Bekas pengurus kanan pemasaran Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB), Dr Aliff Aiman menyifatkan
Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim sebagai pembohong dan penipu
kerana cuba memutar-belitkan fakta sebenar berhubung isu pemecatan lebih 20
pekerja PKNS Holding.
Menurut Aliff sekiranya benar wujud
pertindihan jawatan seperti yang di dakwa sebelum ini, mengapa kontrak beliau
dan kakitangan yang lain dilanjutkan sebelum ini oleh PKNS.
“Contohnya, saya diberikan kontrak selama
setahun sebelum ini. Pada penghujung kontrak saya, ia bukan sekadar
diperbaharui namun dia (PKNS) turut menambah tempoh kontrak saya selama 2 tahun
lagi.
(Oleh itu) apakah yang dimaksudkan sebagai
‘pertindihan jawatan’ sekiranya (PKNS) sebelum ini memutuskan untuk melanjutkan
kontrak saya? Ini semua bohong, ini semua bohong, ini semua tipu,” luahnya
kesal ketika ditemui tadi.
Khalid sebelum ini menjelaskan tindakan
PHSB Holding, anak syarikat PKNS untuk menamatkan kontrak lebih 20
pekerja mereka dengan notis 24 jam adalah disebabkan wujud 'pertindihan'
jawatan antara pekerja tetap dan kontrak.
Selain daripada itu, Khalid turut
mengatakan pemecatan itu akan menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta
setahun.
Menurut Aliff lagi, sekiranya Khalid
mendakwa ia adalah merupakan satu bentuk pembaziran, mengapa PKNS memutuskan
untuk mewujudkan syarikat ini dahulu? Sedangkan sebelum ini mereka mengatakan
tujuan dan misi utama penubuhan PHSB adalah untuk memperkasakan dan membantu
PKNS.
Tambahan pula keputusan untuk mengambil
kakitangan ini adalah merupakan keputusan yang dibuat oleh semua pengurusan
kanan PKNS.
“Bukan kami yang melantik diri sendiri,
mereka yang memutuskan untuk melantik kami. Malah gaji kami pun ditetapkan oleh
mereka. Sekiranya mereka merasakan gaji kami terlalu mahal atau tinggi, berilah
gaji yang difikirkan sesuai dan bukannya melakukan kami seperti binatang.
“Sekiranya mereka rasa orang tua ini
bernilai RM 50 hengget, bayarlah RM 50 hengget” jelasnya sinis.
Beliau turut menjelaskan, sekiranya ia
satu bentuk pembaziran mengapa ada di kalangan mereka sebelum ini, yang
mempunyai kuasa dan pangkat telah meluluskan kenaikan gaji hampir 300 peratus?
“Malah sekiranya diteliti, kami dimaklumkan
jumlah ‘elaun perjalanan’ pihak tertentu ada yang mencecah hampir RM 8 juta”
ujar beliau lagi.
Beliau turut menyatakan, ada di kalangan
mereka turut mengamalkan ‘kronisme’ dengan mengambil kakitangan yang terdiri
daripada kaum keluarga sendiri dan perkara ini turut diketahui oleh semua pihak
yang terbabit.
“Mungkin ini sebahagian dari SOP yang
ditetapkan oleh PKNS. Dengan mengambil mereka yang mempunyai talian seperti
anak lelaki, anak perempuan. Itu kami tidak tahu” katanya lagi.
Menurut Aliff lagi hanya disebabkan ada di
kalangan individu yang mempunyai kepentingan ‘cucuk sana sini’, akhirnya hampir
20 kakitangan PHSB diberhentikan secara tiba-tiba.
Aliff juga mengharapkan agar PKNS
menimbang semula isu ini sebelum tindakan undang-undang di ambil.
Kami masih tidak mahu mengambil tindakan
undang-undang (pada ketika ini) kerana kami masih setia dengan PKNS kerana kami
percaya perkara ini telah dilakukan oleh sesetengah individu (menjadi dalang)
untuk memalukan orang-orang tertentu.
No comments:
Post a Comment