Aug 2, 2011

ANWAR HANYALAH ‘DECOY’… JANGAN BUANG MASA!

Tidak dapat dinafikan, Anwar adalah figur yang paling menarik untuk ditampilkan serta dijadikan sasaran. Anwar bukan sahaja mempunyai aura selaku seorang pemimpin, tetapi lebih hebat lagi sebagai pembohong, pendusta dan penipu yang dipenuhi dengan pelbagai tipu daya untuk menarik perhatian serta menagih simpati. Apatah lagi dengan skandal-skandal seks yang menggemparkan, selain video lucah yang memaparkan wajah serta batang tubuh ‘seseorang yang sangat menyerupainya’.

Namun walaupun Anwar dilihat sebagai perekat atau penyambung silaturrahim antara PAS dan DAP, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebenarnya sudah sampai ke penghujung kerjayanya di dalam bidang politik. Usaha-usaha yang dilakukan oleh Anwar untuk terus mendaki kembali tangga-tangga kemasyhuran termasuklah dengan menggunakan pelbagai kaedah Zionis, masih gagal.

Anwar gagal ketika bercakap besar bahawa dia adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6. Anwar mengecewakan para ‘pelaburnya’ apabila gagal menguasai DUN Sarawak meskipun begitu yakin parti yang dia menjadi Ketua Umum akan menguasai sekurang-kurangnya 40 kerusi daripada 49 yang ditandingi. Jangankan separuh, 10% daripada jumlah yang ditandingi pun, PKR gagal!

Sebenarnya terlalu banyak tumpuan diberikan kepada orang yang pandai bercakap tetapi tidak pernah terbukti pandai bekerja seperti Anwar Ibrahim. Terlalu banyak promosi diberikan kepada orang yang pandai mengambil kesempatan dan memanipulasi hasil kerja orang sebagai kerjanya seperti pencapaian ekonomi pada pertengahan 1990-an, walhal dia adalah seorang yang buta prinsip-prinsip asas ekonomi!

Terlalu banyak serangan terhadap Anwar Ibrahim, telah menyebabkan para pencacainya sangat berbangga kerana bagi mereka lebih banyak serangan terhadap Anwar Ibrahim bermakna, kewujudan Anwar Ibrahim sangat ditakuti. Atau dalam kesimpulan yang lebih mudah, sebarang reaksi berlebihan yang diberikan kepada acahan Anwar Ibrahim bermakna, apa-apa sahaja tohmahan Anwar Ibrahim adalah benar dan tulen.

Anwar sebenarnya hanyalah ‘decoy’ atau umpan!

Manusia seperti Anwar, tidak akan kisah dengan ‘kecederaan’ akibat serangan demi serangan sebab dia sudah pun cedera dari awal lagi. Ibarat Iblis yang cedera parah tetapi tidak akan mati kerana nyawanya telah dipanjangkan sehingga hari tiupan sangkakala oleh Israfil a.s, Anwar akan memanipulasikan kecederaannya itu dengan seberapa baik yang mungkin, asalkan kelebihan berpihak kepadanya.

Ada pihak lain yang sebenarnya sangat mengharapkan agar seluruh perhatian tertumpu kepada Anwar Ibrahim. Pihak tersebut akan mengaut keuntungan yang bukan kecil sekiranya dapat mengalihkan seluruh tumpuan serangan kepada Anwar Ibrahim, berbanding mereka sendiri yang menerima bahananya.

Pihak tersebut adalah DAP!

Itulah sebabnya, dalam apa juga keadaan, DAP kurang membela Anwar. Kalau DAP bela Anwar sekalipun, pembelaan yang dilakukan adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi polemik antara Anwar dan penyokong-penyokongnya dengan penentang-penentangnya. Apabila semua pihak sibuk menghentam sesama sendiri, mudahlah DAP untuk mengoperasikan rancangan mereka.

DAP perlu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai umpan. Anwar ada banyak daya tarikan sebagai umpan. Kisah kejahatan kemaluannya pun sudah cukup untuk mencabar sesiapa sahaja untuk mengenepikan Anwar daripada senarai pemimpin negara ini. DAP sangat sedar dengan taboo tersebut. Walaupun di kalangan pemimpin DAP sendiri, apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, bukanlah asing dalam kehidupan mereka, tetapi membenarkan Anwar Ibrahim diserang kerana tingkahlaku dan moral yang teruk adalah satu keuntungan besar buat DAP.

Perhatikan bagaimana tindakan yang dilakukan oleh Guan Eng ketika semua orang terutama orang Melayu memberikan tumpuan kepada kes Anwar Ibrahim. Perhatikan juga apa yang telah dihilangkan oleh Guan Eng setiap kali isu Anwar Ibrahim heboh diperkatakan.

Itu yang dikehendaki oleh DAP. Tindakan DAP adalah melaga-lagakan Melayu, terutama Melayu dari UMNO dengan Melayu dari Pakatan Rakyat dengan Melayu seperti Anwar Ibrahim sendiri sebagai umpan yang sangat menggiurkan!!!

Dan pada ketika yang sama, DAP mengerjakan TANAH di Pulau Pinang selain meruntuhkan perniagaan Melayu di negeri tersebut tanpa sebarang bangkangan dan tentangan, selain penjarahan di Selangor terutama yang membabitkan Alam Flora Sdn. Bhd!!!

No comments: