Feb 12, 2014

Malaysia atau Anwar yang mencatat kebebasan akhbar/ Media paling buruk?


Seperti yang kita sedia maklum MalaysiaKini portal yang berkiblatkan PKR ini telah mengeluarkan satu artikel di mana meletakkan Malaysia sebagai salah satu negara terbawah dalam kebebasan akhbar yang mana dijelaskan sebagai negara yang mempunyai kebebasan akhbar terburuk.
Tapi seperti yang kita lihat akhabr-akhbar yang pro kepada Pakatan masih lagi berleluasa tanpa ada tindakan oleh pihak berkuasa begitu juga media-media yang pro kepada Pakatan. Ini jelas sekali menunjukkan bahawa artikel oleh Malaysiakini mempunyai niat yang tertentu untuk menjatuhkan Malaysia di antarabangsa.
Lazimnya kebebasan akhabr yang terburuk boleh dilihat semasa sidang akhbar oleh Anwar Ibrahim di mana Penasihat PKR itu hanya memberi ruang kepada akhbar/ media yang pro kepada Pakatan manakala akhbar /media lain tidak diberi ruang langsung untuk bertanya kan soalan. Mungkin perkara ini lah yang cuba dijelaskan oleh Malaysiakini bahawa Penasihat PKR tersebut yang mempunyai kebebasan akhbar yang paling buruk bukannya Malaysia kerana Anwar Ibrahim mewakili Pakatan Rakyat dan bukannya Kerajaan Malaysia. 
#MC 2 Hari

No comments: