Feb 21, 2014

PRK TERBARU - PARLIMEN GELUGOR???

Update terbaru yang diterima mengatakan bahawa kemungkinan besar akan berlakunya Pilihanraya Kecil di Parlimen Gelugor berikuta keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Ahli Parlimen Gelugor iaitu Karpal Singh di atas kesalahan mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan terhadap Sultan Perak pada tahun 2009.



Hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di dalam kes pendakwaan. Azman bagaimanpun telah menetapkan hukuman tersebut akan di jatuhkan pada 7Mac 2014. 

Sumber Bernama juga mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah selesai bersidang dan kemungkinan Besar PRK akan berlaku jika Ahli Parlimen tidak memfailkan rayuan dalam masa yang terdekat. Apa pn kita akan tunggu update yang akan dinaikkan dalam masa yang terdekat.

No comments: