SIAPAKAH SEBENARNYA AMBIGA ????
Ambiga Sreenevasan, ketua demonstrasi BERSIH 2.0 yang telah menimbulkan kekecohan bersama pakatan pembangkang pada 9 Julai 2011 adalah pendokong utama fahaman pluralisme di Malaysia. Ambiga turut melobi hingga ke PBB dan berharap menjadi pelapor ataupun pemantau bagi pihak PBB di Malaysia mengenai pluralisme. Ambiga jadi ketua BERSIH 2.0 namun yang membuat/menjalankan demonstrasi di jalan-jalan adalah ahli-ahli PAS.
Siapa perkudakan siapa ini?
Ambiga menerima anugerah "Women of Courage" pada 12 Mac 2009. Bersama-sama Ambiga menerima anugerah yang sama adalah Dr Musdah Mulia dari Indonesia. Siapa Dr Musdah? Tidak menghairankan mengapa Ambiga menyokong pluralisme kerana ada seorang lagi penyokong pluralisme di Malaysia yang juga sefahaman dengan Ambiga dan Dr Musdah.
( RUJUK LINK UNTUK KEFAHAMAN MENGENAI PLURALISME : http://ummahonline.wordpress.com/2006/06/20/pluralisme-menurut-islam/)
Siapa Dr Musdah?
Dr Musdah adalah rakyat Indonesia yang memperjuangkan GAY dan LESBIAN di Indonesia.
Dalam satu forum anjuran DAP pada Jun 2007, Ambiga mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah dalam artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy.
Apakah Ambiga yang menyokong kebebasan beragama yang dimahukan oleh Lina Joy ini dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?
Ambiga yang merupakan bekas Presiden Bar Council adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut perlaksanaan Interfaith Commission (IFC) pada 21 Ogos 2001. Bar Council telah menerima memorandum untuk menuntut perlaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Apakah ahli-ahli PAS yang hendak berdemonstrasi masih lagi menganggap penubuhan IFC itu satu yang BERSIH bagi mereka? Mengapa tidak membuat demonstrasi untuk menuntut pembatalan memorandum tersebut di hadapan pejabat Bar Council?
Bar Council pernah menganjurkan demonstrasi di Sogo 9 Disember 2007. Kelihatan adalah Sivarasa Rasiah dan Lateefah Koya, kedua-duanya berjawatan dalam PKR dan merupakan ahli Bar Council. Sewajarnya, ROS mengkaji semula pendaftaran Bar Council, mereka bukan lagi bertindak sebagai pertubuhan perundangan tetapi pertubuhan yang dipergunakan oleh PKR dan menyalahi undang-undang yang sepatutnya mereka luhurkan bersama.
Bar Council pimpinan Ambiga juga menjadi dalang risalah perlembagaanku yang mahu menyisihkan hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai agama persekutuan. Ambiga turut mengadakan forum memeluk islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka artikel 121 (1A).
Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Bar Council yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.
Ambiga ini layak dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?
Tetapi malangnya kini ahli-ahli PAS telah lupa bahawa Ambiga suatu masa dahulu pernah ditentang bukan kerana berlainan politik tetapi telah menimbulkan kemarahan Hati org ISLAM apabila mempertikaikan Artikel 121 (1A) secara terbuka.
Tetapi kini ahli-ahli PAS terpaksa meludah ke langit dan akhirnya jatuh ke muka sendiri apabila menerima Ambiga orang yang pernah menentang Islam sebagai Ketua mereka di dalam Demonstrasi jalanan BERSIH 2.0 yang ditunjangi oleh Anwar Bin Ibrahim dan PKR demi semata-mata untuk memenuhi kehendak hawa nafsu politik.
FIKIRKAN DAN RENUNGKANLAH WAHAI2 ORANG ISLAM.....DEMI MASA DEPAN GENERASI ISLAM DI MALAYSIA.... BERSATULAAH DEMI PERPADUAN ISLAM
No comments:
Post a Comment