Kuasa memilih kerajaan baru diturunkan kepada rakyat untuk membuat pilihan.
Oleh kerana kempen yang begitu hebat oleh pihak pembangkang mereka berjaya merampas 4 negeri dan mempertahankan Kelantan.
Apakah itu belum cukup lagi, sehingga nak buat demonstrasi jijik 2.0?
Khalid Gereja menuduh kerajaan sebagai komunis yang menolak pilihanraya dalam ceramah beliau baru-baru ini.
Memang sedap mulut dia bercakap tetapi hakikat nya jika kerajaan pimpinan BN mengamalkan sistem pemerintahan komunis beliau tak akan merasa menjadi ahli parlimen.
Demonstrasi yang dirancang Sabtu ini sememangnya mempunyai agenda tersembunyi. Bukan untuk pilihanraya yang bersih seperti yang dihebahkan tetapi ingin menumbangkannya kerajaan seperti yang terjadi di benua Arab.
Pilihanraya ke13 akan datang sudah hampir dan paling lewat ialah 2012 atau 2013. Kenapa mereka tidak boleh tunggu?
Agenda kedua ialah untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim dari kembali ke penjara atas tuduhan liwat.
Jika demonstrasi berjaya menumbangkan kerajaan, Anwar akan menjadi perdana menteri dan segala tuduhan terhadap beliau akan digugurkan.
Rusuhan akan berlaku dan kuasa besar akan masuk campur sebagai polis dunia atau mewakili masyarakat dunia.
No comments:
Post a Comment