BERSIH 2.0 Pembunuh Ummat Islam
Firman Allah swt:-
وَجَاءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَا كُنْتَ مِنْهُ تَحِيد
"Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmuat" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya! " [Surah Qaf : 19]
Menurut tafsir al- Alusi (Ruhul Ma'ani) dan tafsir Qurthubi bahawa ayat diatas ini membawa makna bahawa setiap orang yang hidup akan menghadapi sedikit kesakitan dan azab.
Sabda Nabi saw :
لَا إِلَه إِلَّا اللَّه إِنَّ لِلْمَوْتِ سَكَرَات
"Tiada Tuhan melainkan Allah, sesungguhnya terdapat sakarat didalam kematian" [dipetik dari Tafsir al-Qurthubi, 17/10].
Bagi mereka yang tidak beriman, apabila malaikat maut mencabut nyawa mereka, maka terasa kesakitannya. Firman Allah swt :-
وَلَوْ تَرَى إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلَائِكَةُ بَاسِطُو أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوا أَنْفُسَكُمُ
" Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan sakratulmaut (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri);" [surah al-An'am : 93].
Berkata Imam al-Qurthubi didalam menterjemah ayat "Keluarkanlah nyawa kamu " berkata :
رُوح الْمُؤْمِن تَنْشَط لِلْخُرُوجِ لِلِقَاءِ رَبّه , وَرُوح الْكَافِر تُنْتَزَع اِنْتِزَاعًا شَدِيدًا
"sesungguhnya ruh orang Mukmin bersungguh-sungguh (aktif) hendak keluar berjumpa tuhannya. Ruh orang Kafir terseksa sangat apabila nyawa dicabut..." [Tafsir al-Qurthubi 7/29].
No comments:
Post a Comment