Feb 12, 2014

Lepas Singkir Khalid, Anwar akan Singkir Wan Azizah Pula !!!!!


Sebelum PRU-13, Anwar ada membuat kenyataan bahawa beliau akan bersara dari politik sekiranya tidak berjaya merampas Putrajaya.  Kononnya beliau telah ditawarkan jawatan Pensyarah di Perancis walaupun kelayakannya hanyalah Ijazah Pengajian Melayu tahap cukup makan.  Kenyataan tersebut sedikit sebanyak memperlihatkan perwatakan pemimpin yang matang yang tahu bila masanya untuk berhenti. 

Namun, rakyat Malaysia lebih mengenali siapa Anwar iaitu beliau adalah seorang penipu tersohor.  Hampir tiada satu kenyataan pun yang keluar dari mulutnya yang boleh dipercayai. 

Justeru kita tidak hairan apabila Anwar kalah dalam PRU-13, beliau tidak mengotakan kata-katanya untuk bersara, sebaliknya cuba merampas kuasa melalui jalanraya kerana terlalu kempunan untuk menjadi Perdana Menteri.  Beberapa siri demonstrasi diadakan termasuk mengerahkan penyokongnya berguling di dalam jerebu untuk tujuan itu. Kesudahannya Anwar terpaksa juga mengangkat sumpah sebagai Ketua Pembangkang, dan bukannya Perdana Menteri. 

Hari ini, Anwar tidak lagi bercakap tentang persaraan tetapi beliau ingin menjadi Menteri Besar pula.  Katanya, beliau ingin membuktikan kepimpinannya melalui Selangor yang merupakan negeri paling kaya di Malaysia.  Kononnya, dengan cara inilah maka beliau dapat mempertontonkan kepada rakyat ‘cara pemerintahannya’ yang jauh lebih baik dan lebih telus dari BN. 

Bagi mencapai matlamat ini, Anwar telah membazirkan jutaan wang rakyat untuk mengadakan Pilihanraya Kecil di Kajang.  Anwar juga perlu menyingkirkan Khalid Ibrahim. Sebelum itu, 23 kakitangan PKNS yang tidak bersalah telah terlebih dahulu menjadi mangsa penyingkiran dalam kemelut politik PKR ini, apabila  mereka dibuang kerja tanpa sebab bagi membolehkan pemimpin atasan parti menjalankan agenda masing-masing. 

Pun begitu, pada mulanya, apabila ditanya mengenai jawatan MB, Anwar tetap memilih untuk berbohong kononnya beliau tidak menginginkannya. 

Bagaimanapun, dalam wawancara yang dikendalikan wartawan BFM dan The Edge yang disiarkan media rasmi kerajaan negeri Selangorkini pada 31 Januari lalu, Khalid berkata “Sebenarnya Anwar melihat melangkaui jawatan MB. Di penghujung cerita, matlamat ialah peringkat Persekutuan dengan menjadikan Selangor sebagai batu loncatan.



Anwar kemudiannya mengaku mempunyai perancangan untuk menjadi MB dalam wawancara dengan Australia Network Newsline baru-baru ini. 

Kemudiannya, dalam wawancara dengan sebuah portal, Ant Daily, yang dipetik oleh Antarapos semalam, Anwar menyatakan bahawa beliau sedang menimbang untuk ‘bertanding’ jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu tak lama lagi. 

Alasan Anwar, Wan Azizah sudah lama ingin bersara dan bahawa jawatan Ketua Umum yang disandangnya hanya ‘dicipta’ untuk beliau, yang pada ketika dipenjara.  Dalam kata lain, Wan Azizah sejak dari awal lagi hanya dilantik menjadi Presiden atas dasar ‘sementara’ iaitu sehingga Anwar dibebaskan dan layak mengambil-alih jawatan itu darinya.

Nampaknya, Anwar bukan sahaja tidak jadi bersara, tetapi ingin menjadi MB, kemudian Presiden parti dan pastinya matlamat utamanya tetap jawatan Perdana Menteri.  Benarlah kata sahabat Anwar, Jusuf Kalla dari Indonesia, iaitu ‘Anwar sudah gila’, akibat terlalu tergila-gilakan kuasa.

Anwar mungkin mengambil sikap ‘membujur lalu melintang patah’ kerana ‘alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’.  Apa yang pasti ialah Anwar telah menghabiskan hampir keseluruhan hidup dewasanya untuk merebut jawatan Perdana Menteri dan beliau jelas enggan mengalah kepada takdir.  

Anwar bermimpi menjadi Perdana Menteri Biseksual pertama di sebuah negara Islam dan Anwar berazam untuk membalas dendam kepada mereka yang telah menggagalkan usahanya selama ini.  Anwar tidak sanggup mati tanpa merasai empuk kerusi Perdana Menteri dan membiarkan musuhnya menang.


Untuk itu, semua orang perlu memberi jalan kepadanya – Lee Chin Cheh, kini bekas ADUN Kajang, Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor sekarang dan isterinya sendiri yang juga Presiden PKR iaitu Wan Azizah terpaksa meletak jawatan.  Tidak mustahil, sekiranya laluan yang dibuka mereka ini masih belum dapat melonjakkan Anwar terus ke kerusi Perdana Menteri, maka Anwar akan meminta penyokongnya mengadakan demonstrasi dengan berkorban nasib, keringat, darah, nyawa dan juga maruah mereka, bagi membina jambatan untuknya ke Putrajaya.   

No comments: