Aug 23, 2011

LIVE DARI MAHKAMAH: Pakar forensik Anwar dakwa laporan HKL Tak betul



Seorang pakar forensik mencabar keputusan dan penemuan pemeriksaan perubatan kendalian Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan menegaskan laporan perubatan tidak betul.

Saksi kedua pasukan pembela Dr David Wells yang diupah khas oleh Anwar dari Australia memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa laporan disediakan oleh doktor HKL Dr Mohd Razali Ibrahim, Dr Siew Sheue Feng dan Dr Khairul Nizam Hassan tidak betul.

Ketiga-tiga mereka merupakan doktor di HKL yang memeriksa Saiful pada 28 Jun 2008 selepas mendakwa diliwat oleh seorang ahli pemimpin politik berprofil tinggi.

“Saya tidak yakin dengan laporan mereka,” kata Dr Wells.

Dr Wells juga tidak bersetuju dengan rumusan laporan mengatakan tiada penemuan “konklusif” mengenai persoalan sama ada terdapat sebarang penembusan di bahagian dubur atau rektum Saiful.

Beliau juga menimbulkan persoalan mengenai percanggahan antara laporan proforma dan laporan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful.

No comments: