonjolkan. Seperkara lagi Saiful yang yang telah diambil bekerja oleh DSAI sebagai pembantu khasnya tidak diselidiki latar belakangnya. Ajaib bukan bagi seorang pemimpin yang berpengaruh seperti seperti DSAI yang amat mementingkan keselamatan serta rahsia politik tidak menyelidik terlebih dahulu pekerja yang diambil lebih-lebih lagi sebagai salah seorang main power di belakang tadbir.

Selepas laporan dibuat DSAI telah menyembunyikan diri dan mendapatkan bantuan untuk berlindung di Kedutaan Turki atas alasan beliau telah mendapt ancaman bunuh daripada individu yang tidak dikenali. Sungguh amat menghairankan kerana pada 1998, setelah beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Dato Dr Mahathir yang pada ketika itu Perdana Menteri, beliau tidak membuang masa dan dengan segera melancarkan reformasi serat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memberi keadilan kepada dirinya tetapi berbeza pada kali ini, beliau mengambil langkah untuk meyembunyikan diri. Maklumat terbaru yang diterima beliau telah memfailkan saman malu terhadap Saiful Bukhari kerana telah memfitnahnya. Kes ini sedang disiasat oleh Pihak Polis dan mana-mana pihak belum lagi didakwa tetapi DSAI telah memohon untuk memfailkan saman malu terhadap Saiful. Mengapa beliau mengambil langkah yang begitu tergesa-gesa dalam menyaman Saiful sedangkan beliau belum lagi disabitkan dengan sebarang kesalahan.

Rakyat perlu bijak dalam menilai hal sebegini untuk mengelakkan tersalah membuat andaian seperti kes yang berlaku pada 1998. Adakah DSAI pernah membuat pengakuan bersumpah berserta Al-Quran berkenaan kes liwat bersama adik angkatnya pada sebelum ini. Rasanya sehingga hari ini kita masih belum mendengar pengakuan bersumpah beliau yang menyatakan beliau tidak melakukannya. Jadi lebih elok dalam kes yang terbaru beliau membuat pengakuan bersumpah berserta al-Quran dikhalayak ramai untuk membuktikan dirinya tidak bersalah supaya DSAI tidak ragui sebagai seoran peliwat.

Sekian...


2 comments:

faizalzainol said...

kedua-duanya mungkin ya.

Unknown said...

KES LIWAT!! RENUNG-RENUNGKANLAH!!!

1. Kalau dah terima ugutan bunuh 2-3 minggu lalu, kenapa tidak buat lapuran polis? Mana dia sms ugutan tersebut? Sejak 50 tahun lalu, sudah berapa ramai ahli pembangkang mati dibunuh kerana menentang kerajaan? Ada data2nya?

2. Kalau cuai menapis orang2 tertentu menjadi pembantu khas, bagaimana rakyat boleh yakin Kerajaan DSAI tidak akan dipenetrate oleh anasir2 jahat? Alasan kerana sibuk tak dapat check background tak mungkin dapat diterima rakyat? Bagaimana nanti kalau ejen CIA menceroboh jadi bodyguard atau penasihat keselamatan DSAI?

3. Budak 23 tahun pun boleh kelentong bapa 60 tahun? Atau bapa yang kelentong kot. Kalau tidak masakan bapa cabut lari ke ‘Turki’. Sepatutnya yang lari ialah budak tu sebab dia berani gila utk fitnah pemimpin besar yang powerful. Fikir2kanlah.

4. Kalau pun tak percaya kat polis, hulubalang Melayu takkan takut peluru kapur dan lari ke negeri orang. Pemimpin yang berani kerana benar tak mungkin bertindak sedemikian. BN pun bodoh sangat tu, kalau nak bunuh orang, buat le awal2 dan jangan le bagi tau kat orang tu yang kamu nak bunuh dia. Fikir-fikirkanlah.

5. DSAI, kalau kemarin tak percaya kat polis, kat Najib, kat sapa pun, teruslah jangan percaya. Takkan lah dalam sehari boleh ubah fikiran jadi percaya pulak. Buat apa tuntut jaminan keselamatan daripada orang2 yang DSAI sendiri tak percaya. PIKIARK2 kanlah. Bila berdiri kat SUV tu, tak ingat pulak kisah Benazir Bhutto kena bom, tak takut pulak tu.

6. Eeh Ehh, kalau DSAI jadi PM nanti dan tiba2 Malaysia kena serang oleh Israel, bolehle DSAI bersembunyi kat ‘Turki’ lagi, kami rakyat nak sembunyi kat mana? Sebab DSAI kata jangan percaya kat polis.

7. DSAI kata Duta Turki jemput DSAI utk beri perlindungan. Tapi Duta Turki pulak kata DSAI yang minta untuk sembunyi kat Kedutaan Turki. Yang mana satu yang betul ni?

8. Nak ingatkan DSAI lagi, berilah data2 berapa ramai dah pemimpin2 pembangkang yang dah mati dibunuh oleh BN sehingga kini. Waktu DSAI jadi TPM dulu mesti dah ada data2 tu kot.

9. Berani kerana benar, takut kerana salah. Yang DSAI dok lari tu buat apa. Nak patah balik dah tak leh da.

10. Boleh Dato forward kat saya sms ugutan bunuh tu. Dengan tarikh dan waktunya sekali. Adakah ‘pembunuh upahan’ (PU) bagitahu DSAI bahawa tarikh ‘pembunuhan’ itu ialah pada 29 Jun? Sebab tu DSAI tak sembunyi sebelum tarikh tu sebab belum cukup notis bertulis dari PU yang bijak dan licik tu.

11. Minggu depan PU tu mungkin akan declare dan perkenalkan diri dia. Kerana dia ingat dia hero.