Jun 17, 2008

PAKATAN RAKYAT: DAP MULA TUNJUK BELANG

Salam kepada pembaca..

Selepas 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri DAP mula menunjukkan belangnya sebagai dominan parti dalam Pakatan Rakyat apabila secara terbuka menolak agenda undang-undang Islam yang sedang dirangak di 5 buah negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. (rujuk Malaysia :http://www.malaysiakini.com/news/84553)

Dalam kenyataan tersebut Pemuda DAP dan PKR telah menggesa agar Parti PAS memfokuskan kembali agenda membentuk Pakatan Rakyat serta Pergerakan Pemuda dua parti itu juga menggesa Pemuda PAS agar memikir kembali saranannya untuk menegakkan peraturan Islam seperti pengharaman tempat perjudian, menghadkan premis penjualan arak dan etika pakaian di pejabat. Setiausaha Pemuda DAP Anthony Loke Siew Fook telah membuat kenyataan yang berbunyi seperti berikut : "(DAP) tidak bersetuju dengan mana-mana undang-undang yang dilaksanakan dari sudut agama, terutama pelaksanaan undang-undang Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia," katanya kepada Malaysiakini. "Jangan gagalkan agenda Pakatan Rakyat. "Fokus kepada perkara pokok iaitu, menjaga kebajikan (rakyat) tanpa mengira kaum dan agama, membanteras rasuah dan memastikan pentadbiran (negeri) telus dan bersih dalam kerajaan Pakatan Rakyat," tambahnya, yang juga ahli parlimen Rasah. "Tidak ada satu parti yang boleh mengemukakan dan melaksanakan agenda sendiri tanpa rujukan dan persetujuan kepemimpinan Pakatan Rakyat."


Demikian kenyataan beliau kepada Malaysia Kini. Jelas terbukti bahawa apa saja yang dicakap atau diarahkan oleh DAP maka pak turutnya PKR dan PAS akan sentiasa menanggukkan kepala tanda setuju. Bermula dengan Perancangan kandang babi terbesar di Selangor kepada pemberian tanah Tol kepada Kampung Baru Cina di Perak kemudian pembatalan lesen menjaja yang memberi kelebihan kepada peniaga kaum Cina di Pulau Pinang dan kemudiannya lagi Pengharaman Islam Hadari di Selangor. Semua arahan ini nampak seperti menguntungkan kaum tersebut tetapi yang rugi kaum Melayu seperti kita. Apa peranan PAS dan PKR dalam hal ini selain bersetuju demi menjaga kepentingan politik Pakatan Rakyat tetapi bukan kepentingan Islam dan Melayu. Seperti yang dicakapkan oleh segelintir Melayu " Orang Melayu sibuk berebut menguasai surau dan Masjid tetapi orang Cina mula menambah harta dan meningkatkan ekonomi mereka" adakah ini fakta atau auta(tipu).

Dalam hal ini DAP bijak memesongkan pemikiran rakyat Malaysia untuk menutup agenda mereka. DAP telah bersungguh-sungguh dalam menentang kenaikan harga minyak bersama PKR dan PAS semata-mata untuk menutup agenda mereka untuk membina kandang babi terbesar dan mengutip tanah tol yang sebahagian besarnya di berikan kepada kaum Cina dan Kampung-kampung Baru Cina yang akan ditubuhkandi negeri Perak tetapi apa orang Melayu dapat?. Sandiwara yang telah direka dengan plot-plot yang teratur, menarik bukan. Maka wajarlah DAP patut di gelar Master Plan atau Big Bos dalam Pakatan Rakyat kerana keupayaannya mengawal parti-parti yang bersekutu dengannya. Itulah hakikatnya diharap pembaca dapat menilai sendiri.

sekian...wassalam

1 comment:

WARIS PAHANG said...

November 2008
Ceramah MB Perak: Sambutan Hambar, Apakah Tiada Kesefahaman Pakatan Rakyat Di Pahang !!
KUANTAN: Kehadiran orang ramai yang agak hambar dalam ceramah umum YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin malam Sabtu lalu (15 November 2008) amat menghairankan ramai pihak. Ia berbeza sekali dengan kehadiran beberapa orang pemimpin utama Pakatan Rakyat yang lain sebelum ini. Ramai yang melihat bagai ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang berlaku. Malah, dalam ceramah umum yang turut disertai oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan ADUN Triang Leong Ngah Ngah di Markas PAS Kg.Razali itu juga, tidak sampai pun 1000 orang yang telah hadir. Ini amat memeranjatkan, tambahan pula tetamu yang berkunjung itu adalah Menteri Besar dari salah sebuah negeri Pakatan Rakyat itu sendiri. Mengapakah ini terjadi? Apakah tiada promosi atau kurangnya maklumat kepada rakyat tentang hal ini?.



Nampak jelas, kehadiran orang ramai ke ceramah malam itu agak hambar

Kami sempat meninjau ke lokasi ceramah malam itu. Sekitar jam 9.00 malam suasana lengang masih terasa. Tiada pun kelibat rakyat yang memenuhi tapak, hanya yang dilihat beberapa orang petugas sedang menyiapkan kelengkapan terakhir untuk ceramah itu. Ini jarang berlaku, biasanya setiap kali ada ceramah umum orang ramai pasti akan mula hadir waktu itu. Suasana masih tidak meriah, tatkala jam menunjukkan hampir 9.30 malam. Seolah-olah kehadiran MB Perak itu langsung tidak dihargai atau pun diendahkan oleh rakyat. Hanya yang kedengaran ialah irama lagu nasyid yang dimainkan di corong speaker sebagai pengubat halwa telinga hadirin yang mulai hadir. Khemah disediakan dihadapan pentas, mungkin bagi persediaan kiranya berlaku cuaca yang tidak diingini termasuk hujan.



YB Fuziah Salleh dan YB Leong Ngah Ngah turut berucap

Tanah dan rumput disekitar tapak juga basah dek kerana hujan yang turun sebelum itu. Turut kelihatan para penggerai yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka berhampiran tapak ceramah. Apa yang dilihat, suasana itu lebih meriah daripada di tapak ceramah sebenar. Terdapat juga layar yang dipasang berhampiran gerai jualan oleh pihak urusetia. Ia mungkin memberi peluang hadirin melihat wajah-wajah pemimpin dari dekat jika kehadiran diluar jangkaan. Ini pernah berlaku dalam ceramah Anwar Ibrahim di lokasi yang sama sebelum itu. Lebih dari 15 ribu orang yang hadir dan memenuhi tapak, hingga tiada langsung ruang-ruang kosong ketika mantan TPM itu hadir dulu. Kehadiran diluar dugaan itu telah menyebabkan sistem bunyi dan skrin yang dipasang tidak dapat berfungsi dengan baik. Ia telah mengecewakan ramai pihak ketika itu. Namun, kali ini nampaknya urusetia nampak lebih bersedia bagi menyambut kehadiran ramai, kerana inilah kali pertama MB Perak itu berkunjung ke Pahang.



Selain Fuziah, hanya Saudara Ram dan Megat mewakili PKR yang hadir
Namun, kemeriahan yang disangkakan tidak berlaku. Penonton begitu hambar dan amat mengecewakan. Apakah sebenarnya yang terjadi? mahu dikatakan mereka tidak tahu, tidak mungkin kerana promosi telah dibuat melalui poster yang ditampal di sana sini. Mahu dikatakan penceramah tidak hebat, tidak mungkin kerana yang hadir ialah MB Perak yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Pahang. Tambahan pula beliau dikatakan boleh menguasai berbagai bahasa dan amat low profail. Ramai yang ingin melihat MB Nizar berpidato sebenarnya. Namun, sambutan yang hambar seolah-olah menggambarkan tiada persefahaman lagi dalam pakatan rakyat dalam membuat persiapan menyambut kehadiran pemimpin hebat seperti itu. Maka kami cuba melakukan post-morten untuk mencari alasan mengapakah ini terjadi. Antara faktor yang telah dikenal pasti ialah tiadanya kesefahaman di kalangan Pakatan Rakyat di Pahang ini sendiri.

Ia terbukti, kerana sejak mutakhir ini banyak majlis dan program yang dianjurkan lebih menjurus kepada urusan parti masing-masing. Jika PAS adakan acara besar, maka itu adalah urusan parti tersebut. Jika PKR pula, maka itu adalah urusan parti terbabit. Manakala DAP pula, lebih kepada sekadar menumpang program-program yang dijalankan oleh PAS dan PKR. Tiada kesepakatan bermakna, tiada jawatankuasa khas yang ditubuhkan di peringkat negeri bagi merancang serta melaksanakan aktiviti bersama dalam menjayakan "Misi Tawan Pahang PRU-13" akan datang. Kesepakatan tidak ada menyebabkan masing-masing membawa haluan sendiri. Kita amat hairan, kenapakah ini berlaku. Sepatutnya selepas pilihanraya umum lalu, diwujudkan satu jawatankuasa khas peringkat negeri untuk melaksanakan agenda Pakatan Rakyat di seluruh negeri Pahang. Jawatankuasa khas yang menggabungkan ketiga-tiga pimpinan tertinggi parti perlu diwujudkan bagi membawa hala tuju Pakatan Rakyat itu sendiri. Samalah yang berlaku di peringkat pusat, jawatankuasa antara Pakatan Rakyat ditubuhkan bagi membincangkan hala tuju Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, Presiden PAS TG Hj.Hadi Awang dan Pengerusi DAP Lim Kit Siang.

Kesemua pimpinan ini senantiasa bertemu dan berbincang dalam menjayakan berbagai aktiviti dan agenda perubahan di negara ini. Maka, sepatutnya di peringkat negeri semua ini harus berlaku. Pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Saudara Zakaria Hamid (foto), Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Pengerusi DAP Negeri perlulah senantiasa mengadakan perbincangan, perundingan serta bermuzakarah dalam menentukan halatuju Pakatan Rakyat di Pahang. Tetapi, ini tidak berlaku agaknya.Lantaran itulah, banyak program dan aktiviti yang dirancang tidak diatur dengan betul dan tersusun. Akibatnya banyak program lebih menjurus kepada parti masing-masing semata-mata. Sedangkan dalam masa yang sama mereka mengharapkan kehadiran dan sokongan daripada semua penyokong Pakatan Rakyat itu sendiri. Terbaru ialah program anjuran PAS di Kuala Krau, Jerantut dan termasuk juga kehadiran MB Perak di Kuantan semalam. Begitu juga PKR yang lebih banyak mengadakan program berasingan sejak akhir-akhir ini. Apakah ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat di Pahang tidak sepakat? Sepatutnya, segala program haruslah dirancang dengan berhati-hati dan satu "Blue Print" porgram bulanan dan tahunan perlu disediakan. Ini kerana masa untuk perubahan sudah semakin hampir sebenarnya.

(*) Ceramah MB Perak: Sambutan hambar kerana rakyat Pahang malu nak tengok seorang Menteri Besar yang "tidak besar" dan boneka kepada DAP.