Feb 18, 2014

PUSAT TAHFIZ AMAL PALSU. AWASSS...


Kita boleh lihat di setiap stesen minyak, bank-bank atau di kedai-kedai makan sering kali terdapat kanak-kanak yang menjual ubat-ubatan dari pusat Tahfiz yang didakwa memelihara anak yatim dari golongan keluarga yang miskin. Bila di tanya alasan datang menjual produk dari pusat Tahfiz tersebut adalah bertujuan untuk memahirkan di dalam ekonomi. Mungkinkah mereka di paksa untuk menjual produk tersebut sedangkan mereka tidak rela dan sepatutnya tinggal di asrama untuk belajar.

Firman Allah: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)


Memakan harta anak yatim secara tidak hak adalah dosa besar, namun jika diambil dengan ketentuan untuk proses penjagaannya atau sebagai upah penjagaannya tidak mengapa. Dengan syarat tidak melebihi dari ketentuan yang dibolehkan syarak. Jika seseorang yang menjaga anak yatim kemudian mengambil harta mereka dengan cara zalim iaitu mengambil dengan sesuka hatinya bahkan tanpa izin dan diketahui oleh anak tersebut maka laknat Allah akan menimpa orang tersebut. Banyak ayat Al Quran dan hadis Rasulullah SAW menjelaskan tentang seksaan dan balasan bagi orang yang memakan harta anak yatim dengan cara zalim ini.
Firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim itu secara zalim, sama dengan memasukkan api ke dalam perut mereka. Dan mereka yang demikian akan ditempatkan di dalam neraka Sa'ir". (An Nisa' 10)
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:"Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Empat perkara yang Allah berhak untuk tidak memasukkan orang-orang tersebut ke dalam syurga dan tidak memberikan kenikmatan kepada mereka, iaitu orang yang menjadi pecandu minuman keras, pemakan riba, pemakan harta anak yatim secara tidak sah dan anak yang derhaka kepada ibu bapanya".
Mengenai amalan yang dimaksudkan hanya Allah saja yang mengetahui apakah amalannya tersebut diterima ataupun sebaliknya. Mungkin juga pada zahirnya kita melihat bahawa orang tersebut memakan harta anak yatim yang dijaganya padahal ia menggunakan hartanya sendiri. Perkara ini sukar untuk kita tentukan yang jelas jika ia memakan harta anak yatim itu dengan cara zalim bukan atas keredhaan anak tersebut maka hukumnya haram dan berdosa. Namun begitu kita dituntut agar berbaik sangka dan menghindarkan perbuatan buruk sangka kerana yang demikian menyelamatkan kita daripada sifat yang tercela (fitnah).

No comments: