Jul 4, 2011

Akhirnya Ambiga dan Mat Sabun terlondeh


Hasrat PKR, DAP dan PAS pis pus untuk memperkudakan Ambiga tidak menjadi kenyataan.

Agenda 9 Julai terpaksa dilupakan kerana akur dengan Titah YDP Agong.
Peniaga Pasar Malam TAR melahirkan rasa syukur mereka dengan pembatalan tersebut.

Yang rugi ialah kilang mencetak T Shirt yang terpaksa menanggung kerugian kerana belum dapat bayaran daripada penganjur. Pemandu bas sekolah juga kerugian kerana telah menolak banyak tempahan daripada sekolah-sekolah untuk lawatan. Gagal demo bererti bas mereka tidur pada hujung minggu ini.

Anwar Ibrahim adalah manusia paling kecewa dengan Titah Tuanku Mizan. Anwar meramalkan dengan rally tersebut yang akan mengambil tempoh beberapa hari telah memberi 5 peratus lagi peluang untuk beliau menguasai Putrajaya.

Oleh itu, Anwar setengah mati sekarang, hidup pun tak ada nilai lagi, mati pun tak mau. Sesiapa yang ternampak Anwar memakai seluar dalam bersih diluar sila telefon 999 untuk tindakan. Anda dilarang mendekatinya kerana dikhuatiri tubuhnya penuh dengan racun arsenik yang semakin membimbangkan jika disentuh.

No comments: