Feb 12, 2014

# MC 2 Hari !!!!!





KUALA LUMPUR 9 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa ingin menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai 'mahkamah rakyat' bagi kes tuduhan liwat kali kedua beliau.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi menegaskan, dakwaan itu diperkukuhkan dengan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkempen awal sebelum penamaan calon bagi PRK berkenaan.

Berikut adalah kenyataan Mohd. Puad:
  1. Ternyata memang sah Anwar bertanding di Kajang sebab rayuan kes liwat pada 12 dan 13 Februari. Ramai orang dalam PKR menyatakan perkara ini benar. Bukti ini diperkukuhkan lagi apabila Anwar berkempen awal iaitu sebelum penamaan calon.

  2. Anwar seperti cacing kepanasan apabila melakukan kempen awal sebab mahu gunakan DUN Kajang sebagai 'mahkamah rakyat'. Anwar sedia maklum tentang perbuatan sebenar beliau dalam kes liwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Masyarakat Kajang bakal jadi mangsa pembohongan dan penipuan Anwar pada 23 Mac 2014. Anwar akan menyatakan dia tidak bersalah.
  3. Kita perlu sedar bahawa sehingga hari ini Karpal Singh masih belum menarik balik dakwaan yang dibuat beliau pada 1997 bahawa beliau ada bukti kukuh mengenai kegiatan Anwar. Jika Anwar berani buat Anwar juga kena berani tanggung. Jangan heret 'jenayah ke gelanggang politik'.

No comments: