Feb 17, 2014

ADAKAH KERANA BILA SOKONGAN MELAYU SUDAH BERKURANGAN ???



Rasanya, menjelang sekrang semua pihak susah hati kerana tahu bahawa sokongan masyarakat Islam di Kajang terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim memang lemah dan sangat kurang.

Sudah jenuh naik turun masjid dan ke kawasan masyarakat Islam namun tiada sambutan dan sokongan menyebabkan Anwar terpaksa mengubah strategi untuk meraih sokongan masyarakat Kristian di Kajang pula, satu langkah yang memang sudah dijangka sejak awal Anwar memulakan kempen haramnya.
Ahad lepas, Anwar telah memberikan ucapan di Gereja Holy Family di mana Paderinya, Father George Harrison mengalukan Anwar sebagai 'Saudara kami'.

Sudah pasti orang seperti Anwar yang pandai bermuka-muka akan diangkat sebagai 'Saudara kami', kerana mungkin masyarakat Kristian sendiri tidak nampak sikap mempergunakan sesiapa sahaja untuk kepentingan diri yang dimiliki oleh Anwar.


Seramai 1,200 orang memenuhi gereja berkenaan untuk mendengar ceramah Anwar dan di khabarkan Anwar telah mengulas [elbagai isu termasuk penggunaan kalimah Allah yang Anwar sifatkan sebagai isu UMNO dan tetap dengan pendirian semua boleh menggunakan kalimah berkenaan.
Anwar juga bangga kerana dapat menggunakan platform Gereja untuk berkempen dan perkara ini seharusnya di pertimbangkan oleh pengundi Melayu samada mahukah pengundi Kajang berADUNkan calon yang akan berkiblatkan Gereja?

untuk melihat lagi banyak gambar kempen Anwar di Gereja boleh di lihat pada :
http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2014/02/sekitar-kempen-dakwah-anwar-di-gereja.html?m=1

1 comment:

Anonymous said...

Biar benar berita ni, paderi tu cakap anuar saudara baru dia? Itu satu makna yang mendalam tu.