MAHATHIR TOLAK HUDUD?
Ramai  org belah sana kata Tun Mahathir yang tolak hudud, tetapi cerita  tersebut hanya separuh jalan, tak habis. Mari kita kaji kronologi di  bawah - JK
Kronologi dari 1993
1. Selesai tiga tahun  mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri  Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa  kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum  hudud di Kelantan.
2. Rang Undang-Undang Jenayah Syariah II  Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri  selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli dewan. ...  See More
3. Rang undang-undang itu kemudian dibawa mengadap  Sultan Kelantan untuk diperkenan dan ditandatangani. Dengan sedikit  penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung  sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, lalu bersetujulah  baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tanda tangan.
Selama  setahun hudud Pas diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir  tahun 1994, Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat Pas Kelantan membuat  ceramah ke seluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud Pas perlu  dilaksanakan.
4. Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri, Datuk  Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu keluarlah fatwa  Nik Aziz menuduh orang Umno kafir kerana menolak hukum Allah.
5.  Bagi Dr Mahathir, jika Pas hendak melaksanakan hudud, laksanakanlah di  Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan di seluruh Malaysia. sebab  negeri lain masih diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang  terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.
6.  Dia nak buat hudud, buatlah di Kelantan. Kenapa perlu laksanakan  sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz  potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol,? kata Dr  Mahathir pada tahun 1994.
7. Nik Aziz terdiam dan merasakan Pas  Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan  hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberi lampu hijau, malah bersedia  mengambil hudud Pas untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya  membanteras kegiatan jenayah dan menepati 100 peratus syariah Allah.
8.  Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan,  Kelantan akan tetap melaksanakan hudud kerana sudah mendapat perkenan  Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.
9. Dr Mahathir kata, okey... teruskan. Kita nak tengok...
10.  Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah persitiwa mengemparkan di  Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat)  Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan seorang suri rumah yang juga  isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.
11.  Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu,  Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik  Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.
12.  Kedua-duanya sedang berada di atas katil. Mohamad Sabu menyandar  dikepala katil, manakala Norma di kaki katil. Ditangan Norma ada sebotol  kecil ubat seperti makjun. Bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat  buasir.
13. Mengikut hudud Pas Kelantan, jika ditangkap kerana  melakukan khalwat, pasangan itu boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan.  Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.
14. Sejak 31 Januari  1995 sehingga pertengahan tahun 1999, Pas langsung tidak menyebut  perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan Umno yang  sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatuhkan hukuman hudud ke atas  Mohamad Sabu dan Norma.
15. Selepas empat tahun berlalu,  beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu,  maka Pas membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana  tidak lama lagi ada pilihan raya (November 1999).
16.  Rupa-rupanya, Umno dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walaupun empat  tahun berlaku. Sebaik saja Pas menyebut perkataan hudud, maka rakyat  bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu  ditangkap khalwat.
17. Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan  agama Islam. Apabila penjenayah adalah di kalangan pemimpin Pas, Nik  Aziz tidak mahu melaksanakan hududnya. 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment