Jun 6, 2008

Islam Hadari vs Ternakan Babi Termoden

Pengumuman Menteri Besar Selangor mengenai ternakan babi termoden di Asia telah mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli Exco Negeri Selangor tetapi tetapi dimanakah sokongan rakyat negeri itu mengenai projek yang terhebat dan gah itu. Projek yang dikatakan bernilai RM 100 juta itu telah disokong oleh oleh DAP dan PAS. Sayang bukan nilai RM 100 juta itu tidak dapat digunakan oleh semua orang tetapi hanya oleh kaum lain kecuali MELAYU. Dalam konteks ini Exco agama Negeri Selangor Dato' Dr Hassan Ali telah menyatakan sokongan padu kepada projek ini. Hebat bukan seorang Exco Agama sanggup berkata demikian semata-mata untuk meraih sokongan padu dalam politik.
Setelah meluluskan projek ternakan babi di Selangor yang mencipta kontorversi alaf baru Selangor sekali lagi mencipta kejutan dimana Exco Agama Dato' dr. Hassan Ali telah mengharamkan Islam Hadari dengan alasan konsep Islam hadari ini bukan mengikut agama sebenar dan mengelirukan banyak masyarakat. Selangor akan menyekat sebarang aktiviti mengenai program Islam Hadari demikian komen Exco Agama Selangor. Kenyataan Exco tersebut telah dikomen oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang berkata"Istilah Islam hadhari telah mengelirukan banyak pihak, namun isi kandungannya baik. Malangnya, pelaksanaan isi kandungan itu kurang kelihatan, selebihnya hanya jenamanya sahaja yang diuar-uarkan, "Saya mencadangkan kepada pihak yang menolak secara ‘pakej’ (Islam hadhari) supaya menilai dengan objektif, menerima aktiviti yang baik atau dasar-dasar yang baik yang termuat dalam Islam hadhari dan boleh menolak jenama yang mengelirukan itu."
Siapaka beliau untuk berkata sedemikian, adakah beliau seorang yang maksum dan bertaraf ahli ulamak sehingga boleh membuat kenyataan di hadapan orang ramai. Jika beliau seorang yang dikatakan mempunyai ilmu agama yang cukup tinggi sudah tentu beliau boleh menilai yang manakah satu lebih baik ISLAM HADARI ke atau PROJEK TERNAKAN BABI TERMODEN. Seterusnya terserahlah kepada pembaca sekalian dan juga rakyat-rakyat negeri Selangor untuk menilai sejauh mana keihklasan pemimpim mereka sekarang. Jika dulu kandang babi yang kecil pun kita sudah tidak boleh tahan baunya ini kan kandang yang paling besar. Adakah projek yang menggunakan teknologi yang terkini ini dapat menukar air basuhan atau najis babi menjadi air yang halal. Terpulang kepada tuan-tuan dan puan-puan. Sekian


Antara petikan ucapan Dato' Dr. Hassan Ali:

"Kita haramkan Islam hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup," katanya.


Tetapi tidak haramakan ternakan babi... masyaallah

7 comments:

Unknown said...

Kita semua rakyat Malaysia perlu menyokong penuh Projek Khinzir Raksaksa (PKR) ini supaya negara kita boleh menjadi contoh kepada dunia terutamanya negara-negara Islam. Babi adalah ciptaan Allah yang tidak salah untuk dimuliakan. Lagipun Nik Aziz pun menyokong projek ni. Kalau dah ulamak pun sokong kenapa kita tak boleh sokong.

Anonymous said...

waalaikumussalam sedari..sedari dh tau tak yang bapak2 bn yang lulus kan projek ni sebelum pru lepas??lagi pon duit 100 juta tu bukan kerajaan negeri yang bagi...tapi pengusaha nye yang labur...nak tau tak sedari bahawa sebelum ni dah ada ternakan babi kat selangor...jadi sungai2 bertukar warne dia...pastu kerajaan pkr la yang nak kumpul babi2 sume kat selangor kat satu tempat...kenape dia cakap penternakan moden??sebabnye dia guna najis babi untuk jana kuasa letrik kat kandang tu...jadi xbuang ke laut la sisa dia tu...bukan macam kat melaka tu...dah la bau busuk, sungai pon kotor...tapi xde pulak bunyi kat media tv, paper, radio..huhu...jadi dah paham x??nik aziz dah tau la cite2 ni sume....yang islam hadhari tu...dia haramkan kenapa??tengok la kat negara islam ada disko...pulak tu orang islam sendiri yang pegi...bukankah tu tempat maksiat....tapi takde pulak bising2 kat media....malas nak cite benda lain pulak..sedari sendiri pon dah boleh pikir...

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Projek ni ialah projek zaman khir toyo lagi , cuma meneruskan perjanjian termenterai.

Baru 100 hari memerintah,macammana nak bandingkan dengan 50 tahun umno.

Unknown said...

Ada juga logger berfikiran kolot seperti kamu..... Senang sangat terpengaruh dengan media arus perdana yang sering memutar belitkan cerita...
Dah berpuluh tahun umno ternak babi di melaka....

Hebatnyer Melayu said...

salam kepada semua..
terima kasih kpd bloggers yg memberi pendapat. itu pendapat anda semua tetapi cuba kita tgk dari konteks melayu. walaupun UMNO telah dikatakan telah membela babi tetapi pada hakikatnya UMNO berusaha mengurangkan jumlahnya. cuba lihat dari ISlam dan Melayu jangan lihat dari sudut parti. kepada Fauzi bkn kolot tetapi kepentingan atas dasar Melayu dan Islam.
kepada nginap srengenge walaupun 100 sehari memerintah kerajaan pakatan rakyat sekarang kena laa tegas untuk orang melayu jangan laaa menambah lagi bilangan babi yang ada. apa orang melayu akan kata. tepulang kepada anda semua untuk menilai.

sekian

Unknown said...

Dato’ Nik Azizi and the Pakatan Rakyat Government should read in the Berita Harian today in the "Berita Dunia" where the people in Britain are complaining on the smell emanating from the pig farms in Germany reaching as far as Britain and the British Police gets as much as 1,000 complaints a day on the harrowing smell from the pig farms in Germany. Buckingham Palace is also suffering from the smell.
BACA DIATAS!! JGN JD BODOH!! CANGGIH APANYA! YG CANGGIH DIDUNIA PUN DPT KOMPLEN! BACA BYK2 LUAS PANDANGAN. JGN DIBODOHKAN OLEH MB SELANGOR TU.

Unknown said...

Salam nginap..
Apa yg susah..jk projek tu umno yg punya dulu..sekrg PKR memerintah..batal aje la projek tu. Ada kuasa kan..guna la..Kot nak tmbh babi supaya dpt byk duit masuk dlm poket PR kot..he..he
org mkn taik...kita nak ikut ke..aku tak nak..